RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini[Mkini].

Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharaja Lawak muncul dari celah-celah mereka.

Zizan Raja lawak turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Lihat gambar yang sempat diambil di bawah.


Zizan yang difahamkan sudah lewat dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi sempat bersalaman dengan mereka sambil mengangkat dan mempamerkan kertas Bantah AES. Saksikan video di bawah.


Siapa pun rakyat Malaysia yang normal tentu sekali akan membantah perlaksanaan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) ini tentu sekali termasuklah Zizan Razak. Hanya penyokong Umno yang diupah untuk berdemo sahaja menunjukkan sokongan kepada AES.


ReJaM� "Jika benar, tahniah kepada Zizan kerana berani, jangan jadi lembu cucuk hidung! "

Peringatan penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!