Bas dinaiki Anwar Ibrahim diserang samseng!
Kejadian ini berlaku di lokasi berhampiran Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Setakat ini tidak diketahui pihak yang bertanggung jawab, namun tindakan ini nampaknya sengaja dilakukan sebagai sabotaj kepada kempen Jelajah Anwar Ibrahim yang dijadualkan untuk ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis.
Ini berikutan serangan tersebut ditujukan di cermin hadapan bahagian pemandu bas berkenaan. Kalau cermin pemandu dah pecah dan disimbah cat, bagaimana pemandu nak memandu bas?
Maka jelas sekali ia perbuatan musuh yang jelas tidak mahu kempen jelajah Merdeka Rakyat Dato Seri Anwar ini diteruskan.
Sebelum ini Najib Razak naik bas juga kononnya menggambarkan beliau berjiwa rakyat tapi bas yang dinaiki beliau sejenis bas yang tidak dinaiki oleh rakyat rujuk sini [Najib naik bas].
Bas yang diserang ini malam tadi turut dinaiki oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

ReJaM� "Siapa agaknya musuh Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz ye? "
Pak Samad disiasat kerana baca puisi malam tadi
Pelik tapi benar, pagi ini Utusan Malaysia melaporkan, Polis akan menyiasat sasterawan negara itu kerana membaca puisi. Patutlah jenayah semakin meningkat, rupanya Polis sibuk nak tangkap orang baca puisi kah kah kah...
Patutlah kes tembak menembak semakin banyak, rupanya Polis sibuk berfikir macam mana nak tangkap orang tua yang janggutnya dah berwarna putih dan jalannya pun hampir-hampir kena papah.

Tambah lucu lagi Utusan kata hanya segelintir peserta Janji Demokrasi yang disebut sebagai peserta Janji Bersih di Dataran Merdeka malam tadi.
Ini namanya menipu depan batang hidung. Wartawan gila Utusan ni ingat warga internet tak pandai tanya pakcik Google untuk lihat kebenaran kah kah kah...
Wartawan akhbar yang selalu kalah saman akibat suka buat fitnah ini ingat warga internet tak pandai cari gambar dan video di facebook untuk melihat sendiri bagaimana Dataran Merdeka dikuningkan malam tadi kah kah kah...
ReJaM� "Woi akhbar gila! Kau ingat warga internet kambeng ke? kah kah kah "
Peringatan: Kepada yang belum tonton Video Klip Janji DiCapati, sila klik sini untuk menonton [Janji DiCapati]
Penjawat awam dikerah ke program Janji Ditepati
Lihat bukti surat atau memo di bawah ini baik-baik. Penjawat awam dikerah ke program Janji Ditepati bersama Najib Razak di bukit Jalil 31 Ogos ini.
Bukan itu sahaja, perbelanjaan untuk menyertai himpunan Janji Ditepati itu nampaknya turut mendapat pembiayaan.

Kenapa rakyat perlu dikerah ke program Najib? Siapa tahu angkat tangan! Tengok tu katak pun angkat tangan sebab katak pun tahu kalau penjawat awam tak dikerah ke program seperti ini, hanya Najib dan Rosmah je yang datang kah kah kah...
Siapa yang belum tonton Video Klip Janji Dicapati sila tonton jika tidak kamu akan menyesal klik sini [Janji Dicapati] kah kah kah...
ReJaM� "Semut pun lari keluar stadium tahu Rosmah nak datang kah kah kah"
Penting: Turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka dengan baju kuning malam ini kita kuningkan Dataran Merdeka. Siapa tak turun akan dihukum peluk sampai puas oleh Big Mama kah kah kah
Kuningkan Dataran, Janji Demokrasi trending di twitter
Kepada sahabat semua, jangan lupa ke Dataran Merdeka dengan pakaian kuning, kita sertai himpunan Janji Demokrasi untuk kuningkan Dataran Merdeka malam ini.

Polis tak benarkan lantak dia, rakyat nak berhimpun sambut merdeka dengan baju kuning bukan satu jenayah! Lagipun Rais Yatim sudah mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk kuningkan Dataran Merdeka malam ini.
Sebelum itu layan dulu lagu Janji DiCapati penat gua siapkan lagu ni sampai seminggu tak cukup tidur kah kah kah... klik sini [Janji DiCapati]
ReJaM� " Jumpa di Dataran Merdeka malam ini!"
Sahabat Jingga 13 memeluk Islam Alhamdulillah
Tahun ini satu lagi khabar gembira untuk kita khasnya sahabat aktivis Jingga 13 apabila salah seorang dari mereka memeluk Islam hari ini. Saudari Afzan yang berasal dari Sabah itu kini menggunakan nama Rayyan Khairiyah.

Beliau mengucapkan dua kalimah sahadah disaksikan Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan pelakon Gerak Khas yang kini bersama Pakatan Rakyat, Abby Abadi.
Seorang lagi sahabat Jingga 13 juga telah menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, sama-sama kita doakan beliau dibukakan pintu hidayah oleh Allah SWT.
ReJaM� "Bertambah lagi saudara kita... "
Penting: Jangan lupa kuningkan Dataran Merdeka malam ini!
Lawak! Utusan kata Malaysiakini putar belit kenyataan
Utusan Malaysia yang berulang kali kalah saman fitnah di mahkamah dan diarahkan membayar ratusan ribu ringgit nampaknya sudah jadi akhbar tak sedar diri.
Lihat laporan akhbar tersebut di bawah ini.

Utusan Malaysia lapor Malaysiakini putar belit kenyataan Dr Asri, tapi apa pula kata Dr Asri sendiri? Lihat kenyataan Dr Asri di akaun twitter beliau di bawah ini.

Menurut Dr Asri, laporan Malaysiakini adalah benar tapi tidak menyeluruh dan Dr Asri menjemput orang ramai membaca tulisan secara menyeluruh di blognya.
Umum mengetahui ruangan berita di Malaysiakini adalah terhad, tentu sekali tidak dapat mengulas keseluruhan artikel tulisan Dr Asri. Namun Dr Asri mengakui laporan tersebut adalah benar.
Sebaliknya Utusan Syaitan menokok tambah cerita kononnya Dr Asri membidas Malaysiakini kerana memutar belit kenyataannya.
ReJaM� "Sebenarnya Utusan Syaitan yang putar belit... "
Hari Merdeka, peniaga mengamuk 18 jalan ditutup 3 hari
Antara jalan-jalan yang ditutup waktu itu adalah Jalan Raja laut, Jalan Parliment, Jalan Kinabalu, Leboh Pudu, Jalan Syed Putra, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Ampang
Namun pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, sebanyak 18 jalan-jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Bukan itu sahaja, jalan-jalan ini ditutup selama tiga hari [MyMetro].

Antara jalan-jalan yang ditutup ialah seperti berikut sebanyak 18 batang jalan yang menuju ke Dataran Merdeka.
Jalan Travers/Jalan Damansara
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
Jalan Tembusu/Jalan Lembah
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Tapi yang menghairankan, semasa Bersih 3.0 ada sekumpulan mamak-mamak peniaga membuat laporan polis kerana mereka menghadapi kerugian akibat penutupan jalan-jalan ini selama sehari.
Adakah kumpulan mamak-mamak peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari?
ReJaM� "Hanya orang bodoh percaya dengan propaganda bodoh kah kah kah "
Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter
Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik rujuk sini [Mak Tom].
Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.
Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.

Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu.
ReJaM� "Tergamak perkudakan ibu sendiri untuk kempen politik..."
Pakatan Rakyat terus kempen turunkan harga kereta

Nampaknya pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengendahkan strategi 3R (Race, Royal and Religion) yang digunakan oleh Barisan Nasional sebaliknya mereka terus dengan kempen yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Jika diperhatikan di tepi-tepi jalan sekitar Selangor, pimpinan Pakatan Rakyat terutama Rafizi Ramli sedang sibuk mengedarkan pelekat turunkan harga kereta.
Sementara di Twitter, kempen turunkan harga kereta diteruskan dengan hashtag #HargaKeretaTurunSaya untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang kempen ini.
Anda semua dijemput untuk menyemarakkan kempen ini agar mesej atau manifesto menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat ini berjaya sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.
ReJaM� "Apa sahaja yang baik untuk rakyat, gua sokong... "
Janji Ditepati bagaikan kerajaan yang nazak - Dr Asri
Jika anda seorang manusia yang waras, tentu sekali anda akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang mengejek atau sekurang-kurangnya membenci Lagu "Janji Ditepati" di dalam hati.
Bekas Mufti Perlis semalam secara terbuka mengkritik lagu "Janji Ditepati" yang dijadikan lagu tema Kemerdekaan tahun ini di laman twitter beliau.

Dr Asri membayangkan betapa buruknya lagu dan lirik "Janji Ditepati" itu. Tidak cukup dengan itu, beliau menyebut Malaysia bagaikan sebuah kerajaan yang nazak dilihat kerana terdesak menggunakan hari kemerdekaan sebagai kempen politik.
Lihatlah, Janji Ditepati mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lagu tema kemerdekaan yang mengundang kritikan terbuka daripada bekas mufti.
Namun kepada si pengampu kerajaan, inilah lagu paling lunak dan bermakna dalam hidup mereka kah kah kah...
ReJaM� "Kalau katak dengar Janji Ditepati katak pun akan mencemuhnya... "
Strategi Umi Hafilda perkudakan Mak Tom, makan diri
Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.
Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.

Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.
Terpaksalah Umi Hafilda menggunakan khidmat pelakon tambahan iaitu dua orang kanak-kanak yang tiada kaitan langsung dengan keluarganya untuk muncul di Buletin Utama TV3.
Di saat Umi Hafilda melakukan "kerja gila" beraya di Melaka, adik beradiknya yang lain pula berkumpul beramai-ramai di rumah kakak mereka di AU2 Hulu Kelang.
Manakala Azmin Ali beraya di Taiping Perak kerana mengikut giliran untuk beraya di kampung isterinya.
Kata Ummi Hafilda, kononnya Azmin Ali buang keluarga. Tapi nampaknya dia sendiri yang melarikan diri daripada keluarga dan mencolek Mak Tom untuk beraya bersamanya di perantauan.
Segar di ingatan bagaimana Ummi mengheret Mak Tom ke dalam kereta Polis semata-mata mahu Mak Tom berkempen untuk Umno pada tahun 1999 dahulu...
Barangkali PRU 13 ini, Ummi Hafilda akan paksa Mak Tom jadi calon Barisan Nasional pula untuk menentang Azmin Ali di mana-mana kawasan yang ditandingi oleh beliau.
ReJaM� "Woi Ummi! Hari Raya bukan hari untuk buat kerja gila kah kah kah... "
Jom "hangout" bersama Dato Seri Anwar malam ini
DATO' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama di Malaysia serta Asia Tenggara untuk dipaparkan dalam acara "Google Hangout on Air".
Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan juga Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, telah pun menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi bersama rakyat.
Acara julung kali ini akan diadakan pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012 pada pukul 10:30 malam.
Ia boleh ditonton secara langsung di http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured.
Setakat ini, lebih daripada 700 orang telah pun menandakan kehadiran mereka di halaman Facebook dan dijangka akan meningkat semakin tinggi lagi.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan-soalan mereka melalui Twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau secara bertulis di halaman Google Plus Events (http://is.gd/borakanwar) dan Facebook (http://tiny.cc/borakanwar,) .
Sekumpulan rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu online melalui Google Hangout dari rumah masing-masing. 6 tetamu ini akan mengambil giliran untuk bertanya soalan dan masing-masing akan menjadi paparan utama apabila sedang berucap. 40% daripada soalan akan ditanya oleh ahli panel, 40% daripada soalan bertulis online manakala 20% selebihnya datang daripada soalan yang dikemukakan semasa acara sedang berlangsung.
Pengarah Operasi di Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Puan Sharifah Shahidah, akan menjadi moderator bagi Google Hangout kali ini.
Acara Dato Seri Anwar Ibrahim ini akan disiarkan secara langsung dari studio di TV Selangor.
Sent from my BlackBerry®
Perutusan MB Selangor sempena Aidilfitri dan kemerdekaan
Bismillahirrahmanirrahim�
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga, dan sahabat baginda. Merafak kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnian-Nya dapatlah kita menyempurnakan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketakwaan.
Masa berlalu dengan begitu pantas.
Tanpa disedari kita sudah hampir selesai melaksanakan tuntutan Rukun Islam ke-3 dalam satu perjalanan spiritual dan menguji ketahanan fizikal.
Hari Raya Aidilfitri diraikan sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran kita di atas segala pengorbanan dan penyempurnaan ibadah puasa dan amalan-amalan lainnya sepanjang Ramadhan.
Di samping kita sibuk dengan persiapan menjelang hari lebaran yang bakal tiba, janganlah kita lalai dengan kewajipan sebagai umat Islam khususnya membayar zakat fitrah. Kewajipan itu, merupakan pelengkap kepada amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, saya menyeru agar kita tidak keterlaluan dalam merayakan hari mulia ini dan sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dan tidak bermegah-megah serta mengelak pembaziran.
Pada tahun ini, kita bertuah kerana belum habis perayaan Hari Raya Aidilfitri diraikan, kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55 pada 31 Ogos 2012.
Kedua-dua perayaan ini adalah keistimewaan kepada negara kita yang mempunyai kepelbagaian agama dan bangsa tetapi mampu hidup aman dan harmoni. Dalam kita bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan pejuang dalam menuntut kemerdekaan.
Kemerdekaan dalam erti kata lain turut menuntut kepentingan rakyat untuk bersatu padu, berjuang atas prinsip kebebasan dan keadilan.
Berlandaskan kepercayaan ini, Kerajaan Negeri Selangor optimis bahawa perubahan akan terus berlaku, khususnya di peringkat negeri Selangor ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang maju, adil dan berdaya saing.
Dalam mencapai hasrat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini beriltizam dalam memastikan jentera pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar seiring dengan prinsip-prinsip ketelusan, memerangi jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa dan melaksanakan reformasi dalam urus tadbir secara komprehensif.
Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi menyeru agar setiap rakyat Malaysia, khususnya di negeri Selangor untuk berfikir secara matang dan terbuka bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang erti kemerdekaan yang sebenar.
Pada kesempatan ini, Kerajaan Negeri Selangor menyeru setiap lapisan masyarakat bersama-sama memanfaatkan dwi-perayaan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim, memupuk semangat muhibbah dan persaudaraan sesama rakyat Malaysia.
Akhir kata, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke-55. Sambutlah perayaan ini dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan.
Sekian,
Wabillahi taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Sent from my BlackBerry®
Dapat RM2 juta keluarkan fatwa haram undi DAP
Malah beliau turut mengharamkan orang Islam mengundi parti-parti yang bekerjasama dengan DAP sambil menggelarkan parti itu sebagai kafir harbi.

Nampaknya pengasas pondok ini mengeluarkan fatwa pelik kerana ada imbuhan besar bakal diterimanya. Selang tidak sampai seminggu fatwanya disiarkan dalam Utusan Malaysia, beliau menerima sumbangan RM2 juta.

ReJaM� "Jual beli fatwa lebih untung daripada jual unta... "
Anwar Ibrahim Fremason, Ibrahim Ali kantoi!

Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.
Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.

Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia.

Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali.

ReJaM� "Isu sampah yang dikitar semula... "
Sumber: http://www.iosphere.net/~dixonr/ln2006.html
Sultan Johor benarkan Umno politikan masjid?
Itu di Selangor. Bagaimana pula ceritanya di Johor? Adakah Sultan Johor juga tidak membenarkan masjid dijadikan tempat berpolitik, atau sebaliknya?
Jawapannya kenalah tanya orang Johor. Bagaimanapun, nampaknya Umno Johor sedang rancak menyebarkan risalah politik di masjid-masjid di sekitar Johor.
Baru-baru ini (11 Ogos 2012) dalam sebuah majlis khatam Al-Quran, di sebuah masjid di Kangkar Pulai Johor, jemaah masjid dihadiahkan selonggok risalah politik untuk dibawa pulang. Di bawah ini antara risalah yang diedarkan.

Nama sahaja majlis khatam Al-Quran, tapi para jemaah diberikan risalah beserta CD-CD politik untuk dibawa pulang.
ReJaM� "banyak lagi bukti akan didedahkan, tunggu... "
Sumber: Facebook
Giliran Abby Abadi pula saman Utusan Malaysia!
Lihat sahajalah sebelum ini, Khalid Samad, Lim Guan Eng dan beberapa ahli politik mengaut sejumlah ratusan ribu ringgit hasil tindakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia.
Nampaknya kali ini giliran Abby Abadi pula akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar propaganda Barisan Nasional itu. Rujuk kenyataan Abby Abadi di akaun twitternya di bawah ini.

Nampaknya Abby sudah puas bersabar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan ke atasnya. Selembut-lembut Abby, namun kesabarannya pasti sudah sampai ke penghujung.

Bila Abby terlalu mengalah, nampaknya media semakin galak mengutuk, menghina dan memfitnah beliau. Maka eloklah beliau mengambil tindakan untuk menghentikan semua ini.
Sebelum ini Khalid Samad mendermakan sebahagian besar wang yang diterimanya hasil tindakan saman ke atas Utusan Malaysia. Barangkali Abby Abadi juga boleh mengambil tindakan yang serupa.
Bersedekah sambil membangkrapkan Utusan Malaysia, akhbar penipu nombor satu Malaysia.
ReJaM� "Menghentikan fitnah ke atas diri sendiri juga satu tanggung jawab"
Terbaik! Mufti Pahang kata haram dan berdosa sokong BN

Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?
Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.
Tanpa rasa bersalah Najib menolak Hukum Hudud secara terang-terangan malah mendapat liputan seluruh Malaysia melalui Buletin Utama TV3. Pelbagai alasan diberikan untuk menolak Hudud.
Meskipun Mufti Pahang tidak menyebut secara langsung, namun jelas dan nyata Barisan Nasional adalah parti yang menolak hukum Hudud secara terang-terangan dan termasuk di dalam parti yang haram dan berdosa untuk disokong.
ReJaM� "Haram sokong BN macam makan babi kah kah kah... "
Ke mana hilangnya wang saku pelajar Kolej Komuniti?
ARTIKEL ini dikirim oleh salah seorang sahabat pembaca kepada MiLo SuaM.
Saudara Pengarang,
Saya adalah salah seorang pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti kursus jangka panjang selama 6 bulan dalam bidang pelancongan. Kolej Komuniti adalah salah sebuah kolej pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Mulai tahun lepas, pelajar-pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara yang ibu bapa merek mempunyai pendapatan kurang daripada RM2500 sebulan adalah layak untuk mendapat bantuan wang saku sebanyak RM250 sebulan, dan dibayar melalui bank kepada pelajar. Sedikit sebanyak ia telah membantu pelajar ini untuk menyara kehidupan mereka di kolej, di samping menggunakannya untuk tujuan rasmi pembelajaran.
Perjalanan wang saku ini lancar pada empat bulan pertama sahaja, yang bermakna bahawa wang saku ini dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada waktu yang tepat. Selepas itu ia menjadi tidak tentu arah. Pernah terjadi wang saku pada bulan berkenaan dibayar pada pertenggahan bulan berikutnya. Bila keadaan ini berlaku, ia tentulah menjejaskan perjalanan pembelajaran pelajar, dan sekaligus membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah.
Fenomena ini masih berterusan hingga ke hari ini, malah sejak tiga bulan kebelakangan ini, pelajar tidak menerima sebarang wang saku lagi. Tidak ada penjelasan diberikan, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) menuding jari pada bahagian Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) yang memberikan alasan bahawa geran yang diperuntukkan sudah kehabisan dan mereka masih menunggu kedatangan geran baru yang entah bila akan tiba.
Kolej Komunti menjalankan kursus secara sijil modular. Bermakna setiap kursus jangka panjang (bagi setiap modular), ia mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan. Untuk melengkapkan kursus (pelancongan), pelajar akan mengambil masa selama 2 tahun dan melalui 4 modular kesemuanya.
Manakala wang saku ini pula hanya lancar pada 4 bulan pertama tahun lepas sahaja. Selepas itu ia menjadi kucar kacir dan tak tentu hala. Student ramai yang terganggu, malah ada yang diarahkan keluar rumah sewa kerana tak mampu menjelaskan duit sewa. Yang lebih memeritkan, ada pelajar yang terpaksa berlapar di bulan puasa ini kerana tidak mempunyai wang saku untuk bersahur dan berbuka.
Kami pelajar-pelajar merasa hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku. Apakah masa depan pelajar perlu dikorbankan demi kelangsungan birokrasi dan karenah pihak kementerian yang tidak peka dengan keadaan di bawah.
Kami meminta supaya perkara ini dapat diatasi segera supaya pelajar-pelajar ini dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna.
Green Badge TG
Selangor
Sent from my BlackBerry�
Undi DAP haram dan berdosa kata pengasas pondok Geting
Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP.
Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud.
Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah [Utusan].

Jika MCA dan MIC tidak menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam, apa kata Umno tubuhkan hukum hudud dan negara Islam, kerana mereka tidak mendapat tentangan daripada MCA dan MIC seperti PAS dapat tentangan daripada DAP kah kah kah.
ReJaM� malas nak cakap banyak, kalau undi DAP dan parti yang bekerjasama dengan DAP (PAS dan KEADILAN) haram dan berdosa, maknanya undi Pakatan Rakyat adalah haram dan berdosa.
Maka majlis fatwa sila keluarkan fatwa dan haramkan rakyat Malaysia beragama Islam mengundi Pakatan Rakyat kerana ia berdosa macam makan babi kah kah kah.
ReJaM� "Satu cakerawala tahu MIC dan MCA tentang Hudud kecuali pengasas Pondok Geting, Tumpat"
Shahrizat Jalil di mahkamah dengan tudung gaya baru
Beliau tampil dengan gaya tudung baru tidak seperti tudung yang biasa dipakainya seperti selendang sebelum ini. Bagaimanapun, "trade mark" jambul wanita Umno ala Rosmah Mansor masih dikekalkan.

Di ruang perbicaraan dalam mahkamah semalam penuh dengan gelak ketawa para hadirin yang geli hati dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh Shahrizat.
Antaranya, menyebut bahawa beliau merasa terlalu terhina apabila digelarkan sebagai Cow Minister of the Year, selain itu beliau juga berasa malu apabila sering kali dipanggil sebagai Ketua Wanita Lembu.
Salah satu kenyataan yang membuatkan hadirin berderai dengan gelak ketawa yang tidak dapat dikawal apabila Sharizat menyebut "Wanita Umno terpalit dengan taik lembu".
ReJaM� sampai agak lewat, dan hanya sempat mengikuti sebahagian proses perbicaraan semalam. Perbicaraan akan disambung pada hari Jumaat.
ReJaM� "Nak layan lawak jenaka lembu? Datang Mahkamah Jalan Duta Jumaat ni "
Lucu! 9 NGO pro Umno malukan Barisan Nasional
Siap bawa sepanduk kononnya tindakan mereka itu sebagai mentaati titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dipolitikkan [Utusan].

Mereka nak bantah masjid dipolitikkan, terpulanglah. Mereka ada kaki, ada tangan ada mulut, nak bantah lantaklah kita tak perlu persoalkan kerana mereka juga berhimpun secara aman tanpa senjata.
Namun yang lucunya, mereka sebenarnya telah memalukan Barisan Nasional yang baru sahaja beberapa hari lalu mempolitikkan masjid.
Lihat bukti-bukti di bawah ini, biarlah gambar berbicara seribu bahasa.

Siapakah gerangan ahli politik Barisan Nasional yang mempolitikkan masjid ini? Lihat gambar di bawah.

Sendiri politikkan masjid, sendiri mengamuk berhimpun bagai depan bangunan JAIS. Woi NGO-NGO mabuk! Bulan Ramadhan mana boleh minum arak kah kah kah...
ReJaM� "Mulut bising terbau kentut orang, punggung sendiri terpalit taik"
Barisan Nasional mahu hentikan air percuma di Selangor
Namun nampaknya Barisan Nasional mula menunjukkan bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan air percuma ini jika berjaya menawan Selangor.
Lihat laporan Sinar Harian di bawah ini.
Noh Omar yang kononnya bakal ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas negeri itu mengatakan kerajaan akan menetapkan tarif air yang tidak membebankan rakyat.

Anda ada akal fikiran, sila fikirkan beza antara tarif air percuma yang sedia ada sekarang dengan tarif air yang tidak membebankan rakyat ditawarkan oleh Barisan Nasional jika berjaya tawan Selangor.
Wahai Noh Omar, kalau sudah kena bayar air setiap bulan itu namanya membebankan wahai samdol. Sedangkan rakyat Selangor sekarang tidak perlu membayar air setiap bulan.
Dulu Khir Toyo kata kalau Pakatan Rakyat beri air percuma kepada rakyat, Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun. Tapi nampaknya sampai sekarang tak bangkrap-bangkrap kah kah kah...
Malah simpanan tunai Selangor masa ini sebanyak RM2 Billion mencipta sejarah sebagai simpanan tunai kerajaan negeri paling tinggi di Malaysia kah kah kah...
ReJaM� "Orang bagi tawaran lebih baik, dia bagi tawaran lebih buruk, gila! "
Janji Ditepati, sudah 10 tahun janji nak bina hospital
Kalau kita lihat, Barizan Nasional sibuk dengan slogan Janji Ditepati, namun apa sebenarnya janji-janji yang mereka tepati?
Sebelum ini kita telah dedahkan bagaimana janji Barisan Nasional untuk membina hospital di Negeri Terengganu, yang berakhir sebagai "Janji Dimungkiri" rujuk sini [Janji Ditepati].
Kali ini kita ke Negeri Selangor pula. Janji untuk membina hospital di Tanjung Karang, Kuala Selangor sudah lebih 9 tahun ditabur, namun yang tertunai hanyalah papan tanda yang menanti rebah menyembah bumi.

Gambar ini diambil di Ladang Kuala Selangor, tepi jalan besar Kuala Selangor ke Tanjung Karang. Tempat ni sangat-sangat memerlukan Hospital Besar sejak sepuluh tahun lalu kerana kepadatan penduduknya yang kian meningkat saban tahun.
Menurut pengirim gambar, papan tanda cadangan membina hospital ini sudah dipacakkan sejak beliau mula berumahtangga dengan orang Tanjung Karang sehinggalah kini anaknya sudah bersekolah darjah dua.
Kira-kira sepuluh lalu Barisan Nasional berjanji bagai nak rak kepada penduduk tempatan kononnya mahu membina hospital besar di sini.
Namun anda lihat sendiri, janji hanya tinggal janji.
ReJaM� "Elok tukar kepada slogan Janji Ditepati kepada Janji Dimungkiri "
Bukti! Abby Abadi tidak pernah lagi mencukur kening
Blogger Umno menulis di blog-blog mereka mendakwa kononnya Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening meskipun beliau sudah berhijrah dan bertudung.

Minggu lalu ReJaM� bersama #TeamAbbyAbadi dan Jingga 13 ada menganjurkan satu program berbuka puasa dan santai bersama Abby Abadi di Shah Alam, kami juga sempat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Teraweh bersama-sama.
Selepas selesai program, ReJaM� sempat berborak panjang dengan pelakon watak Inspektor Aliza dalam Gerak Khas itu di salah sebuah kedai mamak di Shah Alam.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dari pemerhatian ReJaM� dengan mata kepala sendiri, kening kak Abby Abadi agak tinggi dan kelihatan seperti dicukur, namun jika diperhatikan dari dekat jelas kelihatan ia sebenarnya tidak.
Boleh dilihat jelas terdapat bulu-bulu halus di tepi kening beliau yang menunjukkan ia tidak dicukur. Jika sebelum ini Kak Abby mungkin mencukur kening, namun kini dia tidak lagi melakukan perkara yang dilarang Allah itu.
Sebagai bukti, di bawah ini ReJaM� kongsikan gambar yang ReJaM� ambil sendiri ketika di program Iftar bersama beliau di Shah Alam minggu lalu. Perhatikan kening beliau dalam gambar-gambar berikut.

Gambar berikut pula diambil ketika kami bersantai bersama Abby Abadi di kedai mamak sekitar Shah Alam minggu lalu. Perhatikan juga kening beliau.

Isu ini dilihat agak keanak-anakan untuk dijawab, namun ReJaM� rasakan perlu dijawab bagi menangkis tomahan dan fitnah yang dilemparkan oleh blogger-blogger Umno dan laman hiburan yang cuba mencetuskan kontroversi.
Walaupun dah dijawab berulang kali, cybertrooper Umno terus juga mainkan isu kening ini berulang-ulang terutama di facebook dan twitter untuk mencetuskan kekeliruan.
ReJaM� "Harap tiada lagi orang tanya isu sama berulang-ulang..."
Anwar Ibrahim kecam sekeras-kerasnya penangkapan Rafizi
SAYA mengecam sekeras-kerasnya penangkapan Sdr Rafizi Pengarah Strategi Parti Keadilan awal pagi ini.
Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.
Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga Georg Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.
Sejak pendedahan NFC akhir tahun lalu sehinggalah kini, dan beberapa lagi skandal penyelewengan, beliau telah mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan menggunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.
Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi PM Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh.
Rafizi telah dituduh di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) dan ini hanyalah satu cara bagi mereka untuk terus menakutkan rakyat yang mahu mencari kebenaran disebalik kontrak dan kronisme yang berkaitan dengan pimpinan UMNO/ Barisan Nasional (BN).
Saya dengan ini memberi sokongan penuh terhadap Rafizi atas semangat dan keberanian beliau dan berharap keluarga beliau akan dapat melalui dugaan ini dan yakin bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.
DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
Kenyataan Media 1 Ogos 2012
Sent from my BlackBerry®
Rafizi Ramli didakwa laman web NFC digodam (hacked)
Penggodam dipercayai melakukan serangan ke atas website NFC sebagai bantahan kepada penangkapan Rafizi Ramli semalam. Laman web rasmi NFC diletakkan dengan lambang NFC, BN dan UMNO dipijak oleh karikatur orang lidi.

Selain itu penggodam turut menggelarkan Rafizi Ramli sebagai wira rakyat, sambil menggesa NFC agar memulangkan semula wang RM250 juta yang diselewengkan untuk projek lembu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
Turut terpapar ialah gambar karikatur kartunis Zunar yang berkaitan dengan isu NFC. Penggodam turut meninggalkan jejak menggelarkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army.
Dari segi susunan bahasa, penggodam barangkali bukan berbangsa Melayu atau sengaja menggunakan taktik begitu agar kegiatannya tidak mudah dikesan.
Pelik tapi benar Rafizi Ramli mendedahkan skandal wang rakyat dilakukan oleh keluarga Shahrizat Jalil, namun beliau pula yang ditahan.

Nikmati hasil kerja "Hacker Halimunan" di link ini [nfc.com.my]
ReJaM� "Kalau berlaku kecurian jangan report nanti anda ditangkap Polis! "