Cara Utusan Malaysia laporkan isu rasuah Ketua Umno Pandan
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani.Beliau juga mengarahkan tambahan hukuman penjara sembilan tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560 ~ Sinar

Lihat pula laporan kes rasuah Ketua Umno Pandan ini bila dilaporkan di dalam Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan), hilang nama Ketua Umno kah kah kah...

Utusan Malaysia, akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah ini nak belit, nak sembunyikan cerita terpulang kepada mereka. Namun hakikatnya semua orang sudah tahu bahawa United Malays No Otak, Umno juara rasuah.
"Umno dan rasuah bagaikan irama dan lagu"
ReJaM� "Irama dan lagu tak dapat dipisahkan kata P Ramlee... "
Majlis doa selamat dan ceramah pun kena umpan dengan duit?

Nak suruh undi Umno/BN umpan duit, nak suruh datang majlis Umno dan BN umpan duit, sampaikan mereka nak buat Majlis doa selamat dan ceramah pun kena umpan dengan duit, siap buat cabutan bertuah bagai kah kah kah...
ReJaM� "Petanda jelas rakyat kini celik dan menolak Umno... "
Warga akademik dihalang suarakan pendapat di Facebook dan Twitter
Menyedari hal itu, satu tindakan terdesak telah diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyekat warga akademik daripada melontarkan pandangan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter agar mengikut acuan dan kehendak penguasa.
Kebebasan warga akademik di dalam melontarkan pandangan melalui laman-laman sosial milik peribadi dibelenggu melalui satu surat berbaur ugutan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Lihat gambar di bawah.

Anda lihat dengan mata kepala anda sendiri, nak tulis pandangan di laman sosial peribadi sendiri pun mereka mahu pantau. Inilah namanya kebebasan bersuara ala United Malays No Otak, Umno.
Warga akademik bukan seperti kutu berahak, dan kutu rayau mahupun orang tepi jalan yang tidak punya pelajaran. Mereka ini memiliki buah fikiran yang berharga di dalam tengkorak kepala mereka.
Buah fikiran berharga ini perlu disampaikan kepada masyarakat untuk kebaikkan bersama. Mereka bukan golongan yang tidak tahu apa yang dicakapkan. Mereka bukan golongan bodoh sombong.
Malah mengutarakan pandangan melalui laman sosial juga menjadi satu cara sihat di samping mengamalkan ilmu seperti yang dianjurkan oleh Islam. Namun perkasa asas yang boleh dikira sebagai hak asasi ini pun mahu disekat.
Kalau nak tulis ulasan dan pandangan di facebook dan twitter pun mereka mahu pantau, ternyata ini satu tindakan terdesak menyekat kebebasan bersuara. Ini tandanya United Malays No Otak, Umno sudah menggeletar takut kehilangan kuasa, dan takut dengan bayang-bayang sendiri.
ReJaM� "Silakan berkubur wahai United Malays No Otak... "
Anak Tun Mahathir, Mokhzani kini manusia ke 14 terkaya di Malaysia
Perkara itu disahkan oleh laporan portal berpengaruh Forbes yang mendedahkan kekayaan anak bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini berjumlah $685 Million (RM2.1 Bilion).

Sumber kekayaan Mokhzani Mahathir, 51 dilaporkan oleh Forbes, bersumberkan daripada perusahaan minyak dan gas. Sebelum ini beliau dilaporkan menduduki tangga ke #15 sebagai manusia paling kaya di Malaysia ~ Kritis Online
Inilah faktor besar mengapa Tun Mahathir paling takut jika Barisan Nasional tewas pada pilihanraya umum yang akan datang. Beliau sudah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selama ini untuk mengayakan anak beranaknya.
Sebuk dengan slogan "Hidup Melayu!", "Hidup Umno!" ke hulu ke hilir, yang hidup bukan orang melayu tapi anak-anak Mahathir. Amalan nepotisme mengayakan anak beranak ini sudah lama diamalkan oleh pimpinan Barisan Nasional terutama Umno.
Kalau anda sahabat pembaca yang gua hormati masih tak nampak semua ini, sila celup kepala anda di dalam longkang dan pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara mintak "resign" jadi manusia kah kah kah...
ReJaM� "Seronok tak kena tipu dengan anak beranak Mahathir? "
Borang Permohonan ahli Umno penuh dengan kesalahan ejaan
Borang ini kalau dilihat merupakan borang rasmi permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno. Namun apa yang peliknya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut.
Pengirim sudah siap membulatkan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah dan anda nilailah sendiri.

Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.
Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...
Apa nak dihairankan, nama parti perjuangkan Melayu kononnya, tapi nama parti pun Bahasa Inggeris.
ReJaM� "Pejuang Melayu tapi Bahasa Melayu tunggang langgang kah kah kah... "
Datin Wan Azizah pelajar perubatan terbaik Royal College of Surgeon, Ireland tahun 1977
Nama beliau ada tercatat di salah sebuah dinding kolej tersebut dan gambarnya dikongsikan oleh salah seorang sahabat kita yang berada di sana melalui Twitter. Sesuatu yang membanggakan, di kalangan nama-nama Mat Salleh yang tercatat sebagai pelajar terbaik, ada juga nama rakyat Malaysia di situ.

Peringatan Penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.
Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!
Kartunis Sireh Majalah APO? menyampah dengan promosi berlebihan 1 Malaysia

Apa yang cuba disampaikan oleh kartunis ini jelas menunjukkan betapa rakyat menjadi muak dengan konsep 1 Malaysia oleh Najib Nazak. Sana sini dok sibuk dengan konsep 1 Malaysia.
Di bawah ini pula sindiran Ustaz Azhar Idrus kepada konsep 1 Malaysia Najib Razak yang dipromosikan secara berlebihan sehingga menghabiskan jutaan wang rakyat.
ReJaM� "Kartunis APO? pun sudah menyampah kah kah kah..."
Rakaman samseng Umno serang dan tampar orang tua

Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.

Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.
Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.
Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.
ReJaM� "Ajak berdebat lari lintang pukang sembunyi belakang Rosmah... "
Peringatan penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.
Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!
Kisah lucu Santa Claus, Pemimpin Umno dan orang gila
Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah, antara ketiga-tiga orang ini, siapakah yang paling tinggi kebarangkalian akan berjaya mendapatkan duit RM50 di atas lantai itu?
Jawapannya tentulah orang gila.

ReJaM� "Santa Claus dan Pemimpin Umno yang bijak tak wujud dalam dunia ni kah kah kah... "
Utusan Malaysia laporkan berita bodoh tentang Amanat Hadi
Warga emas berusia 80 tahun, diulangi 80 tahun itu adalah penyokong tegar PAS serta merupakan anggota Pemuda PAS Tahan Lasak. Kalau sekarang umur 80 tahun, "Amanat Hadi" dikeluarkan 30 tahun dulu, maknanya umur pakcik ni masa tu 50 tahun.
Umur 50 tahun bukan pemuda tahan lasak, itu orang tua nak kena gasak kah kah kah...
Pandai pula orang tua ni, dekat-dekat nak pilihanraya ke 13 baru nak menyesal padahal "Amanat Hadi" tu dah berusia 30 tahun kah kah kah...

Lagi satu, sejak bila pula Parti Islam, PAS ada tubuhkan Pemuda PAS Tahan Lasak? PAS tak pernah tubuhkan Pemuda Tahan Lasak. Kalau tak percaya sila tanya pakcik Google.
Pemuda Tahan Lasak ditubuhkan oleh United Malays No Otak, Umno iaitu gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka ke hulu ke hilir jerit "hidup Melayu!". Kalau tak percaya sila ke laman sesawang rasmi mereka ~ Umno Online

Pakcik ni dulu sebenarnya Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 60 an, tapi dia lupa sebab dah tua jadi dia katalah Pemuda Tahan Lasak PAS. Wartawan Utusan yang samdol tu pun apa lagi terus capai pen tulis berita walaupun dia tahu ini berita bodoh kah kah kah...
ReJaM� "Ada saja cerita-cerita bodoh daripada Utusan Syaitan ni... "
Sumber: ~ Utusan Syaitan dan Umno Online
Datuk Fauzi bekas pengarah Polis Bukit Aman menyesal sertai PAS?
Berbekalkan sekeping gambar Datuk Fauzi Shaari yang sedang memegang senjata ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, serta ayat yang direka-reka, riuh rendah blog, facebook dan twitter menyebarkan cerita ini.
Cerita yang tersebar kononnya Datuk Fauzi mendakwa beliau menyesal menyertai Parti Islam, PAS kerana dipaksa berbaiah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya meninggalkan parti itu. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, akhirnya cerita karut yang disebarkan itu terbongkar apabila akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan sebenar Datuk Fauzi, bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Parti Islam, PAS.

Senang betul nak buat fitnah, ambik gambar orang, letak ayat ikut suka lepas tu sebar cerita. Macam ni punya propaganda kambeng pun boleh beb kah kah kah...
ReJaM� "Nanti gua ajar kambeng jiran gua tulis blog kah kah kah... "
Sindiket pelacuran gunakan facebook untuk cari pelanggan
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya dalam sidang akhbar semalam.
Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya.
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.
Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas.
Sumber: Malaysiakini
Kembara Oren, kalimah Allahuakbar dilawan dengan laungan hidup Umno!
Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA di Pahang pula, semalam dihalang daripada memasuki jalan utama ke Felda Kampung Awah. Sekumpulan penyokong Umno berkumpul di pos keselamatan dan menutup laluan masuk utama.
Kembara Oren - Selamatkan FELDA gagal memasuki Felda Kampung Awah untuk menyebarkan risalah dan memberi penerangan meskipun mereka berjaya berbuat demikian di Felda Bukit Kepayang dan Bera sebelum itu.
Maklumat lanjut berhubung halangan tersebut sila rujuk sini [HD]

Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah satu kejadian ketika Mazlan Aliman sedang membaca doa sebelum bersurai selepas dihalang masuk.
Ketika beliau melaungkan takbir dan menyebut kalimah "Allahuakbar" berulang kali, penyokong-penyokong Umno nampaknya melawan kalimah itu dengan jeritan "Hidup Umno!" berulang kali serta menghalau peserta Kembara Oren.
Tidak cukup dengan itu, ketika Mazlan Aliman membaca doa sebelum bersurai, ada di antara mereka turut mengajak peserta bertengkar sambil menyuruh peserta Kembara Oren Balik! Balik! Balik!
Lihat sendiri video rakaman kejadian tersebut di bawah ini.
Lihat sendiri bagaimana penyokong-penyokong Umno ini bagaikan sudah hilang pedoman seolah-olah slogan "Hidup Umno!" jauh lebih mulia berbanding kalimah "Allahuakbar".
Malah ketika orang sedang mengucapkan doa, mereka langsung tiada rasa hormat. Inilah akibat terlalu taksub dengan parti, terlalu taksub dengan perjuangan bangsa Melayu kononnya.
ReJaM� "Patutlah Tun Mahathir kata Umno Syaitan yang dikenali "
Peringatan penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh : 12 Januari 2013
Masa : 14:00 hingga 17:00 Petang
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur
Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan!
Sasaran SEJUTA rakyat Malaysia seluruh negara!
Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan
Anak muda yang menganggur namun menyokong Umno, diupah beberapa puluh ringgit untuk melakukan provokasi dan menyerang mana-mana program dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.
Terbaru, Rombongan Kembara Oren selamatkan Felda, di Negeri Sembilan diserang oleh samseng upahan United Malays No Otak, Umno sehingga menyebabkan salah seorang peserta rombongan cedera di kepala akibat ditikam dengan kayu bendera yang patah dan runcing.

Dimaklumkan salah seorang anak muda upahan Umno membawa bendera Barisan Nasional, yang sedang mabuk selepas menghisap gam telah menyerang salah sebuah kenderaan Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA.
Serangan itu diikuti oleh beberapa orang lagi rakannya yang dikatakan turut mabuk gam terus menyerang dan menghentak-hentakkan kayu bendera Barisan Nasional yang dibawa oleh mereka.
Selepas berjaya memecahkan cermin kenderaan, samseng upahan itu terus menikam penumpang dengan kayu bendera runcing yang telah patah akibat serangan sebelum itu. Kesan serangan tersebut boleh dilihat dalam gambar di bawah.

Di bawah ini pula, saksikan sendiri dengan mata kepala anda video rakaman detik cemas yang sempat diambil ketika samseng upahan United Malays No Otak, Umno itu sedang menyerang aktivis Kembara Oren - Selamatkan FELDA.
Bila Presiden Umno, Najib Razak diajak berdebat secara ilmiah beliau jawab "debat bukan budaya kita". Almaklumlah tempurung kepala yang kosong tidak mampu berdebat, mereka hanya mampu menjadi samseng menyerang bagaikan anjing gila.
ReJaM� "Hanya orang gila dan mabuk sahaja masih sokong Umno "
Peringatan Penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh : 12 Januari 2013
Masa : 14:00 hingga 17:00 Petang
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur
Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan!
Sasaran SEJUTA rakyat Malaysia seluruh negara!
Sebarkan!
Utusan Malaysia kantoi fitnah tentang isu balak Kedah!
Terbaru berkenaan isu balak Negeri Kedah, sebaik sahaja pembohongan akhbar paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu dibongkarkan, mereka sekali lagi memadam artikel tanpa memohon maaf.
Lihat bukti prinscreen laman web Utusan Malaysia versi mobile (peranti mudah alih) di bawah ini baik-baik.
Tajuk link berita asal adalah "Balak-Pas-Kedah-tetap-berdegil". Link ini asalnya menempatkan artikel fitnah tentang balak. Namun kerana fitnah mereka telah terbongkar, mereka tukar pula dengan artikel tentang BRIM kah kah kah...

Sila klik sendiri link ini [Link] sebelum mereka memadamnya. Jika anda bernasib baik dapatlah lihat kebodohan akhbar gila ini. Link asal tentang berita fitnah itu dalam versi web sudah awal-awl dipadam rujuk sini [Link].
Apa sebenarnya isu fitnah yang terbongkar? Baca lanjut di sini [ASD]
ReJaM� "Dah banyak kali kantoi masih tak serik-serik... "
Zizan Maharaja Lawak turut sama bantah AES depan Sri Pentas TV3?

RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini[Mkini].
Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharaja Lawak muncul dari celah-celah mereka.
Zizan Raja lawak turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Lihat gambar yang sempat diambil di bawah.

Zizan yang difahamkan sudah lewat dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi sempat bersalaman dengan mereka sambil mengangkat dan mempamerkan kertas Bantah AES. Saksikan video di bawah.
Siapa pun rakyat Malaysia yang normal tentu sekali akan membantah perlaksanaan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) ini tentu sekali termasuklah Zizan Razak. Hanya penyokong Umno yang diupah untuk berdemo sahaja menunjukkan sokongan kepada AES.
ReJaM� "Jika benar, tahniah kepada Zizan kerana berani, jangan jadi lembu cucuk hidung! "
Peringatan penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.
Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!
Exco BN Perak lapor polis kerana diugut oleh pemimpin DAP!
Berikutan ugutan itu TV3 Al-Musyrikin melaporkan, Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng. Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.

Gua ingatkan apalah yang gempak sangat sampai Kak Midah ni pergi lapor polis bagai mengadu diugut oleh pemimpin DAP. Ingatkan mungkin pemimpin DAP nak bunuh dia ke, nak potong tangan dia atau sekurang-kurangnya mengancam nak cederakan kambeng dia.
Rupa-rupanya korang tengoklah sendiri video di bawah ini dengar sendiri daripada mulut si Kak Midah tu.
Rupa-rupanya pemimpin DAP nak saman dia kerana membuat fitnah, dia pulak gelabah lebih pergi buat report polis. Gua tak tahu sama ada polis ada ke kuasa nak tangkap pemimpin DAP yang nak saman fitnah terhadap Kak Midah ni?
Eloklah DAP saman di mahkamah Kak Midah oi, di mahkamah tempat menentukan kebenaran bukan di televisyen dan media-media kongkongan United Malays No Otak, Umno. Kalau Kak Midah punya bukti semuanya betul bukan fitnah buat apa nak takut?
Semua dokumen dan video yang Kak Midah cakap tu dokumen betul atau dokumen sekadar nak buat persepsi untuk bohong rakyat sebab pilihanraya dah dekat? Gua tak kata Midah ni bohong, tapi kalau betul bawalah ke mahkamah.
Woi Midah! Kau report polis tu buat apa? Kah kah kah...
RentaP� "Mana ada law boleh tangkap orang nak saman fitnah kah kah kah..."
Peringatan penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.
Hasut rakan-rakan, sahabat handai, keluarga, sanak saudara dan kenalan!
Kita jumpa di Himpunan Paling Besar dalam sejarah Malaysia!
Bapak segala Perhimpunan! Bapak segala bantahan!
Aliran keluar wang haram: kedudukan Malaysia bukti lemahnya tatakelola dan berleluasa rasuah
LAPORAN terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walaupun ini sudah diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara.
GFI memantau aliran keluar wang haram dengan menggunakan kaedah ekonomi yang diterimapakai di seluruh dunia. Kajian GFI adalah satu-satunya kajian seumpamanya yang dijadikan kayu ukur di seluruh dunia. Makanya, dapatan kajian GFI yang meletakkan Malaysia di kedudukan tercorot sewajarnya diambil serius oleh semua pihak di Malaysia.
Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Kegiatan eksport dan import melibatkan aliran wang keluar masuk dan perpindahan dana pelaburan yang saban hari menjadi lebih rumit. Oleh itu, dapatan kajian GFI ini memberi gambaran besarnya ketirisan ekonomi dalam negara dipindahkan ke luar negara yang akhirnya merugikan rakyat.
Sebab itu saya memulakan siri sidang akhbar mingguan saya menjelang Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ini dengan memberi fokus kepada krisis aliran keluar wang haram. Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini.
Dalam laporannya, GFI menggariskan tiga aspek utama yang mempengaruhi jumlah aliran keluar wang haram sesebuah negara, iaitu:
1. Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;
2. Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan
3.Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik
Oleh itu, jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada tahun 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010 adalah bukti kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam menguruskan ekonomi negara.
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang sama-sama menduduki tempat tercorot dari segi jumlah aliran keluar wang haram iaitu China, Mexico dan Arab Saudi (selain Malaysia), Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyaksikan jumlah aliran keluar wang haramnya meningkat satu kali ganda dalam tempoh setahun antara 2009 hingga 2010.
Tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan. Justeru, peningkatan satu kali ganda aliran keluar wang haram di dalam tempoh ini membuktikan bahawa dasar dan pendekatan ekonomi beliau gagal membanteras rasuah, gagal menyekat aktiviti jenayah yang menjadi dalang ekonomi haram dan gagal memperkuatkan institusi negara untuk membudayakan tata kelola yang baik.
Oleh sebab itu, saya melontarkan jemputan yang tidak putus-putus kepada beliau untuk berdebat mengenai pengurusan ekonomi negara demi kebajikan rakyat.Saya yakin isu yang paling menarik minat rakyat dalam PRU13 ini adalah tata kelola pengurusan ekonomi yang baik, makanya Dato' Seri Najib Tun Razak harus mempertahankan rekod pengurusan ekonomi beliau.
Setakat ini, rekod pengurusan ekonomi beliau tidak memberangsangkan. Selepas empat tahun menjadi Menteri Kewangan, beliau masih belum menyelesaikan masalah pokok ekonomi rakyat seperti kenaikan harga barang, perumahan rakyat yang tidak mencukupi, gaji yang tidak meningkat dan rasuah yang berleluasa.
Pada peringkat pengurusan ekonomi makro pula, beliau masih gagal menyelesaikan masalah hutang negara, defisit belanjawan yang berpanjangan dan terkini, aliran keluar wang haram yang meningkat satu kali ganda di bawah pentadbiran beliau.
Jika prestasi ini tidak berubah, ia akan membawa musibah besar kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat.Sebab itu, saya memandang serius sikap acuh tidak acuh Dato' Seri Najib Tun Razak dan pentadbiran beliau dalam menangani masalah aliran keluar wang haram ini. Sehingga kini, masih belum ada jawapan dari beliau mengenai kegagalan dasar ekonomi beliau hingga melonjakkan Malaysia ke tempat kedua paling corot dalam tahun 2010 dari segi jumlah wang haram.
Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan mengambil inisiatif untuk membawa pihak-pihak terbabit ke meja rundingan untuk mendalami masalah ini dan memuktamadkan pelan tindakan membanteras aliran keluar wang haram.
Hari ini, saya akan menulis kepada Tan Sri Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara, GFI dan Menteri-menteri Besar/Ketua Menteri Pakatan Rakyat untuk menjemput mereka menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013.
Saya percaya negara memerlukan pendekatan membina untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah segera perlu diambil dengan memuktamadkan pelan tindakan yang perlu dilaksanakan, bukannya dengan mengelak dari menjawab isu seperti mana gelagat Dato' Seri Najib Tun Razak setakat ini.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
20 DISEMBER 2012
Sent from my BlackBerry�
Kadar cukai pintu mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta - MB Selangor
KADAR cukai pintu di seluruh negeri Selangor berdasarkan kadar harga semasa hartanah mengikut penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan menggunapakai penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menetapkan kadar cukai pintu di kawasan mereka.
Beliau menegaskan bahawa kadar cukai pintu bukan ditetapkan secara sewenang-wenangnya oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan.
Justeru, pihak-pihak yang mempertikaikan kadar itu sama seperti mereka menganggap penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu tidak betul dan tidak boleh dipakai.
"Adakah Datuk Donald Lim Siang Chai selaku Timbalan Menteri Kewangan juga beranggapan penilaian ini salah dan menolak penilaian yang dibuat oleh jabatan di bawah kementerian beliau?," soal Menteri Besar.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah rakyat, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat supaya mengadakan perjumpaan dengan persatuan atau individu yang tidak setuju dengan kadar cukai pintu yang dikenakan.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti setiap aduan dan sedia memberi potongan bagi kes-kes yang tertentu tetapi pemiliknya perlu membayar kadar penuh apabila mahu menjual hartanah itu.
Menteri Besar berkata, penetapan kadar cukai berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah lama digunapakai oleh PBT tetapi tidak pernah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Justeru, Menteri Besar menasihatkan pihak terlibat khususnya Barisan Nasional berhenti berpura-pura kononnya membela nasib rakyat sedangkan pada masa yang sama terus membisu isu penyelewengan wang rakyat.
Dikeluarkan oleh
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Sent from my BlackBerry®
Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta, Jingga 13 buat laporan SPRM di Sabah

JINGGA 13 SABAH hari ini tampil untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM 14.9 juta yang boleh dianggap sebagai jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia .
Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.
Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos paling tinggi sebatang jalan hanyalah kira-kira RM1 juta sahaja.
Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan JINGGA 13 Sabah mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.
Di tengah-tengah jalan ini pula tidak mempunyai sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi dan balik.
YB Muhamad Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN, merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu yang telah disembunyikan .
JINGGA 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan Skandal Jalan Termahal tersebut TERHADAP:
1. Ketua Menteri Sabah , YAB Datuk Seri Musa Aman ,
2. Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri
Pembangunan Infrastruktur dan
3. Pengarah JKR Negeri Sabah
4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR
JINGGA 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM 14.9 juta .
Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
ERVEANA ANSARI ALI
Koordinator JINGGA 13 Sabah
ReJaM� "Berani ke SPRM nak siasat kes curi duit rakyat seperti ini? "
Hadi Awang digesa tarik balik amanat kafirkan Umno tiga dekad lalu
Seperti biasa teknik propaganda Umno ialah 3R (Royal, Race, and Religion) kerana isu-isu yang mempunyai tiga unsur ini mudah untuk memperbodohkan orang Melayu. Terutama orang Melayu yang bergantung maklumat kepada TV3 Al-Musyrikin.
Kali ini Umno menggunakan mufti pro-Umno iaitu mufti Perak, Tan Sri Harusani untuk memainkan sentimen religion (agama). Harusani mahu Tuan Guru Hadi Awang tarik balik amanat beliau yang diucapkan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, lebih tiga dekad yang lalu [Sinar]

Cuba anda sahabat pembaca lihat sendiri kandungan ucapan Tuan Guru Hadi Awang tersebut. Di manakah ayat yang menunjukkan beliau menuduh United Malays No Otak, Umno sebagai kafir?
Ucapan beliau adalah, Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.
Jelas Tuan Guru Hadi Awang menyebut kita akan menjadi kafir jika mengamalkan politik suku, agama suku. Lihat sendiri petikan "manat Hadi" yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini.

Tuan Guru Hadi Awang tiada pun menyebut Umno kafir, tapi Umno sendiri yang terasa mereka dikafirkan kah kah kah... Apa pun isu ini rasanya sudah berpuluh kali diulang siar dan dijawab, mereka ni tak bosan ke? Atau memang bongok?
Samalah juga isu kening Abby Abadi, sudah berpuluh kali dijawab tapi United Malays No Otak, Umno tetap terus menggunakan isu kening untuk memburukkan pelakon Abby Abadi yang kini bersama Parti Islam, PAS rujuk sini [Abby cukur kening].
Nampak tak bagaimana Umno perbodohkan orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng? Buat isu meletup-letup, bila orang jawab dia senyap sekejap, tapi lain kali dia akan keluarkan lagi isu tersebut meskipun sudah berpuluh kali dikantoikan.
ReJaM� "Asyik kitar isu sama saja, nampak sangat tiada idea, Umno parti orang tua... "
Cerpen menarik, Aku mimpi dan dot dot dot
Oleh: Tok Janggut (www.bincang.net)
Disember 2016
Kaki Ramli sudah mula boleh berjalan seperti biasa. Walaupun masih belum secergas sewaktu sebelum kejadian kemalangan, tetapi sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada koma yang hampir meragut nyawanya.
Disember 2012, Ramli baru sahaja selesai sekembali dari menjadi perwakilan perhimpunan agung UMNO ke Perak. Kereta Vivanya terbabas sewaktu sampai diselekoh masuk ke Tanjung Malim dan melanggar pembahagi jalan. Mungkin kerana mengantuk yang telah menguasai dirinya, dia terlelap sewaktu memandu.
Kejadian tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk sehingga dia koma selama hampir 3 tahun. Pada penghujung 2015, Ramli mula sedar sambil dikelilingi oleh ahli keluarganya. Dia hanya ternampak kelibat anaknya tetapi tidak bekas isterinya.
Setahun Ramli menjalani latihan fisioterapi. Latihan bagi mengembalikan tenaga dan juga kekuatan otot yang ramai pakar sudah menjangka beliau akan terus lumpuh selama-lamanya sekiranya dia dapat melepasi tempoh koma tersebut. Kita merancang, Allah la sebaik-baik perancang. Ramli hari ini berjaya membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, kita boleh mengatasi logik akal manusia.
-----------------------
Ramli memandang jauh di luar kereta sahabat baiknya Amran. Setelah dijaga lama di rumah orang tuanya di Ipoh, Ramli bercadang untuk makan angin di Kuala Lumpur. Pandangan nya meliar tetapi teliti pada setiap butiran yang dapat ditangkap oleh anak matanya.
�tak banyak berubah ye Am?�
Amran mengangguk. Rakan kenalan lamanya sejak dari kecil it uterus memandu cermat.
�aku pun tak sempat nak baca berita hari ni.� Amran Cuma tersenyum.
�tak payah baca. Ko dengar je berita kat radio nie ha. Bernama 24. 24 jam berita.� Ujar Amran.
�ha. Ok jugak. Aku pn dah lama tak dengar berita.� Ramli membetulkan duduknya. Ingatannya masih lagi segar tentang perhimpunan agung Umno 2012 yang dihadirinya dahulu. Amran menukar siaran radio kepada bernama 24.
�Dulu radio nie dekat area KL je ada. Sekarang seluruh Malaysia ada� Ramli mengangguk membenarkan kata-kata Amran. Selesai iklan di radio, pembaca berita wanita berkumandang di corong radio.
�Setelah hampir empat tahun, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa saman pemilik Independent Power Producer (IPP) terhadap kerajaan Malaysia dibatalkan dan juga perjanjian IPP yang ditandatangani pada pemerintahan sebelum ini adalah tidak sah dan melanggar undang-undang Negara.�
Riak wajah Ramli berubah.
�Am, macam mana nak kuatkan sikit radio ni?� Am menekan butang untuk membesarkan suara.
�Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Khalid Ibrahim, ini merupakan satu kejayaan yang dipihak kerajaan kerana ini berjaya menyelesaikan kemelut perjanjian berat sebelah di antara pemengang hak IPP dan kerajaan sebelum ini.�
Ramli memandang ke muka Amran.
�Perdana Menteri kita siapa Am?�
Amran terdiam sejenak sambil memandang terus ke lebuh raya utama. Mereka melepas satu billboard dengan wajah Tan Sri Khalid Ibrahim dan perkataan �Terima kasih rakyat kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat�. Amran menjujuk ke arah ke arah billboard tersebut. Dada Ramli berombak kencang. Jantungnya berdegup.
�Jadi Perdana Menteri kita��
�Najib sedang dibicara sekarang kerana kes-kes penyelewengan. Begitu juga dengan Daim, Tun Mahathir, Rafidah Aziz dan ramai lagi. Ramai jugak businessman-businessman yang sedang dibicara dan sudah didapati bersalah.�
�ni semua kerja si jahanam Pakatan Rakyat la nie. Mesti dia orang punya kerja. Agen cina la ni!� balas Ramli geram.
� Memang dia orang yang mulakan. Tetapi sekarang ni zaman dah berubah. Kerajaan pemerintah dah tak ada kuasa untuk menentukan keputusan hakim, polis dan SPRM. Undang-undang baru dah diluluskan 2 tahun lepas. Artikel 40 perlembagaan dah di gubal dan memberi kuasa kepada raja. Jadi semua telus.�
�Ah penipu je tu. Dia orang tu semua penipu. Ko boleh cakap sebab ko kan penyokong kuat PAS.�
�Bukan masalah aku penyokong kuat PAS atau tidak. Macam niela . Aku bawak kau jalan-jalan, kau tengok sendiri Malaysia sekarang sama tak dengan Malaysia dulu.� Ramli terdiam.
Setelah berhenti rehat di R&R Sungai Buloh, Amran dan Ramli meneruskan perjalanan melalui satu pondok tol yang sudah ditinggalkan dan hampir selesai dirobohkan. Ramli memandang pondok tol tersebut.
�Dua tiga tahun lepas dah tak de pondok tol tu. � ujar Amran sambil membelokkan kenderaannya memasuki jalan utama sungai buloh.
�Maksud kau?�
� Kerajaan dah mansuhkan tol seluruh Malaysia. Yang ada pun satu je dekat jambatan ke tiga Pulau Pinang. Tu pun sebab jambatan tu hak milik 100% private. Tapi tol tu dalam RM 1 je.�
Ramli terdiam sejenak. Menyedari Ramli terdiam Amran meneruskan kata-katanya.
�Zaman nie tak macam 4-5 tahun lepas. Kau tengok stesen minyak tu� Ramli segera menoleh ke arah stesen minyak petronas.
�Nampak tak macam harga kat stesen minyak tu? Dulu tak ada kan?�
�Aha.. harga apa tu?�
�Tu harga minyak pada setiap setesen minyak. Sekarang ni harga minyak tidak ditentukan oleh kerajaan tapi ditentukan oleh syarikat minyak tersebut. Jadi tidak ada subsidi. Tengok harga minyak tu. RON 99 RM 0.75. RON 98 RM 0.55 RON 97 RM 0.45. Diesel je sekarang ada subsidi kerajaan. Jadi harga diesel RM 0. 35.�
�Tak bankrap ke kerajaan kita? Tak ke nanti petronas tutup sebab tak boleh bersaing?�
�Tah la. Dah hampir 3 tahun macam ni. Petronas sekarang pun keuntungan dah naik sejak buat macam nie. Petron pun dah tutup tak dapat bersaing dengan Petronas, BP dan Shell�
�emm.. kita nak ke mana nie?�
�Aku nak bawak ko pegi tengok kereta kat Bangsar. Nak angkat kereta baru.�
�Ala, nape sampai bangsar perginya? Jauhnya. Kat Ipon tak de ke?� Tanya Ramli
�Member aku pun kerja sana. Dah janji beli dengan dia. Paper pun semua dah settle.�
Mereka membelok ke kawasan utama bangsar dan berhenti di tepi kedai Mamak bersebelahan kedai kereta Toyota.
�Hish. Kereta Toyota ko beli? Boleh ke bayar bulan-bulan nie?� Ramli menutup pintu kereta Amran perlahan. Sahabatnya ini masih setia dengan Proton preve yang di belinya 5 tahun dulu. Amran tersenyum.
�ko tengok je la.�
Ramli berjalan mendekati kereta Toyota Xavier 2015.
�lawanya� Ujar Ramli.
� Ni kereta tahun lepas. Aku tengok yang Toyota Camry 2016.�
�Gila kau. Camry tu dekat nak tiga ratus ribu. Tu 5 tahun lepas. Sekarang berapa?
Amran tersenyum lagi dengan keletah kawannya ini.
�Dulu lain. Sekarang lain.�
�Sekarang berapa?�
�Seratus dua puluh ribu�.
Ramli terlopong. Ramli berjalan masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Harga kereta import tidak seperti yang dia lihat sebelum ini. Harganya amat murah.
�Proton macam mana Am? Dah tak de lagi kan? Mesti la tak de lagi sebab kereta import pun dah murah.�
Amran dan Ramli berjalan keluar dari kedai Toyota tersebut dan terus ke kedai mamak sebelah.
�Jomla kita minum dulu. Biar aku cerita semua.� Ramli akur dan duduk di kedai mamak.
�Ha. Aku ingat lagi kesukaan ko Ramli. Ane, bagi kari kambing kampung satu. Briyani tau. Nak keropok banyak.� Ramli tersenyum
�Ingat lagi ko ye. Tak payah la belanja mahal-mahal ngan aku.�
�Ala tak mahal pun Ramli. Sekarang harga kambing bukan macam dulu. Dulu kita kena import kambing, lembu nie tu yang mahal. Sekarang nie kerajaan dah buat mass production ternakan nie. Sampai orang luar pun import kat kita. Dulu kalau makan biryani kambing sini mau tak lari 20 ringgit. Sekarang nie 5 ringgit je.�
�kau biar benar!�
�Iye�
�Ha tadi kau kata nak cerita. Cerita la� Mamak di kedai bangsar menghidangkan air minuman kepada mereka.
�Banyak benda dah berubah.� Amran menarik nafas. Ramli setia mendengar.
�Kau dah tau Perdana Menteri Malaysia kan? Timbalannya Dato Seri Dr Dzulkifli Ahmad. Ahli Pas.�
�Habis tu Anwar macam mana pulak?� Celah Ramli.
�Oh Anwar dah bersara tahun lepas. Anak dia, Dato� Seri Nurul Izzah sekarang presiden parti dengan Datuk Rafizi sebagai timbalan. Wife dia pun dah bersara. Sekarang rasanya dia orang pergi umrah.�
�Bukan Anwar yang gila nak jadi perdana menteri ke?�
�Gila tak gila pun, dia tak pernah pun jadi perdana menteri. Lepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya 2013, Anwar terus mengumumkan untuk bersara. Tetapi, tahun lepas baru betul-betul bersara.�
�emm. Banyak benda dah berubah�
�Memang pun. Khairi Jamaluddin pun dah join DAP sekarang.�
�KJ join DAP? Gila kau! Kenapa DAP? Bukan tu parti Cina ke?�
�Ish ko nie. DAP mana pernah kata dia parti cina. Habsi tu Karpal Singh tu cina ke? Anak dia, yang singh tu, cina ke? Tak de la. Dia nak join PKR, tapi PKR tak terima. PAS memang dia alergik. Jadi DAP je yang boleh terima dia. Bagus dia orang tu. Walaupun dulu KJ tu cakap macam-macam tentang DAP, sekarang boleh jugak di terimanya�
�Dia tak terlibat dalam politik wang sekali ke?�
�Ada. Enam bulan kena soal siasat dengan SPRM. Tapi dengarnya, disebabkan dialah ramai yang tertangkap di peringkat tertinggi parti UMNO dan BN. Dia pecah rahsia. Jadi, kerajaan bagi dia lepas dengan jaminan berkelakukan baik.�
Di televisyen rancangan berita tengahhari TV3 berlangsung dengan pembaca berita memakai purdah sedang membacakan berita.
�Berita Jam 2. Menurut ketua pembangkang, Dato� Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen semalam, keenganan kerajaan mendedahkan jumlah sebenar pemegang permit teksi menunjukkan bahawa kerajaan tidak telus dan mahu menyembunyikan fakta sebenar bahawa terdapat kroni kerajaan Pakatan Rakyat terlibat di dalam perkara ini. Mendedahkan perkara tersebut, dato Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan beberapa kertas dan dokumen rahsia mengenai perkara tersebut.�
Ramli masih mendengar dengan teliti.
�Ha ko dengar tu. Nampak sangat kerajaan pakatan rakyat nie penipu. Eh sekarang TV3 ada lagi ke? Bukan TV3 UMNO Punya?� Amran tidak berkata apa-apa. Cuma terus mendengar berita di TV.
�Namun begitu, menjawab pertuduhan tersebut, Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa dokumen tersebut sebenarnya adalah dokumen yang mendedahkan bahawa 100% pemegang permit tersebut adalah bekas ahli BN ataupun kroni mereka yang kini sudah bersara, menghilangkan diri ataupun masih lagi menjalankan perniagaan tersebut. Ini kerana menurut menteri pengangkutan, dokumen tersebut sebenarnya diwarisi daripada kerajaan sebelum ini dan juga turut di miliki oleh kerajaan sekarang dan kini berada di tangan SPRM untuk siasatan lanjut. Rakyat akan dapat memuat turun dokumen tersebut di laman sesawang kerajaan Malaysia tidak lama lagi�
�Tv sekarang pun dah telus. Tak macam dulu� ujar Amran.
Makanan sudah tiba dan dihidangkan di hadapan mereka. Ramli seakan-akan tidak berselera. Amran perasan perubahan kawannya itu.
�Proton macam mana? Kau tak cakap tadi?�
�Oh. 3 tahun lepas dasar automobil Negara dah digubal. Semua kereta import dah tak ada lagi harga mahal-mahal. Kereta proton dan ada enjin sendiri dan kualiti lebih baik dari proton preve aku tu boleh dapat sekarang dengan harga bawah 30 ribu. Kalau kereta macam myvi boleh dapat bawah 15 ribu. Second hand pun dah murah sekarang. Kalau myvi dalam rm 800 pun boleh dapat.�
�Jadi proton masih ada?�
�Ada. Cuma dah tukar nama.�
�Tukar�
�Aha. Tukar. AutoPeople�
�Auto People?�
�aha. Kereta rakyat. Jadi semua murah dan mudah nak dapat. Kualiti pun dah bagus dan 100% buatan rakyat Malaysia termasuklah enjin, body, spare part. Jadi bila dah buat tempatan, harga murah.�
Ramli terdiam. Ramli teringat lagi kata-kata yang di dengarinya pada perhimpunan agung UMNO 2012. Itu la ingatan yang paling segar di ingatannya. Seolah-olah ia berlaku semalam. Tetapi ingatan tersebut seakan-akan kontra dengan apa yang dilihatnya pada hari ini. Dunia yang ada pada hari ini semacam asing baginya. Dia tidak tahu, sama ada patut gembira. Atapun patut berduka.
�Zaman dah berubah Ramli. Masa kau terlantar kat hospital, anak-anak kau dapat bantuan kerajaan negeri Perak dari baitulmal. Rumah tu pun di bayar oleh baitulmal. Kalau tak, mana dia orang nak duduk dengan pendapatan bekas isteri kau tu.� Amran menyirup air kopi dan meneruskan ceritanya.
�Anak kau yang bungsu tu, si Afdal kan sakit jantung. Alhamdullilah dah pun di bedah di IJN wad kanak-kanak dengan pakar dari India. Kos dia dalam 15 ribu. Kau dulu Tanya berapa masa sebelum kemalangan tu?�
�IJN?� Jawab Ramli pantas.
�Ha IJN�
�Lapan puluh dua ribu�
�Ha tu yang kau tak dapat nak cover kan�. Ramli mengangguk lemak.
� Menteri besar perak, dato� seri Nizar sendiri tandatangan surat kelulusan pembedahan anak kau di bawah jaminan kerajaan negeri. Percuma.�
Ramli memandang ke arah kawannya Amran lama. Perlahan air matanya mengalir. Antara sedih, tidak percaya, marah geram.. Matanya berpinar. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Dunianya berpusing. Akhirnya dia rebah.
-----------------------------
Ramli dikejutkan oleh bunyi yang agak bising. Dia membuka matanya. Dia ternampak Amran dan anaknya di sisi. Ramli terkejut dan melihat sekeliling.
�Aku kat mana ni Amran?� Dia memandang Amran dan anaknya serta orang lain.
�Kenapa semua orang Nampak lain?�
�Apa yang lainnya Ramli? Tanya Amran.
�Semalam kau kemalangan. Sekarang nie kau kat hospital Ipoh. Nasib baik la kau pengsan dan patah kaki je.�
�Semalam? Jadi� tadi aku bermimpi ke? Ini bukan 2016? Pakatan Rakyat tak menang?� Ramli memegang kepalanya dan menangis. Di televisyen, wajah Steve Job, pengasas syarikat Apple, dalam ucapan terakhirnya di sebuah university di Amerika memberikan kata-kata yang bakal merubah hidup Ramli. dan mungkin kita.:
�Selanjutnya, anda tidak akan dapat menyambung titik (kehidupan) dengan memandang kehadapan; Anda hanya akan dapat menyambungnya dengan memandang kebelakang. Jadi anda kena yakin bahawa titik tersebut akan bersambung pada masa depan anda. Anda hendaklah percaya kepada sesuatu � gerak hati anda, takdir anda, hidup, karma, apa sahaja. Pendekatan ini tidak pernah menghampakan saya, dan ia telah membuat segala perubahan, dalam hidup saya� - Steve Jobs -
�Again, you can't connect the dots looking forward; you can only connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something � your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.�
Panas! Anak perempuan Abby Abadi pun cukur kening juga?
Kononnya meskipun sudah bersama Parti Islam, PAS, Abby Abadi masih melakukan perbuatan yang diharamkan Allah iaitu mencukur kening. Walaupun sudah dijawab berulang kali, namun isu kening ini tetap menjadi modal cybertrooper Umno untuk menyerang Abby.
Sebelum ini MiLo Suam pernah menyiarkan artikel tentang hal ini rujuk sini [Abby Abadi cukur kening].
Namun sehingga ke hari ini, Abby Abadi masih terpaksa menjawab isu kening ini berulang kali kerana serangan tersebut tetap diteruskan untuk memberikan persepsi buruk terhadap beliau oleh Cybertrooper Umno.
Terbaru, Abby terpaksa menunjukkan gambar kening anak perempuan beliau untuk menjawab serangan berulang-ulang ini. Anda perhatikan sendiri bagaimana kening anaknya juga kelihatan seperti dicukur kerana tampak tinggi dan halus. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kening anak Abby sama seperti kening ibunya.
Perhatikan juga bulu-bulu halus di kening Abby seperti yang pernah ditunjukkan dalam artikel sebelum ini. Ini menunjukkan beliau tidak lagi mencukur kening. Kalau betul Abby masih mencukur kening apa kejadah biarkan bulu-bulu halus berselirat di keningnya?

Sampai bilakah isu kening ini akan terus digunakan oleh Cybertrooper Umno untuk menyerang Abby Abadi? Mungkin sehingga Ustazah Umno, Datuk Mashitah Ibrahim berhenti mencukur kening.
ReJaM� "Tunggu Lady Gajah berhenti baham duit rakyat? "
Sumber gambar: Twitter
Zainuddin Mydin dan Utusan perlu minta maaf - MB Selangor
KERAJAAN Selangor kecewa dengan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang telah menghina mantan Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie.
Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Mydin itu biadap dan menunjukkan ketidakmatangan serta tidak hormat kepada pemimpin yang telah menyumbang besar kepada negaranya dan rantau ini dalam dunia politik dan bidang kejuruteraan aeronautik.
Kerajaan Selangor menggesa Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk memohon maaf kepada Habibie serta rakyat Indonesia sebelum isu ini menjadi lebih buruk.
"Kenyataan demikian boleh menjejaskan ikatan dua hala yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua-dua negara. Kita mahu menegaskan bahawa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia," ujar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuklah sejarah, budaya dan agama yang sepatutnya dikongsi dan dihargai oleh rakyat kedua-dua negara.
"Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor menjemputnya untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri dan penambahbaikkan proses pendemokrasian," kata Menteri Besar lagi.
BJ Habibie berada di Selangor untuk lawatan dua harinya sebagai tetamu rasmi kerajaan negeri pada minggu lalu dan memberikan ucapan kepada kakitangan serta mahasiswa universiti milikan penuh kerajaan negeri, Universiti Selangor.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
Sent from my BlackBerry®
Serangan ke atas BJ Habibie: Kenyataan Zainudin Maidin dangkal, berprasangka keji - Anwar Ibrahim
SAYA dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, YTH Bapak BJ Habibie seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO.
Tulisan Zainudin Maidin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit UMNO yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia. Ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; beliau merupakan mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan UMNO sebagai 'pengkhianat'.
Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini.
Kenyataan Zainudin sewajarnya tidak perlu dilayan dan ianya tidak mewakili massa di Malaysia. Zainudin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.
ANWAR IBRAHIM
AMK bidas politik rasis BN Pulau Pinang
ANGKATAN Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) kesal dengan sikap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba meraih sokongan politik dengan mempersoalkan peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk peruntukan hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Kenyataan seumpama ini dilihat sebagai satu cubaan untuk meniup api kebencian di kalangan rakyat Pulau Pinang dan manifestasi sikap 'Islamophobia' anggota MCA. Kenyataan Teng bukan saja tidak bertanggungjawab bahkan dangkal.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam sikap Teng yang cuba mewujudkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Islam dengan kenyataan berbaur hasutan itu. Hakikatnya, semenjak Pakatan Rakyat memerintah, nasib masyarakat Pulau Pinang, tak kira ras dan agama terus mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri. Peningkatan belanjawan hal ehwal Islam membuktikan betapa tadbir urus ekonomi negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah lebih baik sehingga mencatat lebihan. Maka dengan lebihan ini, lebih banyak dana dapat disalurkan kepada program - program pendidikan dan pembentukan jatidiri rakyat bagi mewujudkan masyarakat yang madani di Pulau Pinang. Fakta ini membuktikan kerajaan negeri terdahulu, yang dipimpin Barisan Nasional sebagai pentadbir yang lemah dan gagal mentadbir ekonomi dengan baik.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) percaya dengan kenyataan terbaru Teng ini, mereka telah menunjukkan sikap sebenar pimpinan Barisan Nasional dan Malaysia Chinese Association (MCA) yang bukan hanya rasis tetapi juga anti-Islam. Mereka sanggup untuk menggunakan hujah - hujah rasis dan dangkal semata - mata untuk meraih sokongan politik yang tak seberapa. AMKPP percaya bahawa rakyat Pulau Pinang jauh lebih bijak menilai dan tidak akan terpengaruh dengan politik rasis anutan BN dan komponen mereka.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mencabar UMNO yang selama ini sering melaungkan retorik bahawa parti rakan KEADILAN - Parti Tindakan Demokratik (DAP) - sebagai parti yang anti - Islam; untuk sama - sama menegur dan mengecam kenyataan Teng. Setiap sayap UMNO tak usah takut untuk menegur komponen mereka sendiri kerana isu ini bukan hanya melibatkan soal masyarakat Melayu dan Islam, tetapi melibatkan soal kebajikan rakyat Pulau Pinang seluruhnya. Sikap diam diri UMNO sehingga hari ini apabila berhadapan dengan komponen mereka, MCA, membuktikan betapa UMNO sudah tidak lagi berdaya untuk mewakili kepentingan masyarakat Melayu Islam lagi.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) akan terus menyatakan sokongan kepada kepimpinan, Ketua Menteri, YB Lim Guan Eng, bersama barisan Exco yang kekal istiqamah melaksanakan dasar - dasar yang menjunjung prinsip keadilan dan kepedulian akan nasib rakyat Pulau Pinang. AMKPP percaya rakyat Pulau Pinang akan terus memberikan mandat yang lebih besar kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini dan membentuk kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Sekian, terima kasih.
Dr AFIF BIN BAHARDIN
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)
Sent from my BlackBerry®
Rakyat Malaysia tolak budaya politik samseng Umno
SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak.
Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.
Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.
Saya sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.
Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasa-dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
YB Amirudin Shari
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor
Timbalan Ketua Cabang
KEADILAN Gombak
Sent from my BlackBerry®
Kemenangan Pro-A, Sokongan �Palsu� Anak Muda - Pemuda PAS Negeri Sembilan
Ini kerana, PRK dijalankan dengan tidak telus dan sistem pengurusannya yang tempang dimana pihak universiti lebih berpihak calon-calon kampus yang pro kerajaan (BN).
Sebagai contoh, proses membuang undi di UIAM terpaksa dijalankan dua kali kerana proses undian pertama mengalami masalah teknikal disebabkan kelemahan sistem e-undi yang dikendalikan oleh pihak universiti tersebut.
Selain itu, wujud budaya samseng semasa tempoh PRK, dan ugutan yang oleh calon Pro-M yang bertanding . Ada juga mahasiswa yang dipaksa membuang undi calon yang bukan pilihan mereka, jika tidak mereka akan diambil tindakan oleh pihak universiti.
Perkara ini tidak menjadi 'misteri' kerana Pakatan Rakyat telah mendedahkan Projek Ops2020 dalam Parlimen sesi yang lalu. Ia terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan.
Soal keterbukaan berpolitik di kampus juga menjadi sandiwara BN. Pihak kerajaan bersikap double standard terhadap mahasiswa. Mana-mana mahasiswa yang cenderung kepada PR akan diambil tindakan tegas sedangkan membenarkan mahasiswa lain mengikuti program-program doktrinisasi BN di kampus.
Barisan Nasional khususnya UMNO perlu sedar bahawa Generasi Y kini lebih cenderung menilai kepada agenda yang ditawarkan kepada mereka, bukannya mudah termakan dengan doktrin UMNO/BN.
Sebagai contoh, PR mempunyai political will (keazaman politik) yang tinggi menawarkan pendidikan percuma kepada mahasiswa. Sehingga sekarang BN masih takut malah menyatakan pelbagai helah terhadap pendidikan percuma.
Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa
Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan
Sent from my BlackBerry®