CERITA banyak tak guna, sila buka mata besar-besar dan lihat keratan akhbar Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) di bawah ini baik-baik. Ini satu lagi bukti daripada berpuluh bukti yang menunjukkan kejahatan serta kebodohan Utusan Malaysia di dalam menghasilkan propaganda.

Propaganda ini bertujuan membuatkan rakyat berfikir kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat  #KL112 yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur Sabtu ini adalah Himpunan Shamsidar walhal Shamsidar tiada kena mengena langsung dalam himpunan tersebut.



Jika anda ada ternampak Utusan Syaitan di kedai mamak tepi jalan hari ini, anda boleh selak muka surat 4 dan saksikan kebodohan dan betapa jahatnya akhbar syaitan ini di dalam memutar belitkan fakta tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Tidak mustahil akan ada segelintir pelakon upahan yang bakal muncul di Himpunan Kebangkitan Rakyat hari sabtu ini membawa banner kononnya mereka menyertai Himpunan Shamsidar.

Kemudian TV3 akan mengambil gambar mereka untuk dijadikan bahan propaganda bodoh mereka pada pukul 8:00 malam di Buletin Utama. Ini skrip fitnah biasa yang diulang-ulang. Lihat modus operandi mereka sebelum ini rujuk link ini ~ Pemuda Umno menyamar

Siap sedia semua, nampak pelakon-pelakon upahan ini nanti kita tangkap dan ikat, kemudian kita cukur rambut mereka sebelah sebagai pengajaran. Jangan cederakan mereka kita buat dengan lemah lembut. Sebarkan!

ReJaM� "Cukur kening mereka sekali, cukur sebelah je kah kah kah.... "