right_side
Powered by Blogger.

Blog Archive

In:

Buku mengampu Najib diedar secara percuma di kaunter kedai buku MPH

KALAU difikirkan, dalam ramai-ramai pimpinan Umno, Najib Razak merupakan pemimpin yang paling terdesak untuk meraih publisiti bagi menggambarkan dirinya seorang pemimpin yang hebat. Dalam masa yang singkat beliau mahu rakyat percaya beliau pemimpin yang hebat.

Sebelum ini tentu anda masih ingat bagaimana beliau mengupah kartunis menerbitkan sebuah komik yang menggambarkan dirinya sebagai "Hero" ala-ala kartun superman. Komik itu dilaporkan telah diedarkan kepada pelajar sekolah rendah.



Lucu melihat gelagat pemimpin nombor satu Umno ini. Macam-macam cara beliau mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dirinya adalah seorang pemimpin yang hebat dan wajar disokong pada pilihanraya umum yang akan datang.

Terbaru, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan taktik terbaru Najib untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin hebat. Sebuah buku yang mengampu Najib Razak diedarkan secara percuma di kaunter kedai buku MPH.



Buku yang mengampu Najib bertajuk "Najib, nation on his mind, people on his heart" (Najib, negara di dalam mindanya, rakyat di dalam hatinya) itu diedarkan secara percuma. Orang ramai digalakkan untuk mengambil lebih dari satu buku tersebut.

Seorang pemimpin, jika benar hebat, tidak perlulah dia sendiri mengangkat dirinya, jika benar hebat tidak perlulah terbitkan buku mengampu dirinya sendiri dan diedarkan secara percuma, nampak sangat terdesak.

Buat macam-macam untuk naikkan diri sendiri, tapi bila Anwar cabar berdebat, takut! Habis punah segala propaganda menggambarkan Najib seorang pemimpin hebat. Kalau betul hebat sahutlah cabaran Anwar berdebat, barulah rakyat boleh menilai kehebatan beliau, sama ada realiti atau fantasi.

ReJaM� "Ini namanya masuk bakul angkat sendiri... "

In:

Ahli Parlimen BN tolak saman AES, kerana Pilihanraya Umum 13 sudah dekat

SAMAN Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) yang sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pimpinan Pakatan Rakyat kerana disifatkan membebankan rakyat serta hanya menguntungkan kroni akhirnya turut dibantah oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Namun bezanya, Ahli Parlimen Barisan Nasional membantah SR1M ini bukan kerana bersetuju bahawa ia membebankan rakyat, sebaliknya kerana pilihanraya umum ke 13, PRU13 sudah hampir dan mereka bimbang BN kalah kerana isu saman AES ini [Sinar].



Ini bermakna, Ahli Parlimen BN hanya tidak bersetuju AES ini dilaksanakan waktu ini. Namun selepas pilihanraya Umum nanti, jika Barisan Nasional menang, saman ini akan dilaksanakan semula.

ReJaM� "Tolak BN PRU13 untuk lenyapkan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M "

In:

Isu jual aset PKNS, kerajaan Selangor saman Utusan Malaysia

DAKWAAN kononnya Kerajaan Negeri Selangor menjual aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS terus berlarutan meskipun sudah dijelaskan bahawa PKNS hanya memindahkan aset-aset yang didakwa kepada anak syarikatnya sahaja.

Sebelum ini, MiLo SuaM juga pernah mendedahkan kejahilan Menteri Asas Tani, Noh Omar yang juga merupakan Timbalan Perhubungan Umno Selangor, apabila beliau dilihat tidak tahu apa yang dicakapkan berhubung isu ini rujuk sini [Noh Omar]

Gara-gara media milik Umno dan Barisan Nasional terus menerus memainkan isu ini meskipun telah dijelaskan berulang kali bahawa tiada aset PKNS yang dijual, Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengambil keputusan untuk menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan).

Tindakan undang-undang diambil terhadap Utusan Malaysia kerana mengeluarkan sebuah artikel fitnah yang dilihat cuba melaga-lagakan Kerajaan Negeri Selangor, dengan Sultan Selangor. Berikut artikel yang dimaksudkan [Utusan].



Artikel tersebut bertajuk �Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?� diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

�Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

�Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,� tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

�Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

�Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,� tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

ReJaM� "Utusan Syaitan sanggup kena saman asalkan propaganda mereka berjaya bodohkan orang kampung... "

In:

MB Selangor dimaki hamun dan dihalau dengan parang di tangan

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.

Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Kalau pun tidak bersetuju dengan Menteri Besar Selangor, dari Pakatan Rakyat, janganlah sampai bertindak di luar batas. Ini mentaliti orang gila.

Lihat bagaimana Tan Sri Khalid datang bertemu rakyat. Tak perlu majlis sambutan, tak perlu paluan kompang, tak perlu polis pengiring seperti amalan Menteri Besar Barisan Nasional. Beliau sanggup datang beramah mesra bersama rakyat meskipun hanya melalui jemputan spontan.

Namun beberapa orang samseng ini sengaja cuba membuat kecoh kononnya mahu menunjukkan Tan Sri Khalid dibenci oleh rakyat Selangor. Ini namanya "over react" atau "over kill", kalau nak buat propaganda murahan jangan terlebih sangat, nampak benar terdesak.

Sembur nyamuk dengan racun serangga, sembur jangan terlebih-lebih nanti terkena diri sendiri, diri sendiri yang mabuk, silap hari bulan boleh pensan atau mampos terus.

ReJaM� "Orang Melayu jadi bodoh kerana menyokong Umno... "

In:

Projek Langat 2, Saya keras kepala untuk jaga duit rakyat kata MB Selangor

KERAJAAN Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Projek Langat 2 membekalkan air dari Negeri Pahang di mana projek ini akan menelan belanja RM3 Billion (RM3000 juta).

Manakala Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada KEADILAN, menolak perlaksanaan itu yang disifatkan memakan belanja yang sangat besar dan tidak menyelesaikan masaalah sebenar. Perkara ini sudah berlarutan begitu lama.

Perkembangan terbaru di dewan rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam soalan lisannya kepada menteri, beliau mendedahkan kandungan kertas kerja bahawa terdapat pilihan-pilihan lain (kos-kos bandingan) yang lebih baik berbanding projek Langat 2 dari segi kos dan kecekapan pengurusan (management efficiency).

Tan Sri Khalid juga mendedahkan bahawa keluaran air terawat di Negeri Selangor melebihi 5 juta liter sehari, namun penggunaan paling banyak hanyalah 3.5 juta liter sehari. Ini bermakna sekitar 1.5 Juta liter air bocor (dibazirkan) setiap hari.

Kebocoran air (Non-revenue water) inilah yang menyebabkan kekurangan air di Negeri Selangor. Namun kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menebuk gunung dan menebang hutan bagi mengambil air daripada Pahang untuk menyelesaikan masaalah ini.

Bagaimanapun, pendedahan Tan Sri Khalid di dewan rakyat ini disahut oleh salah seorang ahli Parlimen BN, dengan mengatakan "keras kepala gulingkan aje" merujuk kepada Tan Sri Khalid yang dilihat berdegil dan tidak bersetuju dengan projek Langat 2.

Tan Sri Khalid menjawab "Tidak, ini bukan keras kepala kerana nak curi duit rakyat. Ini keras kepala lain, bukan keras kepala seperti saudara dari Umno, ini keras kepala nak jaga duit rakyat".

Saksikan perbahasan seterusnya bagaimana Tan Sri Khalid dibuli oleh MP Barisan Nasional yang enggan mendengar penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam video di bawah ini.


Kesian Tan Sri Khalid, beliau dibuli oleh Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat gara-gara mahu mempertahankan dan menjaga duit rakyat Selangor yang diamanahkan kepadanya.

ReJaM� "Rakyat Selangor akan terus bersama dan menyokong pemimpin yang amanah..."

In:

Isu kuil, MP BN, Kamalanathan bongkar kebodohan MIC

MINGGU lalu parti komponen Barisan Nasional, MIC cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India apabila mengadakan satu demonstrasi di kuil Batu Caves, membantah pembinaan kondominium mewah 29 tingkat berhampiran kuil.

Demonstrasi sekitar 300 kaum India yang turut disertai oleh bekas Presiden MIC, Samy Vellu itu diadakan sebagai protes kepada Kerajaan Selangor kerana meluluskan pembinaan kondominium mewah yang dikatakan akan menjejaskan struktur Kuil Batu Caves.



Sebelum itu, sebuah NGO kaum India pro Barisan Nasional, Nambikkai telah membuat laporan Polis kerana menurut mereka kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa meluluskan pembinaan kondominium tersebut.



Namun gara-gara marahkan Ronnie Liu yang dikatakan cuba mengaitkan dirinya dengan kelulusan kondominium itu, P Kamalanathan Ahli Parlimen Barisan Nasional Hulu Selangor telah mendedahkan perkara sebenar.

Beliau mendedahkan bahawa kelulusan projek kondominium mewah 29 tingkat itu sebenarnya telah diluluskan tahun 2007. Kalau kita lihat, semasa 2007 Negeri Selangor masih lagi diperintah oleh Barisan Nasional.



Jelas secara tidak sengaja, P Kamalanathan telah mengkantoikan kebodohan MIC yang cuba memainkan sentimen agama di kalangan kaum India. Jelaslah bahawa, projek kondominium itu sebenarnya diluluskan oleh Barisan Nasional.


ReJaM� "Ayooo sendiri luluskan sendiri bantah ka? Kah kah kah... "

In:

Isu Hudud, MCA dedahkan wajah Barisan Nasional yang sebenar - PAS

KENYATAAN Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud, adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima puluh tahun. 

Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, dan ada menteri penjaganya, disamping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Fakulti Pengajian Islam dibeberapa Universiti, di peringkat negeri pula ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO juga tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi di tempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan di negeri yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya. 

Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu rupa? 

Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNO lah yang secara khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa melayu yang beragama Islam bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri. 

PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti Kebangsaan Melayu, di mana "Islam" hanya menjadi agama yang dianut secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja. Perlembagaan UMNO juga tidak meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNO tidak mampu bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional.

UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalam gabungan parti-parti komponen Barisan Nasional. Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat, hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh di bawah semangat Barisan Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya.

HUDUD

Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan "Hudud" bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW seperti juga nas wajib solat lima waktu, puasa, zakat , haji dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh dinamakan "Hudud PAS" seperti juga tidak boleh dinamakan "sembahyang PAS". Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu. Allah berfirman :

Maksudnya : "Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara � mereka tidaklah mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzab � 36)

Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya. Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya. 

Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.

Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan samada cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir � di mana hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya jauh lebih ringan dari hukuman hudud.

Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA daripada Barisan Nasional atau UMNO dipecat atau keluar daripada Barisan Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO beramai-ramai.
 
PAS DAN DAP 

PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara. Sekiranya dikaji Surah Al Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang jenayah, diantaranya Hudud.

Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.

PAS berijtihad memilih Demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang. Maka proses pelaksanaan undang � undang termasuk Hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihanraya lalu. Undang � undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal-jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja, sama sekali tidak untuk bukan Islam. PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi. DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas. 

Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum Tahaluf Siyasi dalam Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan rakyat seluruhnya.

PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya. Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil. 
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional. Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS. 

Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS



Sent from my BlackBerry®

In:

Iklan pembantu rumah Indonesia untuk dijual heboh di internet

DALAM kehangatan kerajaan Malaysia menjalankan kempen anti pemerdagangan orang, timbul pula iklan kontroversi dengan nich "Indonesian maids now on sale" disebarkan di internet.

Dijangka isu ini akan menjadi kecoh dalam satu dua hari ini. Isu ini juga sudah mula timbul di laman sesawang berita dan portal-portal berpengaruh Indonesia. Iklan ini menerima bantahan kerana memperlakukan pembantu rumah Indonesia seolah-olah seperti barang dagangan.



Pagi ini salah seorang pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di twitter milik beliau telah mempersoalkan tentang iklan ini. Anwar dalam reaksinya melalui twitter berjanji akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen.

Nampaknya tidak susah untuk mengesan individu yang disifatkan biadap di dalam aktiviti pemerdagangan orang ini kerana nombor telefonnya tercatat pada iklan yang dipaparkan.

Dijangkakan protes anti Malaysia seperti yang pernah berlaku sebelum ini akan kembali berulang gara-gara iklan kontroversi ini.

ReJaM� "Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia sekali lagi dicabar "

In:

Cara kerja BN mahu banyak kontrak bukan tolong orang kata MB Selangor


MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas laporan akhbar yang mengatakan paras air di terusan air Sungai Sireh yang sedang menyusut.

Menurutnya, kerajaan persekutuan tidak boleh tipu orang, dan beliau turut mendedahkan bukti foto terbaru menunjukkan paras air sungai sudah melimpah ruah dan difahamkan air sudah lebih dari paras cukup.

Projek Langat 2

Jurutera pakar kerajaan negeri Selangor telah mencadangkan kaedah lebih jimat, iaitu meningkatkan tahap kecekapan dan kapasiti pengeluaran air di 27 loji-loji sedia ada, berbanding pembinaan Projek Langat 2 yang dilihat begitu mahal.

Malah menurut Tan Sri Khalid lagi, merujuk kepada sebuah syarikat pakar daripada Kanada, kos untuk meningkatkan kadar produktiviti loji-loji air sedia ada yang menyamai kadar produktiviti Projek Langat 2 hanya RM750 juta berbanding RM3000 juta untuk melaksanakan Projek Langat 2.

"(perbandingan) RM3000 juta dengan RM750 juta, (lebih baik) saya bagi sumbangan kepada orang ramai" katanya yang melihat Projek Langat 2 sebagai satu pembaziran wang rakyat.

Penapisan air bermembran

Berhubung kenyataan Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang mengatakan cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapisan bermembran sebagai tidak praktikal, Tan Sri Khalid menjemput pakar kerajaan persekutuan untuk bertemu dengan pakar kerajaan negeri untuk diberi taklimat.

"Saya ingat dulu punya cara kerja (BN) dia fikir mahu banyak kontrak, bukan mahu tolong orang" tambahnya lagi.

Sila rujuk video di bawah untuk mendengar dan melihat sendiri penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu air yang sedang hangat disensasikan oleh media-media arus perdana.


Sent from my BlackBerry�

In:

Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.

Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.


Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.



ReJaM� "Chua Soi Lek patut dilantik menjadi Menteri Agama, gantikan Jamil Khir "

In:

Penduduk Kemaman berhimpun bantah Chua Soi Lek hina Hukum Hudud

SALAH seorang sahabat mengirimkan sekeping gambar perhimpunan sekumpulan penduduk di Kemaman membantah penghinaan terhadap Hukum Hudud oleh Chua Soi Lek di perhimpunan agung MCA tempoh hari.

Menurut pengirim, beliau mengambil gambar perhimpunan ini ketika dalam perjalanan pulang kerja, sekitar pukul 6 petang semalam. Penduduk membawa banner dan poster yang mengecam presiden MCA serta Umno yang hanya senyap meskipun penghinaan ini dilakukan di depan batang hidung Najib Razak, presiden Umno.

Di dalam perhimpunan agung MCA tempoh hari, Presiden MCA, Chua Soi Lek menghina Hukum Hudud apabila menyifatkan Hukum Hudud yang dikatakan mampu mencegah rasuah adalah satu pembohongan besar.

Pemimpin MCA yang pernah popular dengan video seks bersama kekasihnya itu turut menyebut, daripada 11 buah negara yang melaksanakan Hukum Hudud, 8 daripadanya diistiharkan sebagai antara negara paling korup, paling tidak selamat dan stabil di dunia.

Penghinaan terhadap Hukum Hudud yang menyentuh sensitiviti serta melukakan perasaan umat Islam seluruh negara itu dilakukan di depan Perdana Menteri Najib Razak yang turut menghadiri perhimpunan tahunan MCA itu.

Tambah mengejutkan, penghinaan terhadap hudud ini disambut dengan laungan hidup MCA! Dan hidup Barian Nasional berulang kali oleh Najib Razak dalam ucapannya selepas itu. Najib juga turut mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk masyarakat cina dalam majlis itu.

ReJaM� "Demi undi cina Najib sanggup jual Islam..."


Sent from my BlackBerry�

In:

Gambar ketika samseng Umno beraksi mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat

SEMALAM kita dapat maklumat bahawa samseng United Malays National Organization, Umno akan mengganas mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat rujuk sini [Samseng].

Seperti yang dijangkakan, memang benar adalah beberapa kerat samseng membuat provokasi dengan membawa sepanduk dan poster buatan sendiri dengan perkataan-perkataan lucah. Bagaimanapun, barangkali kerana gerakan mereka berjaya dihidu lebih awal, maka tiada kejadian tidak diingini.



Kesian, sama ada upah kurang lumayan, atau mereka sendiri malu untuk beraksi tidak dapat dipastikan. Peserta konvoi bersama Anwar Ibrahim dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hanya mampu ketawa melihat gelagat beruk-beruk ini.

Ketika gambar mereka diambil, difahamkan mereka cuba menyembunyikan wajah mereka daripada dirakam.

Sumber gambar [ASD]

Send from my Blackberry�

In:

Banner Program Merdeka Rakyat dikoyak-koyakkan

BANNER program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Anwar Ibrahim dikoyak koyakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Kalau kita lihat, di sebelah banner ini masih tergantung kemas dan tidak diapa-apakan sebuah banner dengan logo 1 Malaysia.

Kita faham, tindakan ini merupakan satu perbuatan sabotaj terhadap program Merdeka Rakyat. Ini berikutan maklumat tentang lokasi, masa dan tarikh program Merdeka Rakyat yang tercatat di atas banner sudah tidak dapat dibaca.

Bila maklumat yang tertulis di atas banner sudah tidak dapat dibaca, maka penggantungan banner ini yang bertujuan mengajak orang ramai menyertai program Merdeka Rakyat menjadi sia-sia.

Maka persoalannya tangan siapakah yang melakukan perbuatan khianat ini?



Sent from my BlackBerry�

In:

Samseng sudah diupah untuk ganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat?

SALAH seorang sahabat hari ini mengirimkan satu mesej ringkas melalui BBM (Blackberry Messengger) mendakwa program jelajah Merdeka Rakyat malam ini dan esok akan diganggu oleh samseng upahan.

Beliau meminta para penyokong Pakatan Rakyat untuk turut serta dalam program tersebut bagi memberikan sokongan.

Maklumat ini tidak dapat disahkan sejauh mana kebenarannya. Namun kalau kita lihat sebelum ini sudah berulang kali program Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato Seri Anwar Ibrahim diganggu oleh kumpulan samseng.

Lihat sajalah kejadian di Melaka sebelum ini. Kumpulan samseng begitu berani melontar cat merah kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat malah perbuatan itu dilakukan di hapadan perisik polis (SB).

Buktinya, semasa kejadian cat dibaling kepada bas Merdeka Rakyat di Melaka, si pelaku tidak ditahan, namun tidak lama kemudian di lokasi yang sama pengiring Anwar Ibrahim ditahan kerana dituduh mengacukan pistol.

Meskipun wajah samseng yang melontarkan cat itu sudah disiarkan dan diketahui identitinya, namun sehingga kini dia masih bebas. Maka jelas sekali tidak mustahil samseng-samseng seperti ini akan bertindak lebih berani selepas ini kerana konco mereka sebelum ini masih bebas.

Lihat video di bawah.


Nampak sangat SB Polis memang awal-awal sudah ada di lokasi tempat kejadian, menyaksikan semua perkara yang berlaku. Namun hanya pengiring Anwar yang ditahan, samseng baling cat merah dibiarkan bebas.

Sent from my BlackBerry�

In:

Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.

Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.

Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.

Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.

Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.

Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.

ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.

Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.

RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno?

Sent from my BlackBerry�









In:

Pesawat batal lagi, para penumpang tersadai di Airport Kota Kinabalu

DIFAHAMKAN, pesawat yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah ke beberapa destinasi dibatalkan lagi penerbangannya semalam. Ramai penumpang yang tersadai di sana.

Menurut koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa yang turut berada di tempat kejadian, beliau terpaksa bermalam di Kota Kinabalu kerana pesawat Air Asia yang dijadual menerbangkannya ke Kuala Lumpur, sekali lagi dibatalkan.

Kos penginapan terpaksa ditanggung sendiri, malah menurutnya pihak Air Asia langsung tidak mempedulikan nasib para penumpang yang menjadi mangsa. Malah seteguk air minuman pun tidak diberikan apatah lagi tempat penginapan.

Ini merupakan kali kedua pembatalan pesawat beliau yang dijadualkan berlepas sebelum Hari Raya Aidil Adha kelmarin. Fariz betul-betul kecewa, sudahlah tidak dapat berhari raya bersama keluarga, terpaksa pula menanggung kos penginapan yang mahal gara-gara pengurusan yang lembab.

Menurut Fariz lagi, beliau terpaksa beratur lebih 2 jam untuk menukar tiket gara-gara penerbangannya kelmarin dibatalkan. Namun semalam penerbangannya sekali lagi dibatalkan.

Kita tunggu khabar berita dari beliau hari ini, adakah pesawat beliau akan dibatalkan lagi atau sebaliknya.


Sent from my BlackBerry�

In:

Gagal pujuk Mak Tom, skandal seks Azmin Ali pula bakal muncul masa terdekat

TENTU anda masih ingat bagaimana sebelum ini, Ummi Hafilda mengheret ibunya Mak Tom, ke kaca televisyen TV3 untuk memburuk-burukkan Azmin Ali Timbalan Presiden KEADILAN.

Di kala seluruh rakyat Malaysia beragama Islam, sanggup bergolok bergadai untuk pulang berhari raya bersama keluarga, Ummi Hafilda sanggup membawa ibunya berhari raya di perantauan, iaitu di sebuah Resort di Melaka semata-mata demi politik murahan.

Bagi yang belum menyaksikan drama ciptaan Ummi Hafilda itu, sila klik sini [Ummi beraya di perantauan].

Sebuah email yang dikirim kepada MiLo SuaM, kali ini mendedahkan bahawa Ummi Hafilda sekali lagi cuba mengheret ibunya ke kaca televisyen untuk memburukkan Azmin sempena Hari Raya Haji bagi menjayakan agenda politik murahannya.

Namun difahamkan, Mak Tom telah menolak kerja gila Ummi Hafilda dan enggan diheret lagi ke kancah politik murahan seperti itu. Maka sebagai gantian, skandal seks Azmin Ali pula yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Di bawah ini email yang dimaksudkan (screenshot).



Pengirim email yang mengaku sebagai salah seorang ahli Umno bahagian Putrajaya itu mendakwa beliau sudah tidak sanggup melihat budaya fitnah dan membunuh sesama Melayu sedangkan India dan Cina semakin bersatu.

Pengirim email yang nampaknya merupakan penyokong tegar Umno ini, meminta MiLo SuaM mendedahkan perancangan United Malays National Organization, Umno untuk mengulangi skandal seks Azmin Ali dalam masa terdekat.

Beliau yang mengaku masih menyokong dan sayangkan Umno berharap skandal seks ini tidak diteruskan sambil menyifatkan Umno yang selama ini diasaskan untuk memperjuangkan hak dan pusaka bangsa sudah rosak dan lari dari perjuangan.

ReJaM� "Rupa-rupanya masih ada penyokong Umno yang pandai menggunakan otaknya... "

In:

Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN

JAWAPAN Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya.

Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda.

Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan.

Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang.

Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:



Proton Saga
Perodua MyVi
Proton Preve
Toyota Vios
Honda City
Harga atas jalan
42,000
56,000
62,000
74,000
85,000
Kadar faedah sewa beli
2.8%
2.8%
2.8%
2.5%
2.5%
Jumlah faedah dibayar
11,760
15,680
17,360
18,500
21,250
% faedah dibayar berbanding harga (termasuk cukai eksais)
28%
28%
28%
25%
25%
Ansuran bulanan
448
597
661
771
885
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
25%
33%
37%
43%
49%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
53%
61%
65%
71%
77%

Harga kereta tanpa cukai eksais

% cukai yang dikenakan
85%
85%
85%
85%
85%
Harga atas jalan tanpa cukai eksais
22,703
30,270
33,514
40,000
45,946
Jumlah faedah dibayar
6,357
8,476
9,384
10,000
11,486
Ansuran bulanan
242
323
357
417
479
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara)
500
500
500
500
500
% ansuran dari gaji purata RM1,800
13%
18%
20%
23%
27%
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800
41%
46%
48%
51%
54%

Penjimatan bulanan (RM)
206
274
304
354
407

(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram)

Berdasarkan perbandingan tersebut:

  Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional
  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448)
  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12%
  Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703

KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama.

Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

25 OKTOBER 2012 


In:

Tuduh PKNS jual aset, Noh Omar tak tahu apa yang dia cakap

SEMENJAK kebelakangan ini Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas Selangor sering keluar di akhbar-akhbar tempatan dengan cerita-cerita lucu.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau sudah terdesak untuk menonjolkan diri sebagai calon Menteri Besar.



Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' (kejahilan) Noh dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potential nilai aset-aset yang dimiliki.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor, hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Bala akan menimpa rakyat Negeri Selangor jika pemimpin sebegini diangkat menjadi Menteri Besar.

ReJaM� "Awal-awal dah tunjuk kejahilan macam mana nak jadi Menteri Besar Selangor?"

In:

Skandal dana RM40 juta, laporan juga dibuat di Bank Negara Malaysia caw. Sabah

KAMI tiba jam 11.30 pagi tetapi dihalang oleh pihak polis pengawal Bank Negara Malaysia, cawangan Sabah kerana tidak mendapat arahan pihak atasan BNM. Selepas 15 minit menunggu, kehadiran anggota polis termasuk SB di BNM cawangan Sabah. 

Selepas menunggu hampir setengah jam kami meminta agar dibenarkan kami untuk masuk menyerahkan laporan. Tetapi tidak dibenarkan dan kami minta agar beritahu kepada pihak pengurusan BNM Cawangan Sabah untuk terima laporan berkaitan isu skandal RM40 juta tersebut yang turut dilakukan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat . 

Dalam jam 12.05 tengahari barulah kami dibenarkan masuk, saya bersama Ervieana Ansari ( Naib Ketua AMK Malaysia ), Datuk Nani Sakam (Setiausaha Biro Strategi KEADILAN sabah) dibenarkan masuk dan menyerahkan laporan rasmi agar siasatan dibuat oleh BNM kepada En. Ishak Musa, Pengurus BNM Cawangan Sabah .

Turut hadir bersama dalam penyerahan tadi selain Pn Ervieana Ansari , Datuk Nani Sakam, juga Datuk Idris Alli ( AJK Biro Strategi KEADILAN Sabah, Jingga 13 Sabah dan teman-teman KEADILAN Kota Kinabalu. 

Fariz Musa
KOORDINATOR JINGGA 13 MALAYSIA


Sent from my BlackBerry�

In:

Gara-gara mahu permit individu, Utusan Malaysia mula burukkan pemandu teksi

SALAH satu tuntutan pemandu teksi kelmarin ialah mahu Rejim Barisan Nasional memberikan permit individu kepada mereka kerana bayaran sewa yang dikenakan kepada pemilik permit terlalu membebankan.

Mana tidaknya, seorang sahaja kroni Umno memiliki berpuluh-puluh permit teksi untuk disewakan dan mengambil untung atas angin apabila menyewakan permit milik mereka kepada pemandu teksi yang bertungkus lumus membanting tulang setiap hari.

Gara-gara tuntutan ini, nampaknya akhbar propaganda Utusan Malaysia milik United Malays National Organization, Umno sudah hilang punca apabila golongan pemandu teksi mengancam akan berkempen untuk Pakatan Rakyat jika tuntutan mereka tidak ditunaikan [Malaysiakini].

Sehari selepas golongan pemandu teksi yang dianggap sebagai "duta kecil" kerajaan itu mengancam mahu berkempen untuk Pakatan Rakyat, Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) mula menyerang golongan itu dengan cara memburuk-burukkan mereka.





Nampaknya Umno dan Barisan Nasional melalui akhbar rasmi milik mereka sudah mengistiharkan perang kepada golongan pemandu teksi. Ini merupakan berita baik untuk Pakatan Rakyat.

Ini juga merupakan petanda bahawa tuntutan golongan pemandu teksi tidak akan dilayan oleh Rejim Barisan Nasional. Faham sajalah, permit teksi yang dipegang oleh kroni-kroni Umno merupakan sumber "untung atas angin" mereka.


ReJaM� "Kini golongan pemandu teksi pula akan membenci Umno dan Barisan Nasional... "