right_side
Powered by Blogger.

Blog Archive

In:

Website JPN dedah warga asing dengan MyKad palsu boleh mengundi!

LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011.

Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan.

http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf



Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu.

"Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu.

Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu.

Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya.



Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR].


ReJaM� "Lihat sendiri bagaimana negara kita digadai di depan batang hidung!"

In:

Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam 3 bulan

KERATAN printscreen di bawah merupakan laporan versi online sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu [Daily Express].

Portal itu melaporkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran apabila beliau menerima kad pengenalan (MyKad) berwarna merah sedangkan beliau adalah warganegara Malaysia yang sah.

Namun apa yang ingin dipersoalkan di sini bukanlah tentang kekecewaan beliau itu, sebaliknya berkaitan dakwaannya bahawa "warga asing di Keningau boleh memperolehi MyKad hanya dalam masa tiga bulan".



Dakwaan beliau bukanlah sekadar dakwaan kosong kerana wajah dan namanya sudah terpampang di dalam sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur. Perkara ini wajib disiasat, dan jika ia merupakan dakwaan palsu tindakan perlu diambil.

Buat pengetahuan anda semua, artikel ini hanyalah sekadar "pemanas badan" sebelum tembelang lebih besar dengan bukti kukuh tentang penipuan pilihanraya akan didedahkan sebentar lagi.

MiLo SuaM akan mendedahkan bagaimana warga asing dibenarkan mengundi hanya dengan menggunakan kad pengenalan yang sudah disahkan palsu oleh mahkamah.

Barangkali anda sudah terbaca berita ini sebelum ini, namun apa yang didedahkan itu kes lain. Sebaliknya apa yang bakal ReJaM� dedahkan pukul 9.00 pagi ini kes terbaru beserta bukti kukuh yang tidak dapat disangkal.

ReJaM� "Sila kembali ke blog ini pada pukul 9.00 pagi ini... "

In:

Blogger Umno dedahkan gambar skandal VVIP Pulau Pinang


BLOGGER United Malays No Otak, Umno kembali dengan cerita lucah terbaru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat sekaligus menarik sokongan rakyat kepada Umno.

Kali ini blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan gambar skandal kononnya VVIP dari Pulau Pinang. Setakat ini blogger tersebut menutup wajah VVIP yang dimaksudkan.

Blogger itu mendakwa VVIP yang tersebut adalah pemimpin yang beperwatakan alim dan juga berimej  islamik dan warak dari Pulau Pinang.



Sebenarnya "modus operandi" blogger ini membuat fitnah lebih kurang sama dengan fitnah salah seorang kawan mereka sebelum ini yang mendedahkan gambar aksi seks kononnya pemimpin pas rujuk sini [aksi seks pemimpin pas].

Sebelum fitnah blogger gila ini diteruskan, ada baiknya ReJaM� dedahkan lebih awal siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh mereka itu.

Sebenarnya mereka cuba memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Gambar yang ditutup itu sebenarnya gambar Lim Guan Eng.



Jika mereka meneruskan fitnah ini, lebih banyak bukti untuk membongkar fitnah akan didedahkan.

ReJaM� "Umno dan lucah bagaikan taik dan kentut... "

In:

Di semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik

AGAK mengejutkan, sebelum ini kita sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia.

Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap.



Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat.

Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya,
 .
ReJaM� "Ini bil elektrik rumah ke Zoo?"

In:

Beberapa pemimpin kanan BN Sabah sertai KEADILAN minggu depan

SEBELUM ini dalam artikel yang lalu, ReJaM� ada memaklumkan bahawa mengikut perkiraan kasar, 7 lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan sertai KEADILAN, rujuk sini [Pemimpin Sabah].

Nampaknya hal itu sudah hampir pasti menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional KEADILAN 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam menyebut beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional Sabah bakal meninggalkan parti itu.



�Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang bersama kita,� kata Azmin.

Difahamkan pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. Menurut Azmin lagi, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Difahamkan juga sudah ada perbincangan bersama para pimpinan yang dimaksudkan untuk mereka memainkan peranan membawa perubahan di negeri paling miskin di Malaysia itu kerana tiada ruang mereka berbuat demikian jika terus bersama BN.

Sebelum ini, bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk sertai KEADILAN.

ReJaM� "Patutlah Bajet 2013 tiada peruntukan khusus untuk Malaysia Timur... "

In:

10,000 Graduan Pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi

SEMALAM ReJaM� berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru.

Nampaknya sahabat ReJaM� itu yang kini bekerja membantu di kedai makan ibunya di Pahang benar-benar marah dengan pengumuman bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib Razak kelmarin. 

Semua itu gara-gara sebelum ini Utusan Malaysia mengumumkan kononnya akan ada berita gembira untuk 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur.

Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah ini.

Sahabat ReJaM� itu nampaknya hampa dan kecewa. Punyalah tekun dia menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 di kaca televisyen sedari mula sehingga akhir, namun berita baik yang diharapkannya langsung tak muncul.

 "Kalau tak ada berita baik janganlah cakap ada, menghampakan harapan orang, tak guna!" ujarnya sambil mencebikkan bibir.

Sahabat ReJaM� ini antara 10,000 graduan yang dimaksudkan di dalam laporan akhbar di atas.

 ReJaM� "Sabarlah, duduk rumah jelah tunggu orang pinang... "

In:

Surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah terjual RM50,000

MALAM tadi berlangsung sebuah majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat untuk mengutip derma pilihanraya umum yang akan datang.

Selain kutipan derma secara konvensional, majlis itu menyaksikan lelongan barangan peribadi milik pimpinan Pakatan Rakyat untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihanraya Pakatan Rakyat.

Antara lelongan yang berjaya dijual ialah surat yang dikirim oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Dr Wan Azizah ketika beliau dalam penjara.


Dr Wan Azizah sempat membacakan surat itu sebelum menyerahkannya kepada pembeli yang berjaya membida dengan nilai RM50,000, Datuk Lajim Ukin.

�Inilah secebis hidup kami yang dikongsi bersama,� katanya.

Kalau kita lihat, sekeping surat dengan coretan dakwat di atasnya sanggup dibeli oleh hartawan seperti Datuk Lajim Ukin demi membantu mengumpul dana pilihanraya untuk Pakatan Rakyat.

Teringat kisah pesawat peribadi digunakan oleh Anwar Ibrahim di dalam kempennya ke Sabah dan Sarawak tempoh hari yang disensasikan oleh media arus perdana.

Adakah perbelanjaan sewa pesawat peribadi yang dilaporkan oleh Utusan sebanyak RM96,000 tidak sanggup ditaja oleh rakan Anwar yang bersimpati dengan perjuangan beliau?


 ReJaM� "RM10 nampak besar nilainya di mata kanak-kanak tetapi tidak pada orang dewasa... "

In:

Bajet 2013: Harga gula naik RM0.20 kerana ramai pesakit diabetes

LUCU dan lawak, tapi ini cerita betul bukan rekaan. Najib Razak mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sekilogram dengan alasan yang dikemukakan, kerana 2.6 juta rakyat menghidap kencing manis (diabetes).
    Ayat "cover line" subsidi gula dikurangkan sebanyak RM0.20 sekilogram mulai esok, namun maksud sebenarnya ialah, mulai esok harga gula naik RM0.20 sekilogram.

Adakah logik dengan menaikkan harga gula sebanyak RM0.20 akan membantu 2.6 juta pesakit diabetes di Malaysia? Adakah langkah ini akan mencegah sakit diabetes di kalangan rakyat?

Benarkah kenaikkan harga gula akan menyebabkan pengeluar makanan dan minuman mengurangkan kandungan gula di dalam produk mereka? Ini petanda harga makanan dan minuman bakal meningkat lagi. 

Berdasarkan pengalaman lalu, apa yang jelas taukey restoran-restoran mamak akan ketawa besar memandangkan ini "lesen besar" untuk mereka menaikkan harga makanan dan minuman jualan mereka yang sudah sedia mahal.

Ini peluang mamak buat untung. Barisan Nasional dengan "Barang Naik" bagaikan kentut dan taik tak dapat dipisahkan.

 ReJaM� "Gula naik RM0.20 sekilo, teh tarik naik RM0.20 secawan..."

In:

PKNS buat laporan Polis terhadap NGO gila di Selangor

ORANG kalau sudah gila macam-macam perkara pelik dia boleh buat. Ada yang picit semut, kira bulu kucing, gigit itek jiran rumah sebelah dan sebagainya.

Kalau gila seperti ini tak menyusahkan orang tak mengapalah. Tapi kalau sudah sampai tahap menyusahkan atau membahayakan orang, memang patut dihantar ke hospital gila. Contohnya macam ada sebuah NGO di Selangor, Jaringan Melayu Malaysia, JMM namanya.

NGO pro United Malays No Otak, Umno ini telah menyebarkan surat mengajak penduduk yang telah membeli rumah daripada PKNS memohon kepada kerajaan negeri agar kesemua hutang rumah mereka yang masih tertunggak kepada PKNS dan SIC (anak syarikat PKNS) dilupuskan [Surat].

Alasan mereka kononnya ia sebagai tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di dalam melupuskan hutang Talam Corp. Namun hakikatnya PKNS langsung tidak ada kena mengena dengan penghapusan hutang Talam Corp.
 
Oleh kerana itu pihak PKNS telah membuat laporan Polis terhadap JMM (sebut Jaringan Melayu Mangkok) kerana cuba mengaitkan PKNS dengan penghapusan hutang Talam Corp yang tak ada kena mengena langsung dengan pihaknya.



Lucu tengok perangai gila Jaringan Melayu Mangkok. Ini sudah boleh dikategorikan sebagai orang gila yang menyusahkan orang dan mereka ini patut dihantar ke hospital gila, kerana dia ingat rumah PKNS tu rumah bapak dia kah kah kah...

Di bawah ini salinan laporan Polis yang dibuat oleh PKNS terhadap JMM (Jaringan Melayu Mangkok). Sila klik untuk membesarkan imej.


ReJaM� "Buat apa report Polis? Patutnya lapor pada hospital gila kah kah kah... "

In:

Penjaga gol Harimau Malaya Khairul Fahmi sokong tuntutan Royalti Kelantan

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya, Safee Sali di program KEADILAN, rujuk sini [Safee Sali].

Kali ini giliran penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi pula di program Pakatan Rakyat. Beliau secara simbolik menunjukkan sokongan terhadap tuntutan royalti minyak Kelantan dengan bergambar sambil memegang pelekat "R".
   
"R" merupakan logo rasmi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), sebuah badan gabungan yang menyatukan aktivis yang memperjuangkan Royalti minyak Negeri Kelantan.

Khairul Fahmi merupakan rakyat Kelantan, sudah tentu beliau menyokong tuntutan royalti yang dinafikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk rakyat Kelantan yang majoritinya (95%) adalah orang Melayu. 

United Malays National Organization, Umno kononnya memperjuangkan Melayu, namun depan batang hidung rakyat Kelantan yang majoritinya adalah orang Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti dengan pelbagai alasan dangkal.


ReJaM� "Nama parti pun pakai nama orang putih ada hati nak perjuangkan Melayu? Puihh... "

In:

Syarikat Lego cipta permainan kanak-kanak hina Nabi Muhammad?

SELEPAS kita digemparkan dengan filem "Innocence of Muslim" yang menghina Rasulullah, sebuah lagi dakwaan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dipercayai telah disebarkan sejak seminggu yang lalu.

ReJaM� turut menerima email berantai yang mengirimkan sekeping gambar alat permainan keluaran syarikat permainan terkenal Lego dikatakan menghina Rasulullah.

Di bawah ini gambar yang dimaksudkan. Gambar ini turut tersebar ke halaman sosial facebook menggesa orang ramai terutama muslim agar memboikot serta membantah syarikat Lego dari Denmark yang dikatakan sengaja menaikkan darah umat Islam.
   
Gara-gara enggan tertipu seperti isu "Pawagam terbelah" sebelum ini, ReJaM� membuat sedikit siasatan melalui pakcik Google. Hasil tinjauan, ReJaM� dapati isu ini sebenarnya bukanlah isu baru, sebaliknya isu lama yang diulang kembali. 

Isu ini pernah tersebar semenjak sebelum tahun 2006 lagi. Malah pihak Lego juga telah mengeluarkan satu kenyataan bertulis di laman sesawang rasmi mereka menafikan mereka ada mengeluarkan permainan menghina Rasulullah seperti yang didakwa [Lego].


Pihak Lego juga di dalam laman sesawang rasmi mereka mengutuk tindakan individu yang tidak bertanggung jawab menggunakan produk dan jenama mereka untuk melakukan perbuatan menghina Rasulullah ini.

 ReJaM� "Terhidu taktik pemasaran di situ, Wallahua'lam..."

In:

Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka

MASIH ingat kontroversi percutian Najib Razak tahun lalu? Di saat negara merayakan hari kemerdekaan 31 Ogos, Najib pergi bercuti ke Perth, Autralia rujuk sini [Najib sambut merdeka].

Media-media arus perdana sibuk memainkan isu pesawat peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah dan Sarawak di Hari Malaysia tempoh hari.

Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta.

Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini]
      
Inilah yang dikatakan orang, muncung berkokok ekor bergelumang taik. Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah?

 ReJaM� "Sapu Malaysia, Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... "

In:

Hantu tanpa nama didaftarkan dalam daftar undi SPR

SEMAKAN di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya, SPR menemukan satu data yang dipercayai hantu kerana hanya memiliki alamat tempat mengundi, dan nombor kad pengenalan namun tidak memiliki nama.

Hantu tersebut menggunakan nombor kad pengenalan 781220-13-5703. Apabila semakan dibuat di laman web semakan daftar pengundi SPR, ia menunjukkan pemilik kad pengenalan akan mengundi di daerah Bintulu Sarawak.
   
Persoalannya, bagaimana hantu ini boleh tersesat masuk ke dalam daftar mengundi SPR? Nama tiada, tapi nombor kad pengenalan dan alamat tempat mengundi ada.

Adakah hantu tanpa nama ini hanya akan menunjukkan dirinya semasa hari mengundi nanti?

ReJaM� "Hantu tentulah akan mengundi syaitan yang dikenali... "

In:

Video panas! Upah RM200 untuk pindah tempat mengundi

SATU lagi penipuan pilihanraya terbongkar kali ini di Negeri Sabah. Kegiatan mendaftar pengundi baru dan pemindahan tempat mengundi ke kawasan Dun N.15 Api-Api dengan tawaran upah RM200 terbongkar.
   
Difahamkan para pengundi (kecuali kaum Tiong Hua) bermula dari Taman Keramat yang terletak di batu 2, Jln Tuaran sehingga ke Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Inanam (Terminal Bas Inanam) ditawarkan bayaran RM200 untuk menukar tempat mengundi ke kawasan DUN Api-Api.

Kegiatan ini dipercayai untuk mengekalkan cengkaman Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut.

Kegiatan yang mengcurigakan tersebut berjaya dirakamkan oleh krew SabahTv di sebuah pusat membeli belah (Likas Square) di Teluk Likas yang dipercayai di bawah pengurusan kroni seorang timbalan menteri kabinet negeri. Sila tonton video di bawah.


Kepada anda warga Sabah yang terlibat, jangan khuatir, terima sahaja upah RM200 itu untuk belanja sekolah anak-anak. Tapi di hari mengundi nanti undilah Pakatan Rakyat.

ReJaM� "Jangan subahat dengan penipu! Ini kalilah! Kita ubah bah! "

In:

Papa Gomo meninggal dunia hanyalah khabar angin dan tidak benar

SEJAK semalam tersebar khabar angin tentang kematian blogger lucah nombor satu Umno si Papa Gomo. ReJaM� turut menerima mesej sebaran "broadcast" melalui Blackberry Messengger, BBM.

Mesej tersebut dihantar oleh pengirim yang memang ReJaM� kenal sangat merupakan askar upahan maya Umno (Cybertroopers) atau sukarelawan mereka yang sebelum ini sering mengirim mesej sebaran menyerang Pakatan Rakyat.

Daripada maklumat yang ReJaM� terima di blog sahabat [ASD], Papa Gomo hanya mengalami masaalah kesihatan dan tidak sampai ke tahap kronik ataupun meninggal dunia. ReJaM� percaya berita kematian ini hanyalah khabar angin yang tidak benar.

   

Difahamkan Papa Gomo terpaksa menyelesaikan masaalah yang sangat kritikal, lantaran kisah blogger lucah itu yang terpalit dengan skandal "Azroy" sudah mula tersebar. Bagaimanapun ReJaM� tidak berhajat untuk mengaibkan beliau di sini.

Daripada mesej yang disebarkan ini menunjukkan berlaku perpecahan teruk di kalangan cybertrooper Umno dan Papa Gomo sejak blogger lucah itu menumbuk muka seorang blogger Umno berusia 55 tahun  sebelum ini, rujuk sini [Papa Gomo Tumbuk].

Cuma ada sedikit kelucuan pada mesej di atas, boleh pulak meninggal dunia dianggap sebagai balasan kerana kurang ajar dengan orang tua kah kah kah... 

Biasalah cybertrooper United Malays No Otak, Umno kah kah kah...

ReJaM� "Papa Gomo, mulai hari ini gua nak panggil lu Azroy boleh? Kah kah kah... "

In:

Orang bukan Islam (Cina) cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

BUDAYA mencium tangan menjadi adat orang Melayu terutama masyarakat Islam di Malaysia. Ia sebagai tanda menghormati ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.

Pada 23 September lalu, Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa, pengerusi TCH Group di Kota Bharu.

Sekeping gambar menarik sempat dirakamkan menyaksikan orang bukan Islam, berbangsa cina menunjukkan rasa hormat beliau kepada Mursidul Am Parti Islam, PAS itu.
   
Jelas di sini Tuan Guru Nik Aziz turut dihormati oleh orang bukan Islam meskipun beliau selama ini lantang memperjuangkan Islam melalui Parti Islam, PAS.

ReJaM� "Bangsa Tiong Hwa tak layan media gerombolan... "

[FB]

In:

Pemandu bas turut sertai kempen turunkan harga kereta

SIAPA sahaja manusia yang memiliki akal yang waras, tentu akan bersetuju dengan kempen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta di dalam misi menawan Putrajaya.

Kisah menarik di Pulau Pinang, pemandu bas turut menyertai kempen tersebut dan turut bersetuju untuk memasang pelekat dan poster "Turunkan harga kereta" di bahagian cermin depan bas yang saban hari dipandunya.
    Rupa-rupanya masih ramai rakyat yang tidak tahu dengan kempen ini. Maka sudah menjadi tugas anda sahabat pembaca yang dihormati semua untuk menyebarkan kempen ini ke seluruh pelusuk negara.

Jangan sampai ada seorang manusia pun di bumi Malaysia ini yang tidak tahu dengan kempen turunkan harga kereta yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ini.

Kenderaan apa pun yang anda bawa, kereta, lori, bas, keretapi, bajak, motorsikal, mahupun basikal, tampalkan poster kempen turunkan harga kereta ini.

Nanti bila harga kereta turun, siapa yang senang? Rakyat juga yang senang. Tapi jangan terkejut kerana ada juga seorang manusia akan jadi tak senang duduk jika harga kereta diturunkan kah kah kah...


ReJaM� "Hanya orang gila tak sokong kempen turunkan harga kereta... "

In:

Perhimpunan Bersih jadi soalan peperiksaan di sekolah

PROPAGANDA untuk memburuk-burukkan Perhimpunan Aman Bersih, menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di ibu negara 28 April lalu turut disebarkan kepada budak sekolah.

Lihat bukti gambar di bawah ini. ReJaM� ambil gambar ini dari blog sahabat Amenoworld. Kalau nak dapat 1 markah kena tulis "Tidak wajar", kalau tulis "wajar" dapat telor kah kah kah.
   
Namun hakikatnya yang perlu anda tahu, dan perlu anda sebarkan kepada orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng ialah, mahkamah telah menetapkan bahawa menteri yang mengharamkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah tidak waras! Rujuk sini [Menteri tak waras]
    Bersih 2.0 atau Bersih 3.0, kedua-duanya dianjurkan oleh jawatankuasa yang sama dan orang-orang yang sama. Pengerusinya masih Dato' Ambiga dan Sasterawan Negara A Samad Said.

Pusinglah kot mana pun, hakim dah tetapkan bahawa Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram, yang haram adalah menteri yang istiharkan Bersih haram kerana dia yang haram jadah!

 ReJaM� "Berhentilah memperbodohkan anak bangsa sendiri wahai cikgu pengampu"

In:

Utusan dakwa jet peribadi dinaiki Anwar ada kaitan dengan Yahudi

LUCU melihat laporan Utusan Malaysia berkenaan isu jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari disensasikan oleh akhbar itu kebelakangan ini.

Selalu ReJaM� ingatkan kepada rakan-rakan, kalau nak tahu putar belit dan pembohongan Utusan Syaitan, tak perlu baca Harakahdaily, Keadilandaily atau Roketkini. Baca akhbar itu sendiri pun kita dah boleh nampak pembohongan mereka.

Sebagai contoh, kali ini Utusan mendakwa jet peribadi yang dinaiki Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak tempoh hari dimiliki oleh syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

"Jet eksekutif tersebut dimiliki oleh Wells Fargo Bank Northwest di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat (AS) manakala operasinya dikendalikan oleh Bresnan International Aviation di White Plains, New York dan kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan Yahudi" - Utusan Syaitan

Namun dalam masa yang sama dan di hari yang sama, Utusan Syaitan melaporkan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar itu milik syarikat TJets Sdn. Bhd. berdasarkan pengakuan pengerusinya Datuk Mohd. Taufik Omar.
  ReJaM� "Belit sana belit sini akhirnya diri sendiri yang terbelit... "

In:

Anwar Ibrahim perjelas, jet peribadi milik seorang rakan

KEBELAKANGAN ini heboh tentang isu jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa lagi pimpinan Pakatan Rakyat ketika berkempen di Sabah.

Di lobi parlimen hari ini, Anwar menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya. 

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.
   Anwar sempat berseloroh,

"Ya dia bantu, macam kadangkala kereta saya rosak saya pinjam kereta orang. Macam tadi kot saya tak sampai jadi saya pinjam kot kawan"

"Sebab itu masa dalam parlimen tadi kot saya nampak menggelebeh, sekarang yang saya pakai ini memang kot saya".

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia "transparent".

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

�Bantuan itu tidak terikat dengan apa-apa dan sekiranya saya diberikan peluang selepas ini untuk menggunakan bagi kempen pilihan raya, ia memang sangat diperlukan. Kalau boleh saya mahu pinjam lagi, �katanya.

Saksikan rakaman video kenyataan Anwar [MobTV]

ReJaM� "Tian Chua sengaja ambil gambar dan sebar supaya gerombolan meroyan kah kah kah... "

In:

Raja Nong Chik mahu jemaah surau ingat Umno/BN ketika solat

JEMAAH salah sebuah surau di Pantai Dalam berang dengan tindakan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang dilihat sengaja mahu jemaah surau tersebut mengingati Umno dan BN serta dirinya ketika menunaikan solat di surau terbabit.

Lihat gambar di bawah ini, pada bulan Ramadhan lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu telah mendermakan sejumlah sejadah di surau terbabit, namun meletakkan "pelekat kekal" dengan logo 1 Malaysia, Umno dan BN di atas sejadah tersebut.


Malah turut terpapar di atas pelekat itu ialah nama beliau sebagai penderma sejadah tersebut.

Hal ini membuatkan orang ramai yang menggunakan sejadah tersebut menjadi tidak khusyuk ketika menunaikan solat lantaran terpandang "pelekat kekal" tersebut yang betul-betul dilekatkan pada kawasan pandangan mata ketika jemaah "Qiam" di dalam solat.



Difahamkan ramai jemaah yang mengadu tentang hal ini kerana merasa terganggu dengan sejadah berpelekat Umno/BN itu. Tambah parah ramai jemaah berang kerana terpaksa sujud di atas pelekat Umno/BN itu ketika menunaikan solat berjemaah.

Akhirnya terbongkar bahawa ini merupakan taktik Raja Nong Chik mempopularkan dirinya di kalangan penduduk setempat untuk bertanding di DUN Lembah Pantai pada PRU13 nanti menentang penyandang, YB Nurul Izzah Anwar.


ReJaM� "Betul-betul macam syaitan, nak bertanding punya pasal sanggup kacau orang sembahyang... "

In:

Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia

SEBUAH berita yang agak ganjil disiarkan oleh akhbar Sinar Harian berkenaan majlis persandingan puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

Kalau kita lihat pemimpin-pemimpin negara ASEAN dijemput untuk menghadiri majlis gilang gemilang tersebut. Ketua-ketua negara ASEAN hadir atau diwakili menteri luar negara masing-masing.

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu

Bagaimanapun, di tengah-tengah kehadiran ketua-ketua negara ASEAN ini, Rosmah Mansor pula hadir sebagai ketua kerajaan Malaysia.
   
Nampaknya Rosmah akan bergaul dengan ketua-ketua negara ASEAN memainkan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Persoalannya, kenapa Rosmah yang hadir?

Rosmah sibuk nak menggantikan Najib atau Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia lalu beliau yang dijemput?

Negara lain hantar ketua negara, tapi Malaysia hantar Bik Mama kah kah kah...

 ReJaM� "Muhyiddin Yassin jadi Timbalan Perdana Menteri tunggul kayu kah kah kah... "

In:

Mencuri untuk beli nasi, penganggur dipenjara 16 bulan

SEORANG penganggur yang kelaparan dikatakan tidak memiliki wang untuk membeli nasi telah mencuri dan tertangkap. Penjenayah itu akhirnya dikenakan hukuman penjara 16 bulan (setahun 4 bulan) oleh hakim.

Di bawah ini keratan berita laporan kes tersebut yang dipetik daripada akhbar Harian Metro. Kalau kita fikirkan, penganggur ini melakukan jenayah untuk membeli nasi, tentu sekali melibatkan jumlah wang yang kecil.
 

Berbeza dengan sebuah lagi kes, juga melibatkan kes jenayah. Bezanya jenayah ini dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor. Jenayah dilakukan untuk mendapatkan kesenangan diri dan tentu sekali melibatkan wang yang besar.

Memang benar kes jenayah ini melibatkan wang sebanyak RM6.5 juta. Namun apa yang menghairankan, hukuman yang dikenakan ke atas Khir Toyo selepas didapati bersalah cuma 12 bulan penjara (setahun).

Malah hukuman penjara tersebut masih lagi ditangguhkan sehingga ke hari ini.
    Lain kali kalau nak curi, curilah banyak-banyak. Semakin banyak nilai curian semakin ringan hukumannya kah kah kah...

ReJaM� "Orang besar buat jenayah pusing sana pusing sini akhirnya lepas... "

In:

Menteri kabinet Pakistan tawar ganjaran RM300k bunuh penerbit filem hina nabi

SEORANG menteri Kabinet Pakistan, Haji Ghulam Ahmad Bilour (foto tengah) menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem "Innocence of Muslims"



"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dollar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu. Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin. Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan. "Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," katanya lagi [Sinar].

Kelihatan di dalam foto di atas, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley diiringi oleh Polis keluar dari rumahnya di California dalam keadaan wajah tertutup. Sejak awal bulan ini, Nakoula Basseley hidup dalam persembunyian bersama keluarganya.

In:

Pawagam terbelah dua ketika tayang filem "Innocence of Muslims"?

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, "Innocence of Muslims".

Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Malah ReJaM� sendiri sudah menerima lebih sepuluh mesej sebaran "broadcast messages" melalui Blackberry Messengger. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.
   
Hal ini membuatkan ReJaM� rasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa, berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Gambar tersebut sebenarnya telah diambil daripada kejadian gempa bumi yang berlaku di Chile pada 2010.

Jika anda menggunakan carian di Google, dengan keyword "2010 Chile Earthquake" (2010 Gempa Bumi Chile) anda akan dapat melihat sendiri hasil carian memaparkan gambar bangunan yang serupa seperti gambar yang disebarkan di atas.

 

Harap sahabat pembaca tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan. Anda akan membuatkan Islam menjadi bahan gelak ketawa dengan penyebaran cerita bohong seperti ini.

ReJaM� ada memaklumkan tentang kepalsuan berita ini di facebook MiLo SuaM semalam, rujuk sini [MiLo SuaM] namun sehingga hari ini nampaknya mesej tersebut masih terus tersebar. Ini maknanya masih ramai orang percaya berita ini adalah berita yang benar.

 ReJaM� "Jangan malukan agama kamu tanpa kamu sedari... "

In:

Pemuda Umno anjur demo bukan untuk bantah filem anti-Islam

AGAK menghairankan apabila Pergerakan Pemuda Umno, yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam, "Inocence of Muslim" di Kampung Baru.

Amerika Syarikat yang mereka marahkan, sepatutnya mereka pergilah ke kedutaan Amerika yang juga terletak di ibu negara, tidak begitu jauh dari tempat mereka mengadakan himpunan tersebut.

Ini tidak, Amerika yang mereka tentang, kerana dikatakan telah menghasilkan filem anti-Islam, tapi makcik jual nasi lemak di kampung baru pula yang mereka serang kah kah kah...

"Marahkan ular anak sendiri pula dipijak-pijak"

  Kalau kita lihat semalam, Dewan Pemuda Parti Islam, PAS menganjurkan perhimpunan di depan Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak. Malah dengan lantang mereka mengutuk dan mengecam Amerika di depan bangunan kedutaan itu.

Satu memorandum kecaman dan bantahan juga turut dihantar kepada kedutaan Amerika namun pihak kedutaan itu enggan turun untuk menerimanya sebaliknya hanya menghantar Ketua Keselamatan rujuk sini [Amerika enggan terima memorandum]

Akhirnya terbongkar niat sebenar Pergerakan Pemuda Umno membantah filem anti-Islam dengan cara berhimpun dan menyerang makcik jual nasi lemak di Kampung Baru.

Himpunan yang kononnya diadakan sebagai bantahan terhadap filem anti-Islam, rupa-rupanya  tidak lain hanyalah perhimpunan anti-DAP. Kononnya memperjuangkan Islam, rupanya mereka berhimpun demi "political mileage"

Konon berhimpun marahkan filem "Innocence of Muslims" tapi suruh Parti Islam, PAS keluar Pakatan Rakyat dan sertai Umno supaya mereka dapat menang mudah pada pilihanraya umum yang akan datang kah kah kah...


ReJaM� "Mana Pemuda Umno berani demo depan Kedutaan Amerika, nanti APCO marah... "

In:

Penulis upahan Najib dakwa himpunan bantah filem anti-Islam buang masa

LIHAT printscreen di bawah ini baik-baik. Inilah tweet yang menjadi bahan propaganda diulang-ulang oleh TV3 Suku dan Utusan Syaitan sejak kebelakangan ini untuk menanam kebencian orang Islam kepada DAP.

Berkekalkan sepotong ayat soalan "Are muslims wasting too much time & energy on this?" tweet daripada Ngeh Koo Ham, beliau dilabel sebagai anti Islam siang malam pagi dan petang oleh gerombolan United Malays No Otak, Umno.
    Media gerombolan menuduh kononnya Ngeh Koo Ham menyifatkan perhimpunan membantah Filem anti-Islam "Innocence of Muslim" sebagai membuang masa dan tenaga. Anda ada mata lihat sendiri beliau sedang bertanya bukan mendakwa atau menuduh.

Jika sepotong tweet ini dikira menghina Islam, bagaimana pula dengan kenyataan dan tulisan panjang lebar dikeluarkan oleh Syed Akbar Ali, Presiden Blog House Malaysia, yang juga merupakan penulis upahan Najib Razak?

Beliau tanpa rasa bersalah menulis panjang lebar menyifatkan Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin sekadar membuang masa menganjurkan demonstrasi membantah filem anti-Islam di ibu negara [TMI].
Gerombolan samseng United Malays No Otak, Umno sanggup melucah dan mencarut sambil melaungkan takbir dan "Hidup Islam" kerana sepotong tweet rujuk sini [Takbir sambil mencarut]. Samseng-samseng ni taknak ke mencarutkan si Syed Akhbar Ali ni?

Kalau kerana sepotong tweet pertanyaan, samseng Umno sanggup berdemo melucah sambil melaungkan takbir, patutnya mereka akan berbogel dan menonggeng sambil bertakbir pula akibat artikel panjang lebar yang menyifatkan demonstrasi bantah filem anti-Islam sebagai membuang masa.

Sifirnya mudah, mana-mana isu yang mempunyai elemen 3R (Religion, Race dan Royal) akan menjadi bahan propaganda siang malam pagi dan petang di media-media gerombolan.

ReJaM� "Kalau taik cicak ada elemen 3R, taik cicak pun akan jadi popular masuk TV dan surat khabar kah kah kah... "

In:

Kedutaan Amerika enggan turun terima memorandum bantah Filem Anti-Islam

SEBENTAR tadi berlangsung sebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Islam, PAS membantah penerbitan filem anti-Islam "Innocence of Muslim" di ibu negara.

Ribuan rakyat, dianggarkan oleh portal Malaysiakini, 5000 berarak menuju ke Kedutaan Amerika dan berhimpun di situ bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Rasulullah itu.

Namun pihak kedutaan Amerika enggan turun untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh Pemuda Parti Islam, PAS sebaliknya sekadar menghantar ketua keselamatan mereka.
   

Turut hadir pemimpin KEADILAN, YB Nurul Izzah serta pimpinan bukan Islam daripada KEADILAN, YB Tian Chua, YB Sivarasa dan N Surendran.
   

Pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam Filem Gerak Khas, Abby Abadi turut menyertai himpunan ini.


Lagi gambar-gambar himpunan ini boleh didapati di [Liang Lahad]

 ReJaM� "Masih menunggu khabar dan foto himpunan Pemuda Umno... "

In: ,

Samseng Umno melucah sambil bertakbir depan pejabat DAP

UNITED Malays No Otak, Umno lebih dikenali dengan panggilan UMporNO gara-gara sikap mereka yang gemar menggunakan isu-isu lucah untuk meraih sokongan rakyat terutama orang-orang Melayu. 

Baru-baru ini gerombolan lucah yang terdiri daripada samseng upahan Umno telah berhimpun di hadapan ibu pejabat DAP Melaka kononnya atas nama memperjuangkan Islam.

Namun apa yang lucunya, perhimpunan itu tidak lain sekadar himpunan samseng mencarut beramai-ramai sambil bertakbir menyebut kalimah "Allahuakbar" dan "hidup Islam" berulang kali.
   
Inilah jadinya bila orang yang tidak faham agama, tidak pernah peduli dengan Islam, tiba-tiba ke hadapan untuk memperjuangkan Islam bagi meraih sokongan politik.

Kita faham taktik mereka kononnya mahu menggambarkan diri mereka sebagai orang kampung yang berang dengan DAP. Dengan itu tindakan ini bolehlah dijadikan bahan propaganda TV3 Suku dan Utusan Syaitan. 

Namun jelas sekali mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah samseng-samseng upahan Umno. Lihat gambar di bawah, beberapa orang dikalangan mereka memakai baju Barisan Nasional.
   

Di bawah ini rakaman saat samseng-samseng ini mencarut beramai-ramai sebelum kemudiannya melaungkan takbir dan "Hidup Islam" berulang kali.


ReJaM� "Ini pejuang Islam atau penjahanam Islam? Fikirlah sendiri... "

In:

Najib mahu orang ramai sokong demo jalanan esok!

SALAH satu ungkapan yang sangat popular keluar dari mulut Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini ialah, "demo jalanan bukan budaya kita" selain sebuah lagi ungkapan yang dikeluarkan beliau jika rakyat meminta hak mereka, "negara akan bangkrap".

Tapi hari ini Najib menyokong demo jalanan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah filem anti Islam, "Innocence of Muslim" esok. Malah beliau turut menyeru orang ramai agar menyertai demo jalanan tersebut [Sinar].
   
Kalau orang lain buat demo jalanan, macam-macam keluar dari mulut Najib dan gerombolan United Malays No Otak, Umno. Jalan sesaklah, peniaga rugi juta-jutalah, negara huru haralah. Tapi bila Pemuda Umno buat demo jalanan, Najib siap suruh orang ramai sertai.

ReJaM� secara peribadi turut menyokong tindakan Najib mengajak rakyat turun ke jalanraya untuk membantah filem anti Islam tersebut.

Apa yang jelas, demonstrasi atau perhimpunan aman seperti ini merupakan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembagaan. Maka rakyat berhak berhimpun secara aman. Kisah mengarut, peniaga rugi, negara huru hara, demo bukan budaya kita, itu semua cerita bohong Najib dan konco-konconya. 

Oh ya, Fatwa "Haram" umat Islam sertai demonstrasi jalanan juga sudah selamat dicampak ke longkang kah kah kah...

ReJaM� "Kenapa Pemuda Umno tak demo dalam stadium? Kah kah kah... "

In:

Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN

SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti.
 
Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN.

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN.



ReJaM� "Tahniah kepada mahasiswa yang berani, rakam lagi banyak-banyak! "