SALINAN laporan berita (printscreen) berikut dipetik dari Utusan Malaysia. Menurut Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri, kementerian beliau akan menayangkan video himpunan Bersih 3.0 secara menyeluruh.

Apa yang menarik di sini, beliau memberi jaminan bahawa video yang akan disiarkan itu bebas dari sebarang tapisan, superimpose atau lain-lain aspek yang boleh menimbulkan kesangsian.



Boleh percaya ke jaminan menteri ini? Kalau kita lihat sebelum ini, media arus perdana dengan selambanya menyembunyikan video yang dilihat boleh menjejaskan imej KDN.

Sebagai contoh, rakaman peserta himpunan Bersih 3.0 yang menerbalikkan kereta waja Polis diputar berulang kali siang malam pagi dan petang sebagai bahan propaganda.

Namun video rakaman kereta waja tersebut melanggar beberapa orang peserta Bersih 3.0 yang sepatutnya jadi rebutan pihak media arus perdana sebagai berita hangat, haram tak keluar!

Terpulanglah kepada kamu hisham oi nak keluar video apapun, apa yang pasti rakyat hari ini bukan seperti rakyat zaman kamu kecik-kecik dulu, terlalu mudah diperbodohkian.

Rakyat hari ini bukan rakyat yang masih percaya kalau BN tak memerintah air, api, lampu, jalanraya semua tak ada. Orang kampung yang tak ada maklumat bolehlah perbodohkan.


ReJaM� "Jangan lupa siarkan rakaman penuh Polis pukul rakyat!"