UNITED Malays No Otak, Umno datang lagi dengan isu kitar semula iaitu isu "amanat Hadi" tahun 1981, tiga dekad yang lalu yang telah berulang kali mereka ulang siar.

Seperti biasa teknik propaganda Umno ialah 3R (Royal, Race, and Religion) kerana isu-isu yang mempunyai tiga unsur ini mudah untuk memperbodohkan orang Melayu. Terutama orang Melayu yang bergantung maklumat kepada TV3 Al-Musyrikin.

Kali ini Umno menggunakan mufti pro-Umno iaitu mufti Perak, Tan Sri Harusani untuk memainkan sentimen religion (agama). Harusani mahu Tuan Guru Hadi Awang tarik balik amanat beliau yang diucapkan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, lebih tiga dekad yang lalu [Sinar]



Cuba anda sahabat pembaca lihat sendiri kandungan ucapan Tuan Guru Hadi Awang tersebut. Di manakah ayat yang menunjukkan beliau menuduh United Malays No Otak, Umno sebagai kafir?

Ucapan beliau adalah, Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.

Jelas Tuan Guru Hadi Awang menyebut kita akan menjadi kafir jika mengamalkan politik suku, agama suku. Lihat sendiri petikan "manat Hadi" yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini.



Tuan Guru Hadi Awang tiada pun menyebut Umno kafir, tapi Umno sendiri yang terasa mereka dikafirkan kah kah kah... Apa pun isu ini rasanya sudah berpuluh kali diulang siar dan dijawab, mereka ni tak bosan ke? Atau memang bongok?

Samalah juga isu kening Abby Abadi, sudah berpuluh kali dijawab tapi United Malays No Otak, Umno tetap terus menggunakan isu kening untuk memburukkan pelakon Abby Abadi yang kini bersama Parti Islam, PAS rujuk sini [Abby cukur kening].

Nampak tak bagaimana Umno perbodohkan orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng? Buat isu meletup-letup, bila orang jawab dia senyap sekejap, tapi lain kali dia akan keluarkan lagi isu tersebut meskipun sudah berpuluh kali dikantoikan.

ReJaM� "Asyik kitar isu sama saja, nampak sangat tiada idea, Umno parti orang tua... "