Risalah perang saraf bodoh untuk burukkan DAP disebarkan
Gua sempat belek lebih kurang seminit, untuk snap risalah ini. Apa yang gua perhatikan risalah ini dipenuhi dengan fitnah yang terang-terangan kantoi. Contohnya, risalah ini ada memetik salah satu laporan berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia bertajuk "Tiada lagi DEB".

Si pembuat risalah ini masih memasukkan laporan bertajuk "Tiada Lagi DEB" yang tersiar di Utusan Malaysia sebelum ini meskipun akhbar itu sudah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM220,000 kepada Guan Eng kerana laporan fitnah tersebut.

Laporan yang terang-terang disahkan oleh mahkamah sebagai fitnah pun boleh dimasukkan dalam risalah ini, nampak sangat si pembuat risalah ini memang nak buat fitnah.
Tambahan pula, risalah ini sama seperti risalah memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebelum ini rujuk sini ~ Anwar sembah mayat Teoh Beng Hock, di mana tiada identiti orang-orang yang terlibat menghasilkannya.
Namanya pun nak buat fitnah, mana berani nak tulis nama, kalau tulis nama takut kena saman.
ReJaM� "Baling batu sembunyi tangan, sudah berak sembunyi punggung... "
Anak syarikat Kerajaan Negeri Sembilan dikuasai kroni dan wakil rakyat Umno
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan diberi tempoh seminggu untuk mendedahkan pemilikan 49% saham syarikat Negeri Roadstone Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri.
Dalam satu kenyataan kepada MiLo SuaM, Ketua Penerangan Parti Islam, PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad mendakwa Negeri Roadstone Sdn Bhd, NRSB sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, PKNNS turut dikuasai oleh "orang kuat Umno dan BN".
Kenyataan itu mendakwa kehadiran orang-orang politik Umno dan BN termasuk wakil rakyat yang berselindung di belakang beberapa syarikat yang menguasai 49 peratus pegangan saham NRSB.
"51 peratus pegangan saham NRSB dimiliki oleh PKNNS manakala selebihnya sejumlah 49 peratus dikuasai oleh beberapa syarikat, seperti Pembangunan Bumi Sdn Bhd, Cekap Sejagat Sdn Bhd, Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd, Nestin Sdn Bhd dan Ahmia Sdn Bhd".
Norazman menyifatkan ia sebagai satu jenayah tadbir urus yang berat apabila kepentingan individu berselindung disebalik nama agensi dan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.
"Sebagai rakyat biasa saya mohon Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan untuk mendedahkan siapakah pemilik-pemilik dibelakang Negeri Roadstone Sdn Bhd sebelum pendedahan dibuat pihak kami" tambahnya lagi.
ReJaM� "Tak payah dedah pun, kita tahu Umno memang kaki sapu... "
Solat Jumaat berimamkan radio kerana terpengaruh Amanat Hadi
Terbaru Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) melaporkan kononnya ada seorang penyokong tegar Parti Islam, PAS bernama Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil melakukan solat Jumaat berimamkan radio kerana memulaukan imam Umno akibat terpengaruh dengan "Amanat Hadi".

Nampak sangat akhbar yang berpuluh kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu tidak pernah serik untuk terus menyebarkan fitnah jahat. Memang sah Ketua Pengarang dan editor Utusan Syaitan ni hisap gam!
Kalau betul Aziz Jusoh ini pulaukan imam Umno, dan apa kejadah dia berimamkan siaran langsung di radio setiap minggu semasa solat Jumaat? Imam dalam radio tu imam PAS ke? Kah kah kah...
ReJaM� "Utusan Syaitan surat khabar orang gila... "
Laman web rasmi PAS pula digodam (hacked)
Penggodam meninggalkan mesej yang sama seperti semalam, iaitu memperkenalkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army, dan memberi amaran kepada pimpinan Pakatan Rakyat terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari Barisan Nasional yang lebih canggih dan berkepakaran tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
Di bawah ini screenshot yang diambil dari laman web rasmi PAS, pas.org.my.

Barangkali selepas ini, lebih banyak laman web milik Pakatan Rakyat sendiri akan digodam oleh penggodam-penggodam ini untuk menguji tahap keselamatan laman web mereka.
Ini menunjukkan masih banyak kelemahan pada sistem keselamatan laman web ini.
ReJaM� "Jika benar mereka berniat baik, terima kasih diucapkan... "
Laman Web Azmin Ali pula kena godam (hacked)!
Kali ini nampaknya laman sesawang rasmi milik Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pula berjaya digodam (Hacked). Namun hacker (penggodam) meninggalkan mesej seolah-olah dia/mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat yang mahu menunjukkan terdapat kelemahan sistem keselamatan pada website tersebut.

Penggodam yang memperkenalkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army, meninggalkan mesej memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat terhadap keselamatan laman web dan serangan cyber pihak lawan dari Barisan Nasional yang lebih canggih dan berkepakaran tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
Dari pengamatan gua, barangkali serangan ini sudah dimulakan sejak malam tadi. Sila ke laman web tersebut sebelum pihak admin memperbaiki kesan serangan tersebut. klik sini azminali.com
ReJaM� "Bahang pilihanraya semakin dirasai... "
Panas! Najib Razak mengaku bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan
"Kami sama-sama suka, dan Rozita balas cinta saya" kata Najib Razak seperti yang dipetik dari Metro Ahad hari ini, 27 Januari 2013 dalam sebuah artikel dua muka di akhbar itu yang bertajuk "bukan syok sendiri".

Tapi sebelum gua kena hempap dengan lengan satu tan Lady Gajah, lebih baik gua ceritakan perkara yang sebenar. Paparan sebenar di Metro Ahad hari ini adalah kisah percintaan Rozita Che Wan dengan Zain Saidin.
Namun barangkali wartawan yang menulis, ataupun jurugrafik yang terlibat menyediakan artikel ini telah tersilap membiarkan nama Najib Razak dimasukkan dalam kisah percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini.

ReJaM� "Zain Saidin bercinta, Najib Razak yang dapat nama kah kah kah... "
Isu kalimah Allah, Harussani sudah sampai tahap mengkafirkan mufti
Hujah yang dikemukakan oleh beliau adalah, membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, bermakna bersetuju dengan pihak berkenaan untuk menyekutukan Allah ~ Bernama

Nampaknya fatwa baru dikeluarkan oleh Mufti Perak ini jelas bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri Perlis sebelum ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bil 1/2008 bertarikh 14-15 jun 2008, memutuskan tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah, atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ~ Mufti Perlis

Sila baca ayat di bawah ini baik-baik.
Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu:
"(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa" Surah Al Maidah ayat 106.
Dalam surah ini jelas Allah menyuruh orang berlainan agama (bukan Islam) bersumpah dengan nama Allah. Jadi bagaimana Mufti Perak boleh mengkafirkan pihak yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah?
Inilah akibatnya bila kalimah Allah dijadikan alat politik untuk meraih undi Melayu menjelang pilihanraya ke 13. Maka keluarlah fatwa-fatwa lucu sehingga sanggup mengkafirkan orang.
Sampai ke tahap mufti mengkafirkan mufti. Sampai ke tahap, mufti menolak ayat daripada kitab suci Al-Quran. Sampaikan mufti pula seolah-olah mengkafirkan Al-Quran yang menyuruh bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Sebelum ini gua dah kata, dalam dunia ini isu kalimah Allah hanya kecoh di Malaysia sahaja. Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang kecoh tentang isu kalimah Allah baik negara Islam mahupun negara kafir. Kenapa? Jawapannya mudah, kerana hanya di Malaysia ada Umno rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah.
Sumber: ~ Bernama, Mufti Perlis
Demonstrasi lucu bantah Kalimah Allah di Kelantan
Tapi penyamaran mereka terkantoi, apabila salah seorang daripada mereka memakai baju T-Shirt Janji Ditepati yang menjadi slogan untuk program jelajah Barisan Nasional. Ahli PAS pakai baju Janji Ditepati betul-betul epic fail! Kah kah kah...
Sumber gambar: Bernama

Kali ini satu lagi bantahan kononnya dibuat oleh ahli Parti Islam, PAS di Kelantan pula berhubung isu kalimah Allah. Apa yang gua nak tergelak tu kumpulan yang mengaku sebagai ahli PAS ni bawa bendera bapak besar! Betul-betul penyokong tegar PAS ni kah kah kah...
Tapi bendera besar yang dibawa mereka ada fungsi rupanya, iaitu untuk menutup wajah-wajah mereka dari diambil oleh kamera wartawan kah kah kah...
Lihat gambar di bawah, masing-masing bersembunyi di belakang bendera besar PAS yang dibawa oleh mereka. Lihat juga anak panah berwarna merah lihat bagaimana mereka menyembunyikan wajah.

Buat pengetahuan anda sahabat pembaca yang budiman, gambar ini diambil dari laman web Bernama. Dalam banyak-banyak gambar, takkanlah ini gambar terbaik yang boleh dipaparkan di web tersebut? Kah kah kah...
Kalau sudah namanya penyamar, mana berani nak tunjuk muka, kalau tunjuk muka kantoi, tak pergi demo sayang pulak tak dapat upah RM20 kah kah kah...
Sumber gambar di bawah ini juga dari laman web Bernama

Isu Kalimah Allah ini hanyalah isu politik Umno untuk menarik sokongan Melayu Islam dalam pilihanraya umum ke 13 nanti rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah
ReJaM� " Ada saja benda bodoh dibuat Umno ni kah kah kah..."
Anwar Ibrahim dituduh sembah mayat Teoh Beng Hock pula
Antara risalah yang disebarkan begitu melampau sampai ke tahap dilihat menuduh Anwar Ibrahim turut melakukan upacara menyembah mayat Teoh Beng Hock.
Risalah itu menuduh kononnya sebagai penganut pluralisme, Anwar Ibrahim biasa mengamalkan ajaran agama lain seperti menyembah mayat orang yang sudah meninggal dunia.

Kita faham, bila isu agama seperti ini dimainkan, ini bermakna risalah gerak saraf yang disebarkan adalah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu agar mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya ke 13 nanti.
Tambahan pula risalah melampau ini disebarkan di masjid selepas solat jumaat, jelas menunjukkan usaha terdesak menarik sokongan Melayu Islam kepada Umno dan Barisan Nasional.
Namun kalau dilihat, berlaku kebodohan di situ. Taktik pembunuhan karakter ini sudah sampai ke tahap melampau, sehinggakan orang ramai sudah tidak mampu untuk percaya.
Ibarat mahu membunuh kumbang dengan menyembur racun serangga, kumbang tak mati-mati sembur semakin lama semakin banyak, akhirnya si penyembur pensan terhidu racun serangga yang disembur sendiri.
Pernah satu ketika di kawasan pedalaman Sabah, seorang imam masjid terkejut melihat Anwar Ibrahim mengimamkan solat berjamaah, membaca doa dan memberi tazkirah kepada kariah masjid tersebut.
Imam itu yang selama ini percaya dengan propaganda dan cerita bohong media arus perdana kawalan Barisan Nasional menyangka Anwar Ibrahim seorang yang kafir dan tidak mengenal Al-Quran.
Itu cerita di pedalaman Sabah, kita tak hairan. Tapi ini cerita di Masjid Jamek Kuala Pilah, bukan kawasan yang terlalu pedalaman. Orang Kuala Pilah ada akses internet, anak-anak mereka bijak pandai dan belajar di universiti.
Pembodohan seperti ini sudah tidak laku lagi. Pakatan Rakyat sibuk cerita tentang dasar, tawaran ekonomi, pendidikan percuma dan sebagainya, Umno masih lagi dengan sentimen agama, bangsa dan raja untuk menakut-nakutkan rakyat.
ReJaM� "Baik cakap sahaja Anwar Ibrahim sebenarnya seorang sami kah kah kah... "
Rakaman CCTV polis gari dan belasah seorang lelaki
Sebelum kejadian semalam, ada satu lagi kes berlaku di Daerah Tuaran Sabah di mana seorang lelaki dibelasah dalam keadaan bergari di dalam sebuah cybercafe. CCTV turut merakamkan sebahagian daripada kejadian tersebut.
Lantaran kejadian itu, orang ramai diketuai oleh koordinator Jingga 13 Sabah, Alveana Ansari telah mengadakan satu bantahan aman di hadapan Balai Polis Tuaran, Sabah.

Bagaimanapun, pihak polis telah menutup pagar Balai Polis, Tuaran dan tidak membenarkan orang ramai memasuki kawasan Balai Polis.

ReJaM ada menerima satu rakaman CCTV tentang kejadian tersebut, malangnya rakaman agak kurang memuaskan kerana rakaman tersebut diambil terus melalui telefon bimbit dari screen rakaman CCTV.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan rakaman yang lebih jelas gagal kerana usaha mengambil semula rakaman CCTV tersebut dihalang oleh pemilik cybercafe yang bimbang tindakan akan diambil terhadapnya.
Berikut rakaman CCTV yang dimaksudkan. Rakaman menunjukkan kejadian ini berlaku pada 19 Januari 2013, sekitar pukul 2:30 petang.
Kalau kita lihat kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Seseorang individu yang ditahan oleh polis dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
Kejadian ini seolah-olah membayangkan polis menghukum sebelum terbukti seseorang itu melakukan kesalahan dan ini tidak mengikut SOP (standard operating procedure).
ReJaM� "Menghukum sebelum terbukti bersalah, ini namanya zalim... "
Marah menteri besar, 9 bilik gerakan Umno Pasir Gudang, Johor ditutup

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.
Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.
�Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.
�Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,� katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.
Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.
�Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.
�Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,� katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.
�Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.
�Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,� katanya.
Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukar kepada tanah tol.
Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.
�Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.
�Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,� katanya.
ReJaM� "Ini namanya Janji Dicapati... "
Sumber: Sinar
Presiden Palestin tolak dan kecam kehadiran Najib ke Gaza
�Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,� kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.
�Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,� tambah kenyataan itu lagi.
Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia lapor Al Arabiya News

Menjawab kecaman itu Najib menyatakan bahawa lawatan beliau ke Palestin tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman negara itu seperti dilaporkan oleh Awani

Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Padahal, tidak sampai 24 jam media-media arus perdana kongkongan Barisan Nasional melaporkan Najib Razak ingin menjadi hero menawarkan pelan damai Hamas dan Fatah seperti dilaporkan Berita Harian.
Adakah ini bukan cubaan mencampuri urusan dalaman negara Palestin? Najib nak tipu siapa?

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13, Najib cuba menunjukkan watak hero kepada rakyat dengan melawat Palestin. Dia nak tunjuk bahawa dia jauh lebih hebat berbanding mahadewa Umno, Tun Mahathir.
Strategi politik yang agak baik, jika beliau datang sekadar untuk menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin dan misi bantuan. Namun cubaan lebih dari itu, iaitu untuk menjadi hero nampaknya memakan diri dan berakhir dengan lawatan yang memalukan.
ReJaM� "Jangan jadi hero tak tentu pasal, ukur baju di badan sendiri... "
Belia 1 Malaysia Kampung Beladin anjur karaoke sempena Maulidurasul

Gua tak tahu apa masaalah penganjur ini sehingga malam Maulidurasul yang sepatutnya diisi dengan program kerohanian sebaliknya mengajak umat Islam leka dengan acara hiburan.
Kenapa perlu anjurkan karaoke sempena Maulidurasul? Sudah tidak ada hari lain yang boleh dipilih? Kenapa program hiburan dikaitkan dengan Maulidurasul?
ReJaM� "Ada unsur menghina Islam di situ... "
Isu Kalimah Allah, Nazri Aziz benarkan bukan Islam guna di Pulau Pinang
Namun ramai yang terlepas pandang bahawa pada tahun 2010, Umno sendiri melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
Sila rujuk laporan akhbar The Star di bawah ini.

Para pembaca yang budiman, lihat bagaimana rakyat Malaysia terperangkap dengan isu agama (kalimah Allah) dimainkan oleh Umno untuk terus berkuasa. Cuba lihat di dunia dan seluruh dunia Islam tiada satu pun negara lain yang kecoh dengan isu kalimah Allah.
Malaysia satu-satunya negara yang kecoh dengan isu kalimah Allah di dunia ini kerana apa? Kerana hanya di Malaysia ada United Malays National Organization, Umno.
Isu kalimah Allah adalah isu Umno untuk menang pilihanraya, dengan tersebarnya isu ini maka rakyat akan sibuk mengamuk tak tentu pasal dan tidak sedar bahawa mereka dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Kerana itu pada waktu ini media-media kongkongan Umno sedang sibuk menjaja isu ini.
ReJaM� "Israel pun akan kecoh isu kalimah Allah jika Umno ada di sana... "
Buku Anwar Zionist disebarkan di Taman Sri Andalas Klang

Ini namanya lempar batu sembunyi tangan, atau lebih tepat sudah berak sembunyi punggung. Kalau dakwaan di dalam buku ini adalah fakta yang benar, individu yang terlibat di dalam penerbitannya harus meletakkan identiti mereka.
Mereka tahu semua yang tertulis di dalam buku ini hanyalah rekaan untuk memburukkan Anwar Ibrahim maka mereka bersembunyi disebalik fitnah. Gua cabar individu-individu yang menyebarkan buku ini sila tampilkan diri supaya senang tindakan undang-undang boleh diambil.
ReJaM� "Ibarat menyorok dalam longgokan tahi sendiri... "
Utusan Malaysia diberi percuma di UIAM, tapi orang tak mahu baca
Difahamkan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana memfitnah itu rupanya turut diedarkan di Universiti Islam Antarabangsa, UIAM dengan tajaan pihak tertentu.
Almaklumlah, kalau nak jual sudah tiada lagi orang nak beli, siapa nak beli akhbar kaki fitnah betul tak? Mahu tak mahu terpaksalah edar secara percuma. Namun apa yang lucunya, sudah diberi percuma pun, orang masih tak mahu baca kah kah kah...
Perkara ini didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca yang barangkali merupakan pelajar di UIAM. Beliau menyaksikan sendiri, banyak longgokan akhbar Utusan Malaysia yang tidak diusik di salah sebuah kolej di Universiti tersebut.

Beliau sempat mengambil gambar sebahagian daripada longgokan-longgokan akhbar Utusan Malaysia itu. Menurutnya lagi, longgokan-longgokan yang, lain sudah dibawa keluar oleh pekerja pembersihan (makcik cleaner) di situ barangkali untuk dijual di pusat kitar semula.

Semalam, sekali lagi Utusan Malaysia menanggung akibat di mahkamah hasil daripada fitnah isu LGBT akhbar milik Umno itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan beliau dicemuh dan dipandang hina.
Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala ganti rugi akan ditetapkan pada 15 Februari. Hakim turut marah kerana akhbar Utusan Malaysia gagal untuk mengamalkan etika kewartawanan yang bertanggung jawab.
Utusan Malaysia memfitnah kononnya Anwar Ibrahim mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan menuduh Anwar mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT)
ReJaM� "Kita doakan moga-moga Utusan Syaitan ini cepat muflis..."
#KL112 Wanita lapor polis terhadap fitnah blog Papa Gomo
Di bawah ini printscreen fitnah yang dimaksudkan dari blog Papa Gomo. Papa Gomo mendakwa kononnya wanita ini sedang bertukar-tukar nombor telefon dengan salah seorang peserta #KL112 berbaju kuning.

Wanita ini tampil menerangkan hal sebenar. Lelaki berbaju kuning yang didakwa oleh Papa Gomo itu kononnya mahu bertukar-tukar nombor telefon sebenarnya adalah suami wanita terbabit dan mereka bersama-sama mengambil gambar di himpunan tersebut.

Lantaran fitnah berniat jahat dilemparkan oleh blogger Umno si Papa Gomo, wanita tersebut telah membuat satu laporan polis semalam dan beliau memaklumkan hal itu di laman facebook peribadi miliknya.

Seperti sebelum ini kita faham benar perangai blogger lucah ini. Sebelum ini ketika perbicaraan saman di mahkamah, dia menyorok dan tidak mengaku bahawa blog papagomo.com itu adalah miliknya kah kah kah...
ReJaM� "Baling batu sembunyi tangan... "
Tiada wali, Ummi Hafilda terpaksa bernikah di Pakistan
Sebaik sahaja berita tentang majlis perkahwinan perempuan ini tersebar, ramai pihak terutamanya di blog-blog mempersoalkan bilakah Ummi Hafilda menikah?
Sebelum ini Ummi Hafilda ada membuat satu sidang media khas untuk memberitahu bahawa lokasi dan tarikh perkahwinannya adalah dirahsiakan selain itu dia turut mengumumkan YB Azmin Ali abangnya tidak akan dijemput di majlis perkahwinannya.
Pengumuman untuk tidak menjemput keluarganya ini menyebabkan ramai pihak mempersoalkan siapakah yang akan menjadi wali bagi perkahwinan Ummi Hafilda bersama Zaman Khan seorang warga asing dari Pakistan ini?
Akhirnya terbongkar segala persoalan tersebut apabila portal myStar mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah bernikah di Pakistan seminggu sebelum majlis perkahwinannya. Gara-gara tiada wali maka Ummi Hafilda terpaksa menikah di perantauan.

Biasanya orang kahwin lari kerana wali tak restu perkahwinan, tapi perkara sebaliknya berlaku kepada Ummi Hafilda, dia terpaksa berkahwin di perantauan kerana dia sendiri yang tidak restu kepada walinya.
Apa pun selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua-dua mempelai, semoga selepas berkahwin suami Ummi dapatlah menasihatkannya untuk berubah ke arah yang lebih baik.
ReJaM� "Harap selepas ini, Ummi Hafilda berhentilah menjaja cerita lucah... "
Blogger Umno dedah video muslimah PAS diraba bergilir-gilir di #KL112
Lihat sebelum ini bagaimana mereka menggunakan gambar yang dicedok dari laman sesawang luar negara mendakwa kononnya ada muslimah dari Parti Islam, PAS yang diraba di himpunan tersebut rujuk sini ~ blogger Umno.
Kemudian mereka menyebarkan pula gambar yang diedit kononnya ada peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang membawa bendera dan menyokong Israel rujuk sini ~ Bendera Israel.
Terbaru, mereka menyebarkan video pula kononnya muslimah dari Parti Islam, PAS telah menyerahkan punggung untuk diraba bergilir-gilir oleh pemuda dari KEADILAN (PKR). Di bawah ini screenshot yang diambil dari salah seorang blogger Umno.

Lihat, mereka seakan ada centre of command (pusat arahan) untuk mengulangi isu-isu lucah bagi meraih sokongan politik. Difahamkan "bilik perang" Umno PWTC kini diketuai oleh bekas menteri yang pernah dilaporkan mabuk dan mencabul kehormatan seorang gadis di kelab malam. rujuk sini ~ Jamaluddin Jarjis
Maka tak hairanlah strategi meraih sokongan politik mereka semuanya berbaur lucah kerana pengarah propaganda mereka adalah menteri kaki raba.
Tambah lebih lucu lagi, salah seorang pemimpin India yang mengepalai NGO Nambikkai yang menyokong Barisan Nasional kini dilihat sudah mula mempraktikkan amalan lucah yang selama ini dibawa oleh Umno rujuk sini ~ Kalai Vanar
ReJaM� "Umno dan lucah bagaikan tahi dan kentut... "
Kantoi! Cybertrooper Umno like sendiri komen di Malaysiakini
Sebenarnya cybertrooper Umno menggunakan taktik kotor untuk membolehkan komen-komen mereka berada pada kedudukan paling atas di Malaysiakini iaitu dengan cara mendapatkan like paling banyak. Namun mereka mendapatkan like-like palsu.
Sebagai contoh lihat screenshot di bawah ini. Komentar bernama Anuwar Kasih ini adalah salah seorang cybertrooper Umno dan komennya berada paling atas di Malaysiakini kerana mendapat 170 likes palsu.

Bagaimana kita nak tahu sama ada likes tersebut palsu atau sah? Mudah sahaja, klik pada namanya Anwar Kasih itu anda akan terus ke profile beliau. Komen beliau di Malaysiakini turut terpapar di profile milik beliau. Seterusnya klik pada like yang diterimanya.

Selepas klik anda akan ditunjukkan kepada akaun-akaun yang telah memberikan likes kepada komen-komen cybertrooper Umno ini. Lihat, bukan manusia yang likes, sebaliknya page-page kosong yang dibuat oleh mereka.
Mereka sendiri komen, mereka sendiri like menggunakan halaman-halaman yang dibina oleh mereka sendiri. Taktik ini membolehkan mereka likes komen sendiri tanpa log in kepada banyak akaun. Tapi kantoi kah kah kah...

Anda boleh periksa sendiri akaun-akaun cybertrooper seperti ini. Mereka benar-benar terdesak untuk mempertahankan Rosmah Mansor. Lebih malang, ada juga cybertrooper yang malas buat kerja, makan gaji buta apabila nama-nama page yang dibuat langsung tak realistik seperti di bawah ini kah kah kah...

Alahai Umno, semua benda nak menipu, sampaikan likes pada komen pun nak juga ditipunya macam mana rakyat nak sokong kamu?
ReJaM� "Tak payah bohonglah, mana ada orang nak likes komen sampah... "
Presiden Nambikkai, Kalai Vanar mengamuk dan melucah di Twitter
Hari ini gua terkejut bila Presiden Barisan Bersatu Nambikkai yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil masyarakat India yang menyokong Barisan Nasional tiba-tiba mengamuk dan melucah melalui akaun twitter miliknya.

Gua tak tahu apa masaalah dia ni sebenarnya? Tiba-tiba mengamuk dan melucah tak berhenti-henti. Adakah masyarakat India menyokong pemimpin seperti ini untuk membela nasib mereka bersama Barisan Bersatu Nambikkai?

ReJaM� "Memalukan masyarakat India... "
Majlis perkahwinan Ummi Hafilda malam ini ditaja oleh Najib Razak?
Kalau memang ada niat untuk rahsiakan tarikh dan lokasi perkahwinan, yang kamu pergi buat sidang media tu kenapa? Kah kah kah...

Tambah lebih pelik, Ummi Hafilda dikatakan turut mencanangkan bahawa perkahwinan beliau akan berlangsung secara mewah dan gilang gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC malam ini 18 Januari 2013.
Pihak Putrade Property Management mengesahkan bahawa tetamu VIP yang akan hadir ialah Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak. Contact person untuk penganjuran majlis ini ialah Yong Rahimah Johari dan boleh dihubungi di talian 0108981918.
Manakala pegawai Putrade yang bertanggungjawab ialah Nur Hidayah Safian. Tema warna yang diminta oleh Ummi Hafilda pula ialah Gold and Ivory untuk menyambut Rosmah Mansor dan Najib Tun Razak.
Menurut Nur Hidayah, Ummi membuat tempahan untuk 778 orang tetamu. Selain itu, menurut sumber dalaman, majlis ini ditaja oleh Najib Razak melalui Putrade Property Management dengan memberi diskaun yang luar biasa.
Bayaran yang dikenakan hanya RM 87.00 seorang dan kadar ini adalah terlalu rendah dan bukan kadar pasaran semasa yang dikenakan oleh Putrade. Deposit sebanyak hanya RM10,000 dibayar tetapi tidak diketahui sumbernya.
ReJaM� "Gua salah seorang yang dijemput malam ini, kah kah kah... "
Catatan sejarah #KL112 dari Sogo ke Masjid Negara bahagian 1
Kalau sebelum ini gua ada catatkan perjalanan gua dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka rujuk sini ~ #KL112 catatan kali ini adalah catatan sebelumnya pula iaitu perjalanan gua sebelum sampai ke Masjid Negara.

Perjalanan gua bermula di Pasaraya Sogo, gua dan beberapa orang rakan bergerak menuju ke Masjid Negara bersama Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali. Pada awalnya kami merancang untuk bersarapan bersama-sama.

Malangnya, YB Azmin Azmin memberitahu bahawa beliau menerima panggilan dari Ketua Polis Negeri meminta beliau membawa semua para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang sudah melimpah ruah di Masjid Negara untuk bergerak ke Stadium Merdeka.

Kami semua meneruskan perjalanan, berjalan kaki seramai kira-kira 7 orang. YB Azmin perlu menukar baju terlebih dahulu oleh itu kami pergi ke salah sebuah kedai pakaian di Masjid India menumpang untuk menukar pakaian.
Selesai beliau menukar pakaian kami meneruskan perjalanan ke Masjid Negara melalui Dataran Merdeka. Antara yang turut serta bersama kami ialah YB Amiruddin Saari ADUN Batu Caves Selangor.

Sepanjang perjalanan seperti biasa kami menjadi tersekat-sekat berikutan orang ramai meminta untuk bergambar bersama YB Azmin Ali. Di sekitar Dataran Merdeka kami bertemu dengan sekumpulan sami dan pengikut-pengikut mereka yang turut menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.
Mereka tidak melepaskan peluang bertegur sapa, bersalaman, dan bergambar dengan YB Azmin Ali.

Saat ini kumpulan yang mengekori kami semakin membesar. Mana tidaknya, setiap kali kami singgah kerana orang ramai meminta untuk mengambil gambar dan bersalaman bersama YB Azmin, kemudian mereka akan sama-sama mengekori kami.
Sekarang ni pukul 3:27AM, oleh kerana mata gua sudah mengantuk gua ambil keputusan untuk sambung catatan gua ini dalam artikel seterusnya nanti. Kita berhenti di sini dulu. Bersambung...
Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul?
Kalau kita lihat selama ini Umno begitu lantang bersuara kononnya menolak politik di sekolah. Tapi di sini jelas bahawa papan tanda Umno cawangan pun diletakkan dalam kawasan sekolah, dalam pagar lagi ini apa cerita?

Inilah taktik "brain wash" yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama di negara ini. Sebab itu masih ramai orang-orang kampung yang tertutup mindanya masih percaya bahawa sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya adalah pemberian, kurniaan Umno dan Barisan Nasional.
Bukan di Negeri Sembilan sahaja perkara ini berlaku, malah banyak lagi tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah brainwash seperti ini untuk memperbodohkan rakyat terutama orang-orang kampung yang tidak akses maklumat.
Masih ramai orang kampung yang mindanya masih tertutup tidak tahu bahawa hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya dibina menggunakan duit rakyat. Ini semua adalah tanggung jawab sesebuah kerajaan.
Barisan Nasional dipilih rakyat untuk mentadbir dan mengurus harta rakyat. Jika mereka ditendang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka parti lain pula akan jadi kerajaan dan menguruskan harta rakyat.
ReJaM� "Tolak Umno dan BN, hentikan segala pembodohan! "
Utusan Malaysia cuba tipu pembaca dengan gambar hantu pulak
Sudahlah berita politik selalu diputar belitkan untuk memperbodohkan rakyat, kali ini Utusan Syaitan cuba nak bodohkan pembacanya dengan gambar hantu pula.
Lihat gambar di bawah ini. Gambar objek yang kononnya misteri ini disiar dan disebarkan oleh Utusan Malaysia versi cetak hari ini. Namun objek misteri tersebut sebenarnya adalah hantu bodoh kah kah kah...

Pengguna-pengguna Samsung S3 tentu awal-awal sudah tergelak besar dengan gambar bodoh dari Utusan Syaitan ini. Ini kerana, objek yang dikatakan misteri ini sebenarnya boleh dihasilkan dengan salah satu applikasi telefon pintar berkenaan (S3 Photo Mood Effect New 2012)
ReJaM� "Hantu pun kena fitnah dengan Utusan Syaitan kah kah kah... "
Bukti! Jabatan Imigresen diarah halang peguam Scorpene masuk Malaysia
Para peguam tersebut adalah William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham. Arahan ini disebarkan melalui satu senarai pekeliling khas yang diberikan kepada semua kakitangan terutama penyelia di Jabatan Imigresen Malaysia.

Para peguam ini tidak dibenarkan memasuki Malaysia, NTL - Not To Land @ non-permitted to land. Pekeliling bertarikh 3 Dis 2012 ini menunjukkan betapa terdesaknya kepimpinan Najib untuk menghalang isu skandal rasuah Scorpene yang dikaitkan dengan dirinya daripada diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
ReJaM� "Tutup mulut orang, tindakan penakut dan terdesak!"
Panas! Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 bawa bendera Israel
Jika semalam blogger obesiti Umno kantoi menyiarkan gambar yang dicedok dari laman web luar negara (Mesir) untuk menuduh kononnya ada penyokong Parti Islam, PAS yang mengambil kesempatan meraba punggung muslimah di dalam himpunan tersebut rujuk sini ~ Blogger Umno
Hasil tinjauan ReJaM� di blog yang sama mendapati ada juga gambar kononnya peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 membawa bendera Israel di dalam himpunan tersebut. Rujuk printscreen di bawah. Malah gambar ini turut disebarkan oleh blog-blog gerombolan yang lain.

Sebenarnya kalau kita lihat dari gambar ini sahaja pun kita dapat tahu bahawa pemuda yang memegang bendera Israel ini sebenarnya penyokong Palestin kerana beliau turut memakai mafla bendera Palestin di lehernya.
Namun gara-gara gila nak memfitnah, gerombolan blogger-blogger United Malays No Otak, Umno ini nampaknya telah melakukan "editing" pada gambar bendera tersebut.
Mereka telah memadam garisan merah yang memangkah bendera itu. Namun jika diperhatikan dengan teliti masih kelihatan kesan kemerah-merahan pada bendera Israel dalam gambar di atas.
Lihat gambar sebenar keadaan bendera yang dibawa oleh pemuda ini di bawah. Terdapat garisan merah memangkah bendera tersebut menunjukkan beliau sebenarnya "anti-Israel".

Di bawah ini sekeping lagi gambar yang jelas membongkarkan fitnah bodoh gerombolan blogger United Malays No Otak, Umno.

ReJaM� pun tak faham, apa tujuan blogger-blogger gerombolan ini membuat fitnah bodoh seperti ini. Seolah-olah mereka sengaja untuk memalukan diri supaya pembaca blog mereka membenci Umno dan Barisan Nasional.
ReJaM� "Tapi mungkin juga mereka ini benar-benar terlalu dungu... "
Blogger Umno dedah punggung muslimah diraba di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di bawah ini printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar.

Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi.
Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara.

Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik.
ReJaM� "Diorang ni kalau tak main isu lucah berkudis satu badan... "
Sumber: zainhd.com