PADA Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 12 Januari 2013 yang lalu, gua antara yang tersekat di dalam Masjid Negara selepas solat Zuhur, kerana keadaan begitu sesak dan terpaksa menunggu orang ramai beredar ke Stadium Merdeka

Orang ramai terpaksa berhimpit-himpit menuruni tangga masjid. Sebelum itu ramai yang terpaksa solat di luar masjid lantaran tiada ruang solat kerana dipenuhi oleh orang ramai dan ramai juga yang terpaksa menunggu orang ramai beredar terlebih dahulu sebelum mereka boleh solat di dalam masjid.



Lautan manusia berpusu-pusu keluar dari Masjid Negara di bawah ini diambil dari tingkat dua Masjid Negara. Masa ni gua masih tersekat di dalam masjid kerana terlalu ramai orang sedang beredar menuju ke Stadium Merdeka.



Lantaran jalan dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka dipenuhi dengan lautan manusia, berlaku kesesakan teruk di jalan menghala ke arah bertentangan yang tidak digunakan oleh peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.



Difahamkan banyak kenderaan yang tersekat lebih sejam kerana terpaksa menunggu puluhan ribu rakyat yang silih berganti keluar dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka melalui persimpangan jalan. Dalam hati gua dah mula marah pada polis pada waktu ini.



Gua dah mula rasa tak sedap hati, kenapa Polis tak tutup jalan Masjid Negara ke Stadium Merdeka? Adakah Polis sengaja nak buat pemandu yang menggunakan jalan tersebut marah dengan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112?

Apa pun gua tengok semua pemandu nampak memahami situasi sesak tersebut dari pemerhatian mata gua, tidak ada seorang pun pemandu yang menunjukkan wajah marah mungkin ada tapi gua tak perasan.

Ramai juga pemandu yang menyokong #KL112, ada yang melaungkan "hidup rakyat!" melaungkan "Allahuakbar!" membunyikan hon tanda sokongan dan menunjukkan lain-lain isyarat tanda sokongan. Antaranya gua sempat ambil gambar pemandu bas yang menunjukkan isyarat "bagus".



Seperti yang gua jangka dari awal, malam 12 Januari 2013 iaitu malam selepas berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat, Buletin Utama menyiarkan rungutan beberapa orang yang ditemubual tentang kesesakan lalulintas akibat Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Dari awal gua dah agak dah berita ini akan keluar kah kah kah...





ReJaM� "Nanti gua sambung lagi laporan perjalanan gua di #KL112... "