right_side

Cerita Sudut Dunia

Powered by Blogger.
In:

Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna

PORTAL Berita Harian semalam menyiarkan satu laporan bertajuk "penceroboh bunuh diri dalam lokap" tentang seorang tahanan merupakan suspek pengganas Sulu yang ditemui mati di dalam lokap. Si mati dikatakan telah membunuh diri.

Berita ini kononnya telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah. Berikut printscreen yang diambil dari Portal Berita Harian ~ Berita Harian



Rupa-rupanya tidak ada siapa pun yang mengesahkan berita ini. Malah tuan punya badan, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mendakwa berita ini adalah berita karut.

Beliau menulis di halaman facebook peribadi miliknya dan memaklumkan bahawa, telah menghubungi wartawan berkenaan dan wartawan itu telah memohon maaf serta berjanji akan memperbetulkan laporannya.

Dengan nada tegas, pegawai Polis yang menjadi mangsa fitnah wartawan Berita Harian tersebut menulis akan membuat laporan polis esok (hari ini) jika tiada tindakan dibuat ~ facebook



Berita ini gua cedok dari blog sahabat ~ Amenoworld

ReJaM� " Berapa banyak laporan palsu tentang Lahad Datu sebelum ini yang disembunyikan?"

In:

Wanita Umno sebar risalah bodohkan orang kampung

PROPAGANDA 3R (Race, Royalti and Religion) terus digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk menarik sokongan Melayu. Terbaru sebuah risalah yang jelas fitnah disebarkan oleh Wanita Umno Bukit Katil untuk memperbodohkan orang Melaka.

Jika anda ada akal fikiran yang waras, sila baca dan nilai kebenaran risalah di bawah ini baik-baik.




ReJaM� "Sila percaya risalah ini sekiranya anda seekor kambeng... "

In:

Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno

SALAH seorang sahabat pembaca yang mendakwa dirinya merupakan salah seorang bekas cybertrooper Umno, di bawah seliaan Unit Media Baru, UMB mendedahkan gambar makmal UMB.

Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook.

Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain.



Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet.

Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan.

ReJaM� " Siapa sedia wahai cybertroopers semua kah kah kah..."

In:

Umno upah samseng serang ceramah sendiri?

BIASA kita dengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat diserang samseng upahan Umno. Malah baru-baru ini Ibu Pejabat KEADILAN diserang oleh samseng telur.

Tapi kali ini nampaknya, Umno pun nak tunjuk konon ceramah mereka turut diserang samseng. Kononnya seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Umno di Penanti malam tadi telah ditahan oleh Polis.





Berpuluh samseng serang ceramah Pakatan Rakyat tak masuk surat khabar, tapi sorang samseng serang ceramah Umno kononnya siap masuk surat khabar kah kah kah...

Berani betul samseng tu kan? Seorang diri pun berani serang ceramah Umno kah kah kah...

ReJaM� " Samseng serang samseng, sendiri upah ke?"

In:

Ribut melanda selepas Najib Razak ambil alih kerja tuhan

SEMALAM Najib Razak berlagak bagaikan tuhan apabila kononnya cuba menyenaraikan tujuh dosa pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam dalam program "Bekwoh" rakyat bersama perdana menteri di Kelantan ~ Bernama.



Bagaimanapun, tidak lama selepas Najib Razak menyenaraikan dosa-dosa pembangkang program yang dianjurkan oleh beliau itu dilanda ribut kencang mengakibatkan beberapa buah khemah diterbangkan angin.



Kerusi-kerusi berselerak, malah ada yang tersangkut di bumbung khemah. Banyak barang musnah.



Berikut antara barangan berharga yang rosak akibat diterbangkan angin kencang.



Di bawah ini pula rakaman video yang sempat diambil oleh salah seorang penduduk tempatan ketika majlis Najib Razak itu dilanda ribut kencang.


ReJaM� "Macam-macam cara Allah nak bagi amaran, awas Najib! "

In:

New York Times dedah Kerajaan Malaysia guna 'spyware' intip rakyat sendiri

JIKA selama ini anda bimbang komputer anda diceroboh oleh penggodam, sila fikir sekali lagi. Penceroboh sistem komputer anda bukanlah di kalangan penggodam semata-mata, malah rejim Umno dan Barisan Nasional turut melakukan perkara yang sama kepada anda.

Perkara ini didedahkan oleh The York Times, di mana Malaysia termasuk di dalam senarai 25 negara-negara di dunia yang menggunakan 'spyware' untuk menceroboh dan mengintip data serta maklumat peribadi di komputer anda.



The New York Times melaporkan, Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian �spyware� bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka dari skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera, mikrofon komputer operasi taip di keyboard dan lain-lain.

Akhbar itu turut mendedahkan, di Ethiopia, "spyware" ini dihantar kepada target melalui email, mengumpan mangsa untuk klik file seperti gambar dan lain-lain sekaligus komputer akan memuat turun spyware tersebut secara automatik dan beroperasi untuk mengintip.

Data-data serta maklumat peribadi mangsa akan dihantar kepada server dan boleh dimuat turun oleh pihak tertentu yang memasangnya.

ReJaM� "Sibuk intip rakyat sendiri penceroboh masuk Sabah pun tak sedar "

In:

Muhyiddin tuduh Anwar mahu cetuskan huru hara di hari mengundi

SUDAH banyak kali kita perhatikan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin ini suka bercakap ikut sedap mulut dia. Bak kata orang bercakap asalkan mulut dia berbunyi. Walaupun dia tak tahu apa yang dicakapkannya.

Sebelum ini Muhyiddin tanpa rasa bersalah menuduh Pakatan Rakyat mahu rakyat mengamalkan seks bebas rujuk sini ~ Seks bebas. Kali ini sekali lagi Muhyiddin gagal menahan mulut celuparnya apabila menuduh Anwar mahu mencetuskan huru hara di hari pengundian.



Kita sedia maklum sudah berbelas kali pilihanraya diadakan di negara ini, maka sudah berbelas kali jugalah pembangkang menerima kekalahan dalam pilihanraya. Tidak timbul kisah nak cetuskan huru hara.

Apa yang kita tahu, pilihanraya kali ini disifatkan bakal menjadi sebagai pilihanraya paling sengit pernah diadakan di negara ini. Ini bermakna peluang cerah kepada pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk menang dalam pilihanraya umum ke 13 kali ini.

Berbelas kali kalah, takkanlah bila dapat peluang nak menang pembangkang nak buat huru hara? Rakyat tak lupa kata-kata Najib dalam Himpunan Agung Umno 2010 yang meminta penyokongnya mempertahankan putrajaya dengan darah dan nyawa.

ReJaM� "Pakatan Rakyat sambut kemenangan dengan huru hara? Kah kah kah... "