Jingga 13 desak Polis siasat akuan bersumpah pertama Balasubramaniam
KEPULANGAN Penyiasat Persendirian P.Balasubaramaniam semalam 24 Februari 2013 setelah sekian lama berada di luar negara sangat dialu-alukan dan merupakan saat terbaik sebelum rakyat berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang masih belum diumumkan.
Sewaktu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , P.balasubaramaniam telah membuat penegasan sambil menjunjung kitab Hindu Bhagavad Gita dan menegaskan bahawa Akuan Bersumpah Pertama bertarikh Julai 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah pengakuan sebenar dan menafikan Akuan Sumpah Ke 2.
Pada 7 Julai 2008 , saya ( Fariz Musa ) sewaktu itu sebagai Timbalan Ketua AMK Malaysia dan merangkap Ketua AMK Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di IPD Kuala Terengganu agar satu tindakan serius diambil membuat siasatan terhadap Akuan Bersumpah Pertama Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam . Malah Tan Sri Ismail Omar ketika itu selaku Timbalan Ketua Polis Negara mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh P.Balasubramaniam. Tetapi sehingga kini di manakah hasil siasatan yang telah dibuat oleh pihak polis?
Pengakuan P.balasubramaniam semalam yang menyatakan Akuan Bersumpah Pertama adalah benar serta menafikan Akuan Bersumpah Ke 2 perlu dipandang serius oleh pihak polis serta satu tindakan siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang terlibat dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu yang turut melibatkan Bekas Penganalisis Politik Razak Baginda serta turut mengheret penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor.
JINGGA 13 mengesa agar pihak polis tidak bersikap dewi standard dan mengambil tindakan secara serius bagi mengheret penjenayah sebenar ke muka pengadilan.Kepulangan P.Balasubramaniam sudah pasti akan membantu siasatan skandal pembunuhan tersebut .
Muafakat*Prihatian*Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
Sent from my BlackBerry®
Video penerima BR1M, dipaksa bersumpah undi Umno dan BN

PERNAH sebelum ini ReJaM� mendengar ceramah di Kedah, salah seorang penceramah dari Machang Kelantan mendedahkan bagaimana penduduk tempatnya dipaksa bersumpah dengan nama Allah untuk memangkah Barisan Nasional pada PRU 2004.
Nampaknya pendedahan penceramah tersebut terbukti benar dengan kehadiran video ini.
Kalau sebelum ini penduduk Machang dipaksa bersumpah untuk pangkah BN selepas menerima satu beg yang mengandungi kain pelekat dan barang keperluan harian, kali ini, penduduk dipaksa bersumpah untuk mengundi BN selepas menerima BR1M.
Lihat baik-baik video di bawah dengan mata kepala anda sendiri. Saksikanlah betapa terdesaknya Umno dan Barisan Nasional sampai sanggup memperbodohkan orang-orang tua di Kelantan.
Barisan Nasional sedar bahawa mereka sudah tidak ada harapan dalam PRU13, apa sahaja cara walaupun terlalu bodoh dan melampau sanggup digunakan untuk terus berkuasa.
ReJaM� "Waktu ini, kalau suruh makan tahi kambeng pun Najib sanggup "
Sumber: Liang Lahad
Foto YB Azmin Ali cium tangan Tuan Guru Nik Aziz
Selepas berulang kali sebelum ini gagal, kali ini ReJaM� berjaya merakamkan saat YB Azmin Ali mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz sebagai tanda hormat beliau kepada Menteri Besar PAS yang menjadi kesayangan rakyat Kelantan itu.

Tuan Guru Nik Aziz, begitu disayangi dan dihormati oleh bukan sahaja oleh rakyat, malah pimpinan tertinggi dari komponen Pakatan Rakyat yang lain, iaitu daripada KEADILAN, dan DAP. Inilah mesej jelas bahawa pimpinan ulama sangat dihormati dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun media arus perdana kongkongan Umno dan Barisan Nasional berusaha keras membina persepsi kononnya pimpinan Pakatan Rakyat berpecah belah, rakyat dapat melihat sendiri realiti sebenar kesepakatan dan muafakat yang berteraskan sifat hormat menghormati di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sekalung tahniah kepada para pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa budaya politik baru saling hormat menghormati namun meraikan perbezaan pendapat.
ReJaM� "Inilah budaya politik yang diidam-idamkan oleh Rakyat Malaysia..."
Video Anwar perlekeh Nik Aziz dan Hadi Awang, lagi peluang Anwar saman Utusan Malaysia
Utusan laporkan kononnya video Anwar Ibrahim memperlekehkan ilmu agama Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang tersebar, rujuk laporan berita untuk orang cacat otak di bawah ini baik-baik.

Sekarang, korang dengar sendiri ucapan Anwar dalam video yang dimaksudkan di bawah ini. Mari bergelak ketawa dengan berita bodoh Utusan Kambeng ini kah kah kah...
ReJaM� " Gua harap Anwar Ibrahim akan saman akhbar yang memang dah nak bangkrap ini... "
Kerajaan Selangor tawar RM9.65 billion untuk ambil alih konsesi air
MAJLIS Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.
Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),Puncak Niaga Sd Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) akan dikeluarkan secara rasmi oleh KDEB petang ini.
Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memimpin negeri ini akan berhak menguruskan industri air.
Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.
Rakyat juga akan mendapat pengurusan air yang telus dan cekap dan yang paling penting sekali pengambil alihan ini juga akan menamatkan era monopoli air oleh mana-mana individu atau syarikat Kerajaan Negeri percaya proses pengambilalihan ini akan berjalan lancar memandangkan tawaran ini adalah tawaran terbaik oleh rakyat Selangor demi mempertahankan hak air mereka.
Kerajaan Negeri juga berpandangan tawaran tinggi yang kita berikan ini adalah untuk menyelesaikan masalah penswastaan air yang ternyata gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat dan berharap semua pengusaha air temasuk Tan Sri Rozali Ismail tidak memprejudiskan usaha ini.
Kita juga yakin tawaran ini tidak akan merugikan syarikat-syarikat berkenaan kerana jumlah ini merupakan pulangan 12% setahun terhadap ekuiti � yang mereka miliki berbanding dengan pulangan lazim bagi industri air iaitu hanya 6%. Tambahan pula segala liabiliti akan juga diambil alih oleh KDEB menerusi Special Purpose Vehicle.
Sementara itu, Kerajaan Negeri telah pada 14hb Februari yang lalu menerima surat jawapan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui yang bertarikh 6 Februari 2013.
Namun, jawapan menteri itu tidak banyak membantu menyelesaikan masalah pengambilalihan ini kerana nampaknya menteri terlalu keliru dengan situasi yang kita hadapi ini.
Menteri gagal memahami peranan yang sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku Menteri yang diamanahkan menjaga industri air hingga memberikan beberapa fakta dan pandangan yang bercanggah di antara satu sama lain. Dalam surat beliau, menteri berkata Kerajaan Persekutuan tiada halangan untuk Kerajaan Negeri memulakan proses pengambilalihan.
Walaubagaimanapun, kelmarin apabila ditanya oleh pihak media beliau dengan tegas mengatakan pengambilalihan yang mahu dilakukan Kerajaan Negeri tidak boleh dijalankan kecuali dengan kebenaran Kerajaan Persekutuan.
Sebenarnya kita sememangnya sedia maklum bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa penentu selaku pemegang saham emas seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (Akta 655).
Justeru itu, sejak dari awal lagi kita telah menggesa Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasa tersebut demi kepentingan awam dengan membantu kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula setelah kerajaan negeri membuat tawaran kepada syarikat konsesi.
Kerajaan Negeri Selangor konsisten dengan pendirian bahawa hak air harus diserahkan kepada rakyat Selangor dan pengambilalihan ini akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri percaya rakyat Selangor dan Lembah Klang akan menyokong tindakan berani yang kita lakukan ini kerana antara faktor utama kerajaan hari ini dipilih adalah untuk melakukan reformasi pentadbiran termasuklah dalam industri air.
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR
Sent from my BlackBerry�
Blogger pro Pakatan Rakyat dibayar elaun RM3000?
Difahamkan dokumen ini disebarkan oleh cybertroopers United Malays No Otak, Umno dan blogger-blogger mereka di internet. Berikut dokumen yang dimaksudkan.

ReJaM� rasa tak perlu nak ulas apa-apa tentang dokumen ini. ReJaM� cabar pihak yang menyebarkan dokumen ini, sila siarkan dakwaan ini dalam Utusan Malaysia atau TV3, supaya dakwaan MiLo SuaM terima elaun RM3,000 daripada PKR, akan berubah kepada MiLo SuaM terima RM300,000 menang saman ke atas Utusan dan TV3 kah kah kah...
ReJaM� "Kalau berani sila siarkan dalam Utusan, gua nak saman... "
Kain rentang ajak PAS bersatu dengan Umno dipasang sekitar Kuala Lumpur
Menjelang PRU13 yang semakin hampir, Umno terpaksa menggunakan langkah terakhir untuk terus berkuasa iaitu dengan cara mengajak Parti Islam, PAS keluar daripada kerjasama Pakatan Rakyat dan sertai Umno.
Inilah langkah terakhir Umno dan Barisan Nasional untuk terus berkuasa. Lihat di seluruh Kuala Lumpur, berteraburan kain rentang mengajak PAS bersatu dengan Umno telah dipasang.
Bila Umno dan PAS bersatu, maka pemimpin di dalam PAS berpeluang menjawat jawatan menteri di peringkat pusat apabila Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa pada PRU13 nanti. Ini satu tawaran yang sangat menarik.
Maka tidak hairanlah sebilangan pimpinan yang mengidam jawatan menteri di dalam PAS, seperti Nasharuddin Mad Isa sangat menyokong PAS agar keluar Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno dan mewujudkan Unity Government, UG (Kerajaan Perpaduan).
Ini juga menjelaskan mengapa bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin sering ke sana ke mari bersama Najib. Terbaru, Nasharuddin membuntuti Najib sampai ke Gaza Palestin.
Pada waktu ini, Pimpinan Parti Islam, PAS teruji dengan jawatan menteri yang ditawarkan jika mereka sertai Umno untuk mewujudkan kerajaan perpaduan.
Rakyat boleh melihat, siapakah saki baki yang bersekongkol dengan Nasharuddin dan juga muka-muka gila jawatan menteri di dalam PAS yang akan muncul tidak lama lagi dengan idea-idea pelik.
Salah satu idea pelik itu adalah, mencalonkan pemimpin Umno, Ku Li yang juga merupakan Ahli Parlimen BN, Gua Musang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat tawan putrajaya.
Sama-sama kita tunggu dan lihat...
Sent from my BlackBerry®
Lagi menyamar jadi ahli PAS sensasikan isu kalimah Allah
Apa yang gua nak tergelak ialah, sejak bila PAS guna sebutan "ranting" bagi menamakan cawangan parti itu? Nampak sangat berita tahap sampah kah kah kah...
Rujuk prontscreen yang gua cedok daripada laporan Buletin Utama di bawah ini.

Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting. Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...
Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu. Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting". Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".
ReJaM� "Mampos kena gelak dengan orang kah kah kah... "
Surat cabaran debat ANAK kepada Ahmad Maslan
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ANAK menjemput Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengatakan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman sebagai pemfitnah bersiri serta memecah belahkan masyarakat. Berikut surat jemputan debat yang telah dihantar.

Kita lihat dengan jelas di sini daripada cop pejabat timbalan menteri menunjukkan bahawa surat ini telah diterima oleh pihak Ahmad Maslan. Maka tidak ada alasan untuk mengatakan beliau tidak mengetahui tentang jemputan debat ini.
Jika benar Ahmad Maslan berkata benar dan berpegang teguh kepada pendiriannya mengatakan Mazlan Aliman sebagai pemfitnah bersiri dan memecah belahkan peneroka, maka beliau wajar menyahut cabaran debat ini.
Jangan hanya pandai berkokok di depan kaca TV, tapi bacul bila diajak berdebat seperti Najib Razak yang hanya pandai menyorok di belakang Rosmah setiap kali Anwar Ibrahim menjemputnya berdebat.
ReJaM� "Hujah lawan hujah jangan menyorok belakang Rosmah..."
Buat demonstrasi kalimah Allah tapi sorok muka
Namun apa yang lucunya, semua yang mengaku sebagai penyokong PAS ini langsung tak berani menunjukkan wajah mereka ketika gambar mereka ditangkap oleh wartawan.

Lihat wajah-wajah yang ditandakan dengan anak panah berwarna merah dalam gambar di atas. Masing-masing cuba menyorokkan muka daripada dirakam. Nampak sangat menyamar.
Sumber gambar: Bernama
Kecam Adik Najib! Pekerja demo depan CIMB Batu Pahat semalam
Gambar yang gua terima dari sahabat pembaca di bawah tidak menyatakan tujuan demonstrasi tersebut diadakan. Apa pun jelas terpapar dalam kain rentang, menunjukkan demonstrasi yang dianjurkan oleh pekerja-pekerja CIMB itu ada kaitan dengan adik Perdana Menteri, Nazir Razak.

Salah satu kain rentang tertulis kecaman terhadap adik Najib, "Adik PM, Nazir Razak mungkir janji". Gambar ini difahamkan telah diambil oleh salah seorang sahabat yang kebetulan lalu di lokasi demonstrasi itu diadakan semalam.

Gua sedang mendapatkan maklumat tentang demonstrasi ini. Gua pun nak tahu juga apa benda yang adik Najib ni janji kepada staff CIMB sampai diorang semua marah sangat?
ReJaM� "Nampaknya adik dengan abang sama-sama suka mungkir janji... "