right_side
Powered by Blogger.

Blog Archive

In:

Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays].

Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.

Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.

Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar].



Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.

Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara.

Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.

ReJaM� "Apa pun, selamat datang untuk meraikan demokrasi... "

Update: MiLo SuaM telah dihubungi oleh peguam Ning Baizura menyatakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian ini tidak benar sebaliknya Ning Baizura memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan kekal berkecuali.

Atas prinsip menegakkan kebenaran, MiLo SuaM bersetuju agar artikel ini ditarik balik dan segala maklumat di dalam artikel ini diabaikan kerana empunya badan (Ning Baizura) menafikan laporan ini.

MiLo SuaM juga memohon maaf atas kekhilafan kerana terburu-buru menyiarkan artikel yang difahamkan tidak berasas daripada Sinar Harian. Rujuk sini [Mohon Maaf]

In: ,

Segar di ingatan Najib gelar Ikhwanul Muslimin pengganas

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan, Najib Razak mengutuskan ucapan tahniah kepada presiden baru Mesir, calon Ikhwanul Muslimin sempena majlis angkat sumpah beliau sebagai presiden baru Mesir.

Kalau kita lihat dalam laporan ini, Najib nampaknya cuba berbaik-baik dengan Mohammed Mursi kerana beliau sudah menjadi Presiden Mesir, sudah memegang tampuk kuasa.



Sebelum ini, National Review melaporkan, Najib secara terbuka pernah menggelarkan gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas di dalam ucapannya di Turkey.

Malah tanpa rasa bersalah mendakwa Presiden Ulama Dunia, Sheikh Yusof Al-Qaradhawi yang juga merupakan ketua bahagian kerohanian Ikhwanul Muslimin sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Apabila dikecam oleh banyak pihak berhubung kenyataannya itu, Najib cuba berdolak dalih, namun mengulangi semula kenyataan kononnya dunia memandang Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.

Lihat dengan mata kepala anda kenyataan yang keluar daripada mulut Najib dalam video yang dimuat naik oleh Umno sendiri.



Namun Najib tidak menafikan dakwaannya yang mengatakan Dr Sheikh Yusof Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan ke Timur Tengah sampailah ke hari ini.

Sebut pun tidak, apa lagi nak minta maaf dan tarik balik kenyataan...

Namun kini selepas Ikhwanul Muslimin memegang tampuk kuasa kerajaan Mesir, Al-Fadhil Ustaz Sheikh Haji Najib Razak Ibni Monggolia mula nak buat baik nak menempel kepada gerakan Islam yang dicacinya sebelum ini.


ReJaM� "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong..."

In: , ,

Wanita Pertama, giliran Sinar Harian pula perli Rosmah

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana Utusan Malaysia yang barangkali sudah tertekan akibat banyak kali kalah saman fitnah di mahkamah memerli Najib Razak dan suaminya, rujuk sini [Utusan perli Najib].

Kali ini giliran Sinar Harian pula yang dilihat secara tidak langsung melaporkan berita yang bakal membuatkan suami Najib, si Rosmah Mansor tak senang duduk [Sinar].



Anda lihat sendiri bagaimana isteri kepada Presiden baru Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar sebagai "Wanita pertama Mesir" sebaliknya lebih suka digelar Ummu Ahmed (ibu Ahmed).

Isteri kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin yang kini menerajui negara yang berpuluh kali ganda besarnya daripada Malaysia pun tak hingin digelar "Wanita pertama".

Namun ada seorang wanita yang tak layak pun digelar sebagai wanita pertama kerana ia merupakan gelaran Permaisuri Agong, tergedik-gedik menggelarkan dirinya "Wanita Pertama".

Malah siap buat majlis persidangan "Wanita Pertama" bagai yang dihadiri isteri-isteri presiden negara Afrika. Habiskan duit lebih RM4 Juta untuk beberapa hari persidangan itu diadakan.

ReJaM� "Rosmah patut digelar suami pertama... "

In: ,

Gambar Mat Sabu skodeng punggung awek pulak

APA lagi nak dikata, agaknya dalam kepala otak cybertrooper gerombolan songkok tinggi tiga jengkal ni memang tak ada benda lain nak difikirkan.

Dari dulu sampai sekarang isu yang dibawa lucah, seks, liwat, zina dan semua perkara yang seangkatan dengannya. Isu lucah digunakan sebagai cara untuk meraih sokongan rakyat kepada Rejim Barisan Nasional.

Terbaru, berbekalkan sekeping gambar Mat Sabu dipercayai di ambil di sebuah pasar lambak, habis seluruh facebook dan blog-blog mereka jaja cerita kononnya Mat Sabu sedang skodeng punggung awek.

Salah satu blog yang sebarkan gambar ini rujuk sini [sumber].



Nampaknya dalam kepala otak mereka cuba mencari isu-isu yang boleh menjurus kepada seks, dan lucah. Adakah mereka diarahkan menjadi cybertrooper lucah?

Sebenarnya gambar begini boleh dibuat pelbagai tafsiran, betul ke Mat Sabu skodeng punggung awek tu? Nampak macam skodeng ikan je?



Lucu betullah Umno ni, gambar macam ni pun boleh jadi bahan kah kah kah...

Bila kita kata mereka kaki lucah marah, bila kita kata Umno = UMporNO parti lucah tak terima. Tapi anda lihatlah sendiri, asal ada saja peluang untuk melucah berdesup laju je diorang ni.


ReJaM� "Kalau tutup aurat tak adalah timbul fitnah begini..."

In:

Banner Undi PAS masuk syurga, Undi BN masuk neraka

SUDAH banyak kali banner provokasi seperti ini dipasang untuk memburuk-burukkan Parti Islam, PAS. Mereka tanpa rasa bersalah menaikkan banner "Undi PAS masuk syurga".

Apa yang menarik kali ini ada tambahan Undi PR, Undi DAP masuk syurga, dan Undi Umno, undi BN masuk neraka. Jadi kalau diperhatikan di sini, orang yang membuat banner fitnah ini sendiri yang kata undi Umno, undi BN masuk neraka kah kah kah.




Banner gerak saraf untuk memburuk-burukkan Parti Islam, PAS seperti ini bukanlah kali pertama dilakukan, tetapi sudah banyak kali. Sebelum ini semasa PRK Merlimau mereka buat perkara yang sama rujuk sini [PRK Merlimau]

Sumber gambar [Facebook]


ReJaM� "Semoga engkau bertaubatlah wahai samdol... "

In:

Gempar! TNB pun dah pandai rembat duit rakyat?

LEBIH 10 sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar email mengadu bahawa bil elektrik mereka melambung sejak kebelakangan ini meskipun kadar penggunaan tidak berubah sejak bertahun-tahun.

Rata-rata mereka meminta agar perkara ini dibawa ke tengah kerana mereka benar-benar merasa terbeban dengan peningkatan sekali ganda kadar bayaran bil elektrik setiap bulan.

Hasil tinjauan ReJaM� di Fanpage MiLo SuaM di Facebook mendapati dakwaan tersebut ada benarnya, menyaksikan puluhan pengguna mengakui dakwaan itu rujuk sini [Facebook].



Difahamkan perkara ini mula berlaku sejak TNB melakukan penukaran meter lama kepada meter digital. Rata-rata pengguna mengalami peningkatan kadar bil elektrik sekali ganda.

Adakah berlaku peningkatan kadar bayaran untuk penggunaan elektrik daripada TNB, mengapa tidak diumumkan?

Ada yang berpendapat, ini merupakan kaedah menarik balik pemberian BR1M, RM500 yang dilakukan oleh Rejim Barisan Nasional baru-baru ini.

Ada juga pengguna yang mendakwa ini merupakan salah satu cara cepat Najib Razak mengumpul dana pilihanraya untuk Barisan Nasional.

Apa pun, kepada pengguna yang tertindas, jangan bimbang ReJaM� telah berbincang dengan NGO Jingga 13, untuk membawa perkara ini terus kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dibangkitkan di parlimen.

Sama-sama kita bangkit memperjuangkan isu ini, untuk memberikan tekanan kepada Rejim Barisan Nasional dan Tenaga Nasional Berhad, TNB agar segera menyelesaikan masaalah ini.

Sekiranya anda ada sebarang aduan berkaitan isu-isu rakyat seperti ini, jangan ragu-ragu laporkan kepada kami, sama ada melalui email, share.milosuam@gmail.com ataupun berhubung terus di Facebook MiLo SuaM.

Insya Allah kita akan cuba membantu untuk menyelesaikan isu-isu rakyat seperti ini sekadar yang kami termampu.


ReJaM� "Suara rakyat, suara keramat! "

In:

Daniyar guna nama samaran untuk sembunyi di Malaysia

AKHBAR berpengaruh New York Post sebelum ini ada melaporkan bahawa bakal besan Najib Razak, Maira Nazarbayev memiliki beberapa nama samaran.

Tujuan dia menggunakan nama samaran, bagi mengelakkan diri daripada ditahan oleh Pihak Berkuasa Kazakhstan termasuk Polis Internasional, Interpol kerana dikatakan terlibat dengan jenayah penculikan dan peras ugut.

New York Post turut melaporkan bahawa bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev yang dikatakan terlibat dengan kes penipuan pula menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan [New York Post].



Semalam cerita ini kembali hangat apabila Maira Nazarbayev, bakal besan Najib ditangkap oleh Interpol di Dubai [Maira Nazarbayev ditangkap].

Berita itu turut dihangatkan lagi pendedahan dua keping gambar bakal menantu Najib Razak itu yang dilihat sedang menjalani latihan ketenteraan dipercayai di Malaysia.

Kalau melihat kepada gambar yang didedahkan itu, nampaknya Daniyar turut mengikut jejak langkah ibunya yang menyamar mengunakan beberapa nama samaran.

Daniyar dilihat menggunakan nama "BEN" yang ditampal pada baju seragam ala tentera yang dipakainya semasa menjalani latihan.



Baca juga di Blog Anak Sungai Derhaka yang menceritakan bagaimana Logo yang dipakai oleh Daniyar ini menguatkan lagi bukti bahawa beliau berada di Malaysia rujuk sini [ASD]


ReJaM� "Apa agaknya nama samaran Najib ketika diburu Interpol nanti?"

In: ,

Bukti gambar, Daniyar Nazarbayev sebenarnya di Malaysia?

SEJAK dua menjak ini kecoh cerita tentang bakal menantu Perdana Menteri, Najib Razak yang sebelum ini dilaporkan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu.

Bakal menantu Perdana Menteri ini juga didakwa menggunakan kelulusan palsu untuk memasuki Universiti Colombia.

Dia didakwa menipu dokumen bagi menunjukkan kononnya bersekolah di sekolah tinggi Kazakhstan sedangkan yang sebenarnya dia bersekolah di Switzeland tetapi gagal menamatkan pelajaran [Daily Mail].

Baru-baru ini pula difahamkan, keluarga Daniyar Nazarbayev telah memberitahu pihak media bahawa bakal menantu perdana menteri itu telah mendaftar di Sandhurst Military College, sebuah Kolej Ketenteraan yang berprestij [TMI ].

Namun nampaknya pembohongan tersebut terkantoi di situ. Beberapa keping gambar yang diambil ketika Daniyar sedang dalam latihan ketenteraan langsung tidak menggambarkan beliau berada di Sandhurst.

Lihat gambar di bawah ini baik-baik, keadaan bangunan persekitaran langsung tidak menampakkan ciri-ciri bangunan British. Mat Saleh tiru reka bentuk bangunan di Malaysia ke?



Lihat pula gambar di bawah ini.



Lihat persekitaran latihan serta beberapa anggota di belakangnya langsung tidak nampak seperti "Mat Saleh" sebaliknya nampak seperti Mohd Bin Salleh.

Bila orang sudah mula menipu, maka dia akan terus menipu untuk menutup penipuan pertamanya. Ini namanya gali lubang tutup lubang, setiap kali lubang ditutup dia akan meninggalkan satu lubang.


ReJaM� "Sandhurst Military College Cawangan Port Dickson? Kah kah kah... "


Sumber: [Malaysia Today]

In:

Salinan Waran tangkap bakal besan Najib, terlibat 6 kes jenayah

SEBELUM ini MiLo SuaM pernah mendedahkan bagaimana bakal besan Najib dan Rosmah, Maira Nazarbayev diburu Polis Antarabangsa, Interpol rujuk sini [Maira Nazarbayev].

Sejak siang tadi pula, bakal besan Najib dan Rosmah itu diberitakan telah ditangkap oleh Polis Antarabangsa, Interpol mewakili pihak berkuasa Kazakhstan atas dakwaan jenayah culik dan peras ugut rujuk sini [Maira Nazarbayev ditangkap].

Bagi menguatkan lagi berita tersebut, di bawah ini disiarkan salinan waran tangkap beliau yang berbahasa Kazakhstan. Perempuan itu didakwa memiliki enam kes jenayah.







Baca terjemahan waran tangkap ini di sini, klik [ASD]

ReJaM� "Kita tunggu waran tangkap bahasa Monggolia pulak... "

In:

Panas! Bakal besan Najib ditahan di Dubai jumaat lalu?

KALAU sebelum ini bakal besan Najib, Maira Nazarbayev menafikan dirinya merupakan orang yang dikehendaki oleh Polis Antarabangsa, interpol, namun hari ini tembelangnya dikatakan terbongkar.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu
ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan



�Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,� kata sumber itu kepada FMT.

�Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,� kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa pada 17 Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta).

Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.




ReJaM� "Penculik berbesan dengan pembunuh? "

In: ,

Lihat Utusan Malaysia pun dah pandai perli Najib!

LIHAT keratan laporan Utusan Malaysia Online di bawah ini baik-baik. Laporan itu bertajuk "Pertahankan ajaran Islam - Najib".

Kasihan Najib, nampaknya ada juga "orang dalam" akhbar propaganda ditungganginya yang mula menyerang beliau secara senyap dan halus tanpa disedari.



Kalau kita fikirkan, dalam ribuan gambar Najib yang boleh digunakan untuk menghiasi laporan ini, mengapa gambar suaminya yang menayangkan jambul itu juga yang digunakan?

Adakah editor Utusan Online yang pakar membuat propaganda juga boleh terlepas pandang? Jelas sekali hal ini tampak disengajakan untuk memerli kenyataan Najib yang dilihat "cakap tak serupa bikin".

Laporan ini tak ubah seperti iklan makanan halal yang dihiasi dengan gambar khinzir.

Nampaknya Najib harus lebih berhati-hati dengan akhbar propagandanya ini, kerana ada potensi untuk menjadi "senjata makan tuan".

ReJaM� "Jangan tertipu dengan propaganda sendiri... "

In:

Isu RM3 bilion ditimbulkan Dato Murad sebenarnya harta beliau sendiri

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.

Dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato' Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1994.

Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Oleh yang demikian, saya berpendapat untuk mengesahkan sama ada dakwaan beliau benar atau tidak, saya tidak ada pilihan lain kecuali menyiasat latar belakang Dato' Murad Khalid sendiri.

Jika rekod beliau sendiri pun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahguna kuasa, ini menimbulkan keraguan bahawa perakuan bersumpah yang dibuat beliau adalah tidak benar, terutamanya apabila beliau tidak menyenaraikan pun harta atau saham yang kononnya dimiliki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hasil siasatan saya mengenai latar belakang Dato' Murad Khalid menimbulkan dakwaan-dakwaan berikut:

1. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, seawal tahun 1991 beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran keahlian kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara Malaysia;

2. Bahawa ketika beliau menjadi pegawai tinggi Bank Negara Malaysia, insuran kediaman beliau bagi perlindungan berjumlah RM3.1 juta dibayar oleh pihak ketiga yang melanggar etika dan peraturan Bank Negara;

3. Bahawa melalui satu syarikat bernama Kenworth Sendirian Berhad yang berhubung kait dengan beliau, Dato' Murad Khalid mempunyai kepentingan dan mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo; dan

4. Pelbagai salah laku lain yang akan dibongkarkan dari satu masa ke satu masa kelak.

Saya mengajukan pendapat bahawa dakwaan Dato' Murad Khalid mengenai kewujudan "master account" yang memegang hartanah dan saham sebenarnya merujuk kepada pegangan beliau sendiri.

Siasatan saya menunjukkan beliau mempunyai hubungan dengan banyak syarikat yang mempunyai kepentingan dengan Bank Negara dan industri perbankan di Malaysia.

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul harta, sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi oleh musuh-musuh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perakuan bersumpah palsu terhadap beliau.

Saya menasihatkan Dato' Murad Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan memperbetulkan keadaan dengan berterus terang. Saya juga perlu memaklumkan kepada Dato' Murad Khalid bahawa saya mempunyai salinan surat asal beliau kepada Tun Mahathir Mohamad yang membawa pelbagai implikasi buruk kepada beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Umno.

Sebelum perkara ini berlarutan, saya imenasihatkan Dato' Murad Khalid tampil ke hadapan meminta maaf seperti mana yang pernah beliau lakukan secara peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sudah sampai masanya fitnah selama 13 tahun ini dihentikan supaya rakyat Malaysia boleh maju menumpukan isu-isu negara dan rakyat yang membina.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
27 JUN 2012


Sent from my BlackBerry�

In: ,

Video tumbuk-menumbuk di SUK Kelantan semalam

SEMALAM berlaku satu kejadian tumbuk-menumbuk di SUK Kelantan menyaksikan salah seorang aktivis tuntut Royalti minyak Kelantan bermandi darah dipercayai diserang oleh penyokong Umno maklumat lanjut rujuk sini [Free Malays].



Kejadian tumbuk menumbuk itu berjaya dirakamkan, menyaksikan bagaimana aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) diserang oleh kumpulan yang dipercayai penyokong Umno.

Berikut video yang dimaksudkan.



Sumber Video: [Bloglist Politik]

ReJaM� "Najib kata politik debat bukan budaya kita, kerana politik dia politik samseng "

In: ,

Siapa nak siasat saya bagi 25 jam sehari kata Nik Aziz

"SAYA kata siapa nak siasat 25 jam saya beri. Bukan 24, 25 jam. Siasatlah." itulah reaksi spontan Tuan Guru Nik Aziz Nik mat ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan penyelewengan Kelantan Gold Trade, KGT Sendirian Berhad.



Tuan Guru Nik Aziz mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyiasat dakwaan penyelewengan yang digembar-gemburkan oleh media baru-baru ini.

Kerajaan Kelantan yang telah berjaya mengekalkan rekod 20 tahun tanpa rasuah itu dilihat tidak pernah menghalang sebarang usaha penyiasatan jika terdapat mana-mana badan negeri tersebut didakwa melakukan penyelewengan dan rasuah.

Kepada SPRM dipersilakan siasat, jika ada bukti penyelewengan sila dakwa di mahkamah. Jangan ragu-ragu untuk siasat, bukan mudah nak pecahkan rekod 20 tahun tanpa rasuah di Negeri Kelantan.

In:

Berdosa Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji





KAMI, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut:

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair.

Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(??????? ??? ??? ???? ..(??????: 2
Mafhum : �Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu�( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
????? ?????? ??????????? ????? ??? ??????

Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

????? ?????????? ???????????? ?????? ??????????? ????????? ????? ???????? ????????? ????? ??????????? ???????
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas�ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

[Sumber]

In: ,

Muat turun dokumen skandal kapal selam Scorpene

DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaiik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, kalau korang paham bahasa Perancis silalah download.

Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.

Maklumat lanjut berkenaan dokumen tersebut boleh rujuk di sini [Asia Sentinel]

Dokumen hasil penyiasatan setebal 70 muka surat itu pula boleh dibaca atau dimuat turun melalui link ini [scribd]

In: ,

Panas! Blogger Umno bakal dedah skandal Pak Lah

GARA-GARA tidak berpuas hati kerana ditumbuk mukanya oleh blogger Umno si Papa Gomo, seorang blogger pro Umno yang menulis di blog Aku Peduli Apa, APA nekad akan mendedahkan skandal bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Sebelum ini blogger berusia 53 tahun itu telah ditumbuk oleh Wan Azri (Papa Gomo) dikatakan kerana dendam lama rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger Umno].

Blogger ini nampaknya sudah berpatah arang dengan pemimpin Umno, dilihat akan melancarkan perang ke atas mereka. Di blognya dia berjanji akan mendedahkan skandal bekas Perdana Menteri itu beberapa hari dari sekarang.




Kalau merujuk kepada gambaran yang diberikan, seolah-olah skandal yang bakal didedahkan adalah berkaitan dengan pengubahan wang haram yang dilakukan oleh Pak Lah pada PRU 11. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Banyak skandal pimpinan Umno di tangan blogger-blogger belaan mereka hanya tunggu masa untuk meletup. Macam hantu raya, bila tak bagi makan mulalah dia mengamuk habis tuan kena makan.

ReJaM� "Ini namanya senjata makan tuan... "

In:

Pelik tapi benar, Utusan kantoikan Umi Hafilda!

BEBERAPA hari lalu Umi Hafilda mendakwa kononnya ada seorang wanita misteri yang menyimpan wang sebanyak RM3 bilion yang dilarikan oleh Anwar Ibrahim.

Gambar wanita misteri seperti yang didakwa oleh Umi Hafilda itu terpampang di dada-dada akhbar, Umi Hafilda mendakwa kononnya Anwar mencari wanita itu untuk mendapatkan kembali duit RM3 Bilion yang disimpannya.

Namun hari ini, tanpa disangka Utusan Malaysia mendedahkan pula bahawa dakwaan Umi itu hanyalah cerita bohong apabila wanita itu tampil menafikan berita itu.

Wanita itu yang dilihat kini sudah agak berisi turut menunjukkan gambar lesennya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah wanita yang dimaksudkan oleh Umi Hafilda itu.



Kalau menurut salah seorang sahabat blogger, [ASD], tindakan Utusan meng "kantoi" kan Umi Hafilda ini merupakan rentetan atas sebab perempuan kepoh itu telah membelasah salah seorang pemimpin Umno Permatang Pauh.

Umi Hafilda difahamkan telah menghentam salah seorang pemimpin Umno di dalam ceramahnya. Maka pemimpin Umno tersebut yang barangkali "panas hati" bertindak mendedahkan temberang Umi Hafilda berhubung isu RM3 Bilion ini.

Atas sebab itulah Wanita misteri versi Umi Hafilda ini boleh muncul mendedahkan tembelangnya. Kalau tidak, biasanya Utusan akan buat bodoh sahaja.


ReJaM� "Atau mungkin Utusan sudah serik disaman? Kah kah kah... "

In:

Panas! Abby Abadi dituduh mendapat hidayah sesat!

PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].




Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

ReJaM� "Kalau sesat tentu dah lama PAS diharamkan oleh Majlis Fatwa... "

In: ,

Dengan pantasnya SPRM siasat surat sokongan Faekah

BARANGKALI belum sempat wartawan yang melaporkan isu surat sokongan setiusaha Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meninggalkan meja komputernya, berlari-lari pegawai SPRM pergi siasat.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, selang sehari sahaja media menyiarkan cerita tentang isu surat sokongan Faekah yang didakwa menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan projek syarikat guaman anak saudaranya SPRM sudah mula bertindak [Sinar].



Kita tidak mempertikaikan tindakan menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa ini, SPRM nak siasat, siasatlah eloklah tu syabas diucapkan. Namun yang kita pertikaikan, mengapa dakwaan rasuah cubaan membeli ahli parlimen sehingga kini disenyapkan?

Sebelum ini MiLo SuaM ada mempersoalkan mengapa SPRM "buat bodoh" terhadap pendedahan video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat oleh Khalid Samad rujuk sini [isu beli Ahli parlimen]

ReJaM� "SPRM ni Umno cawangan mana? "

In: ,

Kemenangan Ikhwanul Muslimin gunakan teknologi 1400 tahun lalu

KITA renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

"Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah."

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."


MOHD YUSOF HADHARI
Mantan Ketua Penerangan GAMIS Malaysia

Hantarkan artikel anda ke share.milosuam@gmail.com
Sent from my BlackBerry�.

In: , ,

Tuduhan berat! Bersih 3.0 mahu gulingkan Agong?

SEBUAH email dikirim oleh salah seorang sahabat pembaca berhubung penyebaran risalah "perang saraf" menggunakan kanak-kanak untuk menanam kebencian rakyat Johor kepada Bersih 3.0.

ReJaM� rasa tak perlulah ulas banyak tentang isu ekploitasi kanak-kanak bagi tujuan politik sempit ini, korang baca sajalah di sini [ASD].

Apa yang ingin ReJaM� ulas ialah berkenaan salah satu kandungan risalah "perang saraf" tersebut yang begitu jelas menuduh Bersih 3.0 mahu menggulingkan Yang Dipertuan Agong.

Risalah itu memaparkan kononnya dua orang lelaki memakai baju kuning membawa risalah gambar Agong dengan tulisan "Republik" seolah-olah mereka menyokong usaha menghapuskan Agong untuk menubuhkan negara Republik (tanpa sultan).



Jawatankuasa Bersih 3.0 patut membuat laporan polis terhadap risalah berbaur fitnah jahat ini. Lelaki yang terpapar wajahnya di dalam risalah ini harus disiasat. Ini merupakan satu tuduhan berat.

Tiada mana-mana di dalam 8 tuntutan Bersih untuk menggulingkan Agong atau menubuhkan negara republik. Pihak yang mencetak risalah seperti akhbar ini juga harus disiasat. Kalau kamu betul-betul di pihak yang benar sila tunjukkan diri!

Jika dakwaan kamu di dalam risalah ini adalah fakta, sila dedahkan identiti kamu supaya senang tindakan undang-undang diambil. Supaya kamu boleh disaman seperti Utusan Malaysia.

Ini namanya perang saraf "hit and run", fitnah-fitnah lepas tu lari tak mahu bertanggung jawab.

ReJaM� "Patutlah gunakan budak-budak, rupanya nak sebar fitnah tak berani tunjuk muka... "

In: ,

Doa gulingkan kerajaan dalam khutbah jumaat di Penang

KALAU korang tengok Buletin Utama TV3 Al-Musyrikin semalam, tentu korang perasan propaganda terbaru yang bakal digunakan untuk menaikkan darah orang Melayu di seluruh negara.

Khatib yang membaca khutbah jumaat baru-baru ini di Pulau Pinang didakwa menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan. Namun sejauh mana kebenaran berita itu tidak dapat dipastikan.



Seperti biasa, selepas ini satu persatu pemimpin Umno akan buat sidang media menggesa isu ini disiasat. Selepas itu, NGO-NGO pro Umno yang berlakon sebagai rakyat Pulau Pinang akan buat report Polis beramai-ramai.

Ulasan-ulasan orang ramai pula akan disiarkan di TV3 Buletin Utama. Jangan hairan sebab akan ada orang mengamuk dalam TV menggesa Lim Guan Eng agar meletak jawatan.

Dua hari selepas itu akan keluar video rakaman khatib baca doa agar kerajaan sedia ada perlu digulingkan, sebenarnya video tu dah ada cuma belum boleh keluarkan lagi kena tunggu isu ni jadi panas dulu.

Selepas itu pimpinan tertinggi Umno akan keluarkan kenyataan bahawa Parti Islam, PAS sudah lari landasan perjuangan kerana terpengaruh dengan DAP yang kemaruk kuasa.

Perkasa pula akan merapu di media-media internet menaikkan darah orang-orang Melayu. Lebih kurang macam tulah jalan ceritanya kah kah kah.

Selepas itu diorang akan buat kesimpulan macam biasa, hanya Barisan Nasional yang wajar disokong pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti kerana Pakatan Pembangkang menyokong keganasan kah kah kah...

Semua benda ni dirancang agar meleret-leret selama sekurang-kurangnya dua minggu supaya semua rakyat Malaysia rasa tak selamat hidup di Malaysia kerana DAP akan menghancurkan Islam dengan bantuan PAS kah kah kah...

Kalau tak cukup panas, isu ini akan disambung dan dimainkan sampai sebulan, kalau boleh sampai pilihanraya.

ReJaM� "Dah faham sangat dah modus operandi media propaganda... "

In: ,

Program Ustaz Azhar Idrus di Astro OASIS mulai 3 Julai ini

PENDAKWAH bebas yang juga merupakan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus akan bersiaran di Astro OASIS mulai 3 Julai 2012 ini.

Ustaz Azhar Idrus yang kini menjadi fenomena anak-anak muda itu akan bersiaran sebanyak tiga hari seminggu iaitu pada hari selasa, rabu dan khamis secara langsung pada pukul 7:30 petang diikuti siaran ulangannya jam 11:00 malam.



Tentu sekali ini merupakan berita baik kepada peminat-peminat ceramah agama ataupun kuliyah santai yang disampaikan oleh penceramah yang kerap berjenaka ini.

Oleh itu jangan lupa, mulai 3 Julai ini, jam 7:30 petang tekan channel 106, Astro OASIS untuk mengikuti program bersama beliau.

Sampaikan juga kepada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan sahabat handai, semoga perkongsian ini memberi manfaat yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.

Sumber: Free Malays

In:

Lucu! Ahli parlimen Zimbabwe berkhatan beramai-ramai

SERAMAI 44 ahli parlimen Zimbabwe berkhatan pada hari jumaat lalu sebagai sebahagian langkah di dalam kempen kesedaran tentang HIV/AIDS di negara itu.



Penyatuan politik yang jarang berlaku itu menyaksikan ahli parlimen kerajaan, daripada parti Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF dan parti pembangkang Perdana Menteri Morgan Tsvangirai, MDC berbual-bual dengan tenang sambil berbaris di sebuah klinik kecil yang didirikan di dalam komplek parlimen.

"Semasa mula-mula masuk saya rasa sedikit takut, tapi selepas mereka menjelaskan prosesnya saya rasa tenang" kata seorang ahli parlimen berusia 53 tahun daripada Parti Gerakan Perubahan Demokrasi (MDC) ketika sedang dikhatankan.

"Sekarang saya tidak rasa sebarang kesakitan. Malah saya boleh pergi menyertai sebuah perlawanan bola sepak" tambahnya lagi.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO menunjukkan bahawa berkhatan oleh lelaki, iaitu membuang sebahagian kulit luaran hujung zakar boleh mengurangkan risiko lelaki menghidapi HIV sehingga 60%.

Prosedur itu telah menjadi fokus utama negara-negara Afrika Selatan di dalam inisiatif mereka untuk menentang HIV.

Malah salah seorang ahli parlimen turut membenarkan jurugambar mengambil gambarnya ketika berbaring sambil mempamerkan kemaluannya yang dibaluti kain pembalut.

Zimbabwe merupakan salah sebuah negara yang memiliki kadar jangkitan HIV paling tinggi di dunia pada tahun 1990.

Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral.

Sumber: Free Malays

In: ,

Janji ditepati, janji hospital yang ditunaikan semak samun

PERDANA MENTERI, Najib Razak begitu bangga dengan program "Jelajah janji ditepati" ke seluruh negara yang saling tak tumpah seperti program "Jom Heboh".

Program "Jelajah Janji Ditepati" ini kononnya untuk menunjukkan bagaimana Barisan Nasional telah menepati segala janji yang dibuat kepada rakyat Malaysia.

Sebenarnya pada pendapat ReJaM� secara peribadi ini hanyalah program "Syok Sendiri" kerana terlalu banyak janji-janji kosong yang ditabur oleh Barisan Nasional namun sehingga sekarang masih tidak ditunaikan atau ditepati.

Baiklah, mulai hari ini MiLo SuaM akan dedahkan satu persatu janji kosong Barisan Nasional yang ditabur sekadar untuk meraih undi rakyat.

Lihat gambar di bawah ini baik-baik. Ini salah satu bukti janji kosong Barisan Nasional kepada penduduk Dungun Terengganu. Janji kosong ini ditabur pada tahun 2006, kononnya Barisan Nasional berjanji untuk membina hospital baru di sini.



Namun selepas enam tahun, hospital yang dijanjikan tak muncul-muncul, semak samun sahaja yang diterima oleh rakyat. Papan tanda tapak hospital pun dah berkarat tunggu masa nak tumbang.

Maklumat lanjut rujuk sini [Buletin Online]

ReJaM� "Nantikan janji-janji kosong seterusnya akan didedahkan..."

In: , ,

Kerana artikel fitnah ini Utusan terpaksa bayar RM200 ribu

SEKALI lagi akhbar propaganda Umno dan Barisan Nasional, Utusan Malaysia diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah beliau pada 11 Mac 2008 yang lalu.

Artikel fitnah Utusan itu melaporkan perkataan yang tidak pernah diucapkan oleh Lim Guan Eng yang dituduh kononnya mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, DEB [The Star].

Di bawah ini prinscreen artikel yang dimaksudkan .



Kalau kita lihat, artikel ini begitu jelas berniat jahat memainkan sentimen perkauman. Gambar Guan Eng dan ayahnya di tepi tingkap dipaparkan untuk menggambarkan seolah-olah anak beranak cina ini sudah berjaya merampas hak Melayu.

Tujuannya begitu jelas mahu menimbulkan kemarahan dan sikap prejudis orang Melayu terhadap bangsa China. Memang patutlah kena bayar RM200,000.

Apa yang menghairankan, nampaknya Utusan Malaysia cuba mencabar arahan mahkamah apabila akhbar kaki fitnah itu masih terus menyiarkan artikel ini meskipun sudah dijatuhkan bersalah memfitnah Guan Eng.

ReJaM� "Ini namanya menghina mahkamah, laporan polis patut dibuat... "

In:

Panas! Banner Himpunan Hijau disimbah cat biru!

NAMPAKNYA taktik sabotaj dengan cara menyimbah cat sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini. Mungkin si pelaku bangga jika diketahui umum bahawa merekalah yang berani membuat sabotaj.

Terbaru banner Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth yang akan berlangsung esok disabotaj oleh individu yang tidak bertanggung jawab.



Jelas kelihatan di dalam gambar, kesan simbahan cat biru pada banner yang dimaksudkan. Kenapalah jahat sangat, perangai macam syaitan!

Apa pun, pada pendapat ReJaM� secara peribadi, tindakan begini hanyalah menunjukkan sikap busuk hati mereka, dan membuatkan rakyat semakin muak dengan politik ala samseng begini.

Maklumat lanjut klik sini [ASD]

ReJaM� "Rakyat tak suka politik samseng... "

In:

Veteran Umno Perlis ramal BN akan tumbang PRU13

DI tengah-tengah kehangatan serangan United Malays National Organization, Umno menyerang KEADILAN Selangor yang disifatkan mereka sebagai retak menanti belah, veteran Umno Perlis pula tampil membuka pekung.

Bekas Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

�Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

�Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

�Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan,� kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pemimpin Veteran Umno itu turut meramalkan Barisan Nasional akan tumbang dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti [FMT].



Isu perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli semalam dianggap begitu hangat oleh Umno, sehinggakan Najib Razak pun turut memberi ulasan berkenaan hal itu.

Utusan Malaysia melaporkan Najib menggambarkan KEADILAN Selangor sebagai sudah retak menanti belah, maka rakyat harus menyokong Barisan Nasional [Utusan].

Pelik bin hairan, Rafizi letak jawatan maka rakyat kena sokong Barisan Nasional? Apa punya teori ni encik Najib? kah kah kah...

Sibuk bantai KEADILAN, Najib lupa partinya sendiri di Perlis retak dan sudah pun terbelah.

ReJaM� "Muhyiddin tersenyum simpul menjeling kerusi empuk Presiden Umno "

In:

Tengku Razaleigh berpolitik di sekolah boleh pulak?

LIHAT laporan berita yang dipetik daripada Bernama Online di bawah ini. Jelas sekali Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkempen untuk Barisan Nasional di sekolah.

Ketika berucap di Majlis PIBG Sekolah Kebangsaan Paloh 3, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru rakyat agar mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang bagi meneruskan agenda pembangunan negara [Bernama].



Sebenarnya bukan tak boleh berkempen politik di sekolah, boleh kalau berkempen untuk Barisan Nasional, yang tak boleh kalau berkempen untuk Pakatan Rakyat.

ReJaM� "Geran tanah Malaysia ini Barisan Nasional yang punya... "

In:

Isu beli Ahli Parlimen, kenapa SPRM buat bodoh?

SUDAH kali kedua, Ahli Parlimen Parti Islam, PAS YB Khalid Samad mendedahkan video bukti cubaan membeli ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat. Individu yang terlibat juga telah didedahkan.

Kalau dilihat, ini merupakan aktiviti rasuah yang berat, malah melibatkan sejumlah wang yang banyak iaitu RM2 Juta [BN Beli Ahli Parlimen].



Secara logiknya, bila ia melibatkan wang yang begitu banyak, maka bukan calang-calang orang yang terlibat di dalam memberikan sumber kewangan untuk aktiviti rasuah tersebut.

Tidak mungkin Kak Milah penjual nasi lemak atau Lim Tat penjual khinzir kecil-kecilan yang terlibat. Juga tak masuk akal jika imam masjid Kampung Pinang Sebatang yang menjadi dalang di sebalik rasuah tersebut.

Apa yang menjadi persoalan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM sehingga kini senyap sunyi, sepi bagaikan seekor kucing buta, pekak dan bisu yang hanya mampu menguap tatkala tikus mondok menguis-nguis hidungnya.

Ibarat Polis pekak dan bisu yang diserang ceret beret ketika perompak bersenjatakan pisang sedang mengugut pegawai bank di depan matanya dengan cara menghunus kulit pisang di leher mangsa.

Berita rasuah berkaitan pembelian ahli parlimen ini mendapat liputan luas media seluruh negara, namun SPRM masih tidak menjalankan sebarang siasatan. Woi ko buat kerja apa? Anak kena rogol depan mata ko sebok makan kacang tengok bola?

ReJaM� "Letak jawatanlah kalau cuma tahu menghabiskan beras... "

In:

Zunar tolak pelawaan ke program kartunis bersama PM

KARTUNIS terkenal negara, Zunar yang pernah melukis di dalam majalah Gila-Gila suatu masa dahulu hari ini secara tegas menolak pelawaan ke sebuah program kartunis bersama Perdana Menteri esok.

Di laman peminatnya di Facebook, beliau mendakwa ada pihak tertentu yang disebut sebagai "datuk-datuk berkenaan" yang tidak henti-henti memujuknya ke program itu.

Bagaimanapun, beliau secara tegas menyatakan bahawa beliau memiliki harga diri dan meminta pihak yang mempelawa itu agar berhenti daripada menelefonnya.



Di laman peminat facebook beliau menulis:

"Kepada yang berkenaan, berhentilah memujuk saya kerana saya tidak akan hadir program kartunis bersama PM di Central Market esok. Saya punya harga diri. Dan kepada Datuk-datuk berkenaan, berhentilah menelefon saya, saya tak ada urusan dengan kamu semua."


Kalau dilihat, Zunar bertindak bijak dalam hal ini. Pelawaan itu mungkin merupakan satu perangkap untuk beliau.

Andai kata Zunar menyertai majlis itu barangkali gambar beliau yang terkenal dengan karya-karya yang mengkritik Najib akan dimanipulasi oleh pihak tertentu sebagai menunjukkan kononnya beliau menyokong Najib.

ReJaM� "Teruskanlah berkarya, pena mu lebih tajam daripada mata pedang "

In:

Rafizi Ramli berjanji sunat sekali lagi jika lompat parti

BELUM habis dengan isu perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam.

Difahamkan ada pihak yang menimbulkan spekulasi liar kononnya Rafizi Ramli akan menyertai barisan katak-katak pisang yang telah melompat parti sebelum ini

Sehubungan itu, Rafizi di laman Twitter milik beliau memberi jaminan bahawa beliau berjanji akan bersunat sekali lagi jika bertindak melompat parti [Twitter]



Dalam nada yang dilihat tegas, beliau turut mencadangkan agar semua wakil-wakil rakyat membuat aku janji sepertinya.


ReJaM� "Kalau ko lompat memang kena sunat sampai habis kah kah kah... "

In: ,

Isu letak jawatan, ini dia SMS yang dikirim oleh Rafizi Ramli

ISU perletakan jawatan Rafizi Ramli semalam, sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, mengundang pelbagai spekulasi.

Ramai pihak menganggap ia ada kena mengena dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah Hussin yang selama ini didakwa kerap menimbulkan perbalahan.

Blogger pro Umno dan media-media propaganda mereka pula hari ini mula mereka cipta pelbagai teori. Tujuannya mudah difahami - untuk menggambarkan KEADILAN Negeri Selangor sedang bergolak.

Petang semalam ReJaM� ada bertanya kepada Cikgu Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkenaan hal ini. Hasilnya beliau menghantar (forward) satu sms yang dihantar kepadanya bagi menggambarkan situasi sebenar.



Jelas sekali Rafizi berasa lucu membaca pelbagai cerita yang disebarkan berkaitan dengan perletakan jawatan beliau. Kalau dilihat reaksi bersahaja Rafizi menggambarkan tiada sebarang kontroversi berlaku seperti yang digembar-gemburkan.

Cikgu Fariz Musa merupakan antara pimpinan yang rapat dengan Rafizi, jika ada sebarang pergolakan atau masaalah, biasanya Cikgu Fariz antara orang paling awal akan mengetahuinya, namun SMS di atas menunjukkan perkara sebaliknya, wallahua'lam.

ReJaM� "Nantikan teori-teori lucu media propaganda Umno kah kah kah... "

In: ,

Papagomo tumbuk muka blogger Umno usia 53 tahun

KELMARIN MiLo SuaM ada menulis di Twitter tentang kisah blogger ikon fitnah Umno, Papagomo menumbuk seorang blogger Umno di bawah Unit Media Umno, UMB iaitu blogger APA, Aku Peduli Apa [Twitter].



Maklumat ini dihantar oleh salah seorang sahabat dipercayai daripada Umno, melalui email. Apa pun, ReJaM� malas nak ambil berat email tersebut kerana bimbang ia sekadar perangkap ataupun tuduhan liar dengan muslihat tertentu.

Tetapi hari ini salah sebuah blog di bawah Unit Media Baru, UMB seliaan Umno mendedahkan bahawa blogger yang ditumbuk oleh Papa Gomo itu berusia 53 tahun [Sumber].



Tak sangka juga ya, satu kapal pun boleh tumbuk-menumbuk. Apa yang melucukan, rupanya Papa Gomo ni berani tumbuk orang tua je, kah kah kah...


ReJaM� "Woi tumbuk orang tua bolehlah kah kah kah... "

In:

Tinjauan dapati kereta merah kerap ditimpa tahi burung

SELEPAS membaca hasil tinjauan ini, anda dinasihatkan jangan berdiri berhampiran dengan kereta berwarna merah kerana bimbang akan terkena percikan tahi burung yang jatuh dari langit.


Satu kajian yang dibuat di lima bandar-bandar terkemuka mendapati 18% kereta berwarna merah ditimpa oleh tahi burung diikuti oleh kereta biru (14%), hitam (11%), dan putih (7%).

Anda digalakkan untuk mewarnai kereta anda dengan warna hijau kerana tinjauan ini mendapati hanya 1% kereta berwarna hijau ditimpa oleh tahi burung.

Kajian itu turut menyatakan bahawa pelbagai teori dinyatakan di banyak laman sesawang sosial dan permotoran, bagi menjawab persoalan mengapa burung lebih cenderung berak di atas kereta berwarna merah dan bukan kereta warna lain.

Segelintir pemandu berpendapat ia kerana warna merah menggambarkan bahaya.

Sumber: Free Malays

Jika ada tinjauan terhadap bendera parti mana yang kerap ditimpa oleh tahi burung, dan bendera parti mana yang paling sedikit ditimpa, tentu anda dapat mengagak jawapannya kah kah kah...

In:

Anwar Ibrahim pemilik plate no PKR1 berharga RM99,555?

KEBELAKANGAN ini isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan menjadi topik hangat di internet. No pendaftaran WWW1 yang dimenangi bidaannya oleh Sultan Johor berharga RM520,00 turut menjadi kontroversi.

Terdapat khabar angin disebarkan oleh blogger pro Umno berkenaan no pendaftaran PKR1 yang dikatakan telah dibida oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim. Kebenaran khabar angin itu tidak dapat disahkan.

Bagaimanapun, akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila pemilik atau pemenang bidaan no pendaftaran PKR1 berharga RM99,555 itu diumumkan hari ini [The Star].



Harapan blogger gerombolan songkok tinggi untuk melihat Anwar Ibrahim memenangi bidaan no pendaftaran PKR1 sekaligus boleh digunakan untuk menyerang beliau tidak kesampaian kah kah kah.

Nasib baik bukan Anwar, kalau Anwar yang menang memang gua bantai dia cukup-cukup dalam blog ni.

ReJaM� "Pakai plate murah-murah sudah ler... "

In: ,

Kenapa ceramah Anwar di Stadium Sabak Bernam tiada sambutan?

RAMAI sahabat pembaca menghantar mesej kepada MiLo SuaM bertanya benarkah ceramah Anwar Ibrahim di Stadium Sabak Bernam kelmarin tiada sambutan?

Ini berikutan blogger-blogger Umno menyebarkan gambar-gambar berikut di blog-blog mereka. Menurut mereka orang Sabak Bernam sudah tidak percaya dengan Anwar Ibrahim.



Kalau dilihat daripada gambar-gambar ini memang lengang, tak ramai orang yang datang ceramah Merdeka Rakyat, yang diadakan di Stadium Mini Sabak Bernam, Selangor itu [Sumber].




ReJaM� telah menghubungi salah seorang
sahabat blogger Edyesdotcom bertanyakan tentang hal ini. Menurut beliau pula, ramai hadir di ceramah tersebut sekitar 3,000 orang.

Keadilandaily pula menganggarkan sekitar 2000 orang hadir di ceramah tersebut. Sebagai bukti, Edyesdotcom menghantar gambar-gambar berikut.



Meskipun ceramah ini diadakan di hari bekerja (malam Rabu), namun sambutan sangat menggalakkan, menyaksikan orang ramai duduk di atas rumput stadium untuk mendengar ceramah.



Bezakan antara dua gambar pertama dan dua gambar-gambar berikutnya, barangkali blogger Umno ambil gambar ketika ceramah sudah selesai. Pelik bin hairan, benda macam ni pun nak menipu, macamlah pengguna internet hari ini tak pandai cari maklumat.

ReJaM� "Blogger Umno, sengaja sabotaj buat Umno nampak bangang ke? "

In:

Apa kebihan anak Raja Nong Chik dapat projek RM30 juta secara rundingan terus?

BEBERAPA blog telah mendedahkan bagaimana syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin telah dianugerahkan projek kerajaan bernilai RM30.8 juta secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini.

Projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor ini telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana binti Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun.



Beberapa persoalan yang timbul:


a) Mengapakah projek ini tidak diberi secara tender terbuka? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai rekod yang baik untuk projek-projek yang sama sebelum ini? Adakah Istijuara Sdn Bhd mempunyai prestasi kewangan yang baik?

b) Apakah peranan Raja Farhana, anak Raja Nong Chik di dalam projek ini? Adakah beliau menjadi wakil kepada kepentingan Raja Nong Chik di dalam Istijuara?

c) Adakah Istijuara menerima sebarang lagi projek kerajaan?

KEADILAN menyeru agar Jabatan Audit Negara memeriksa kontrak ini untuk memastikan tidak wujud sebarang salahguna kuasa di dalam penganugerahan kontrak ini.

Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar.

Jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan mengapa kontrak dimeterai pada tahun 2010 ketika beliau sudahpun menjadi menteri.

Pada masa yang sama, Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya.
Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan UMNO yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini.



NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
Sent from my BlackBerry�

In: ,

Taktik kotor halang ceramah Pakatan Rakyat di Johor

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan taktik kotor yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor.

Menurut pengirim, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu.



Difahamkan, notis pemberitahuan seperti ini ditampal di banyak lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kulaijaya berhubung ceramah Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di daerah itu.

Notis berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh pihak Polis.

Tujuannya pula dikatakan untuk menyuruh para penduduk setempat agar membuat bantahan terhadap ceramah yang bakal diadakan sekaligus memberi alasan untuk Polis menghalang ceramah tersebut.



Persoalannya, mengapa jika program ceramah anjuran United Malays National Organization, Umno tiada pula notis begini ditampal?

Tindakan ini dilihat membuka ruang kepada gerombolan songkok tinggi membuat bantahan beramai-ramai kononnya sebagai mewakili penduduk setempat bagi membolehkan polis menghalang ceramah dengan alasan ada bantahan.

Wahai polis, rakyat Johor bukan bodoh, mereka nak datang ceramah biarlah mereka pergi, mereka ada otak, ada akal fikiran, kalau ceramah Pakatan Rakyat penuh penipuan dan fitnah mereka juga tak bodoh untuk terus percaya.

Kenapa sibuk sangat nak halang ceramah? Pergi tangkap perompak, pencuri, perogol.

ReJaM� "Patutlah banyak kes tak settle, Polis sibuk jaga ceramah... "

Kredit Gambar: Sihat Selalu