Posted by
Hamzah
In:
Skim graduan beli kereta lebih membebankan orang muda - KEADILAN
JAWAPAN Dato' Mustapha Mohamad bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan cukai eksais sudah dijangkakan. Namun, kenyataan beliau di Dewan Rakyat semalam bahawa skim-skim pembiayaan yang ditawarkan kepada graduan dan siswazah boleh membantu meringankan bebanan harga kereta yang mahal memberi gambaran yang salah dan berbahaya.
Institusi kewangan di Malaysia memang menawarkan pakej pembiayaan kereta tanpa sebarang cagaran untuk tempoh 10 tahun, khusus untuk graduan baru dan siswazah yang masih menuntut. KEADILAN berpendapat bahawa langkah ini sebenarnya menambah keberhutangan rakyat Malaysia dari umur yang begitu muda.
Masalah pokok bebanan bayaran ansuran kereta yang tinggi adalah cukai eksais dan cukai-cukai lain yang dikenakan sehingga mencecah 100%. Kaedah pencukaian secara sembunyi yang digunapakai Umno/Barisan Nasional selama ini menyebabkan rakyat terpaksa berhutang dalam tempoh masa yang panjang untuk membayar cukai kepada kerajaan.
Memanjangkan tempoh pinjaman untuk memberikan gambaran bahawa harga kereta lebih murah adalah satu langkah tidak menyelesaikan masalah, malah makin membebankan kerana terpaksa membayar faedah bagi tempoh yang lebih panjang.
Perbandingan berikut yang dibuat bagi 5 kereta utama yang sering dibeli oleh golongan muda menunjukkan perbezaan di antara cadangan Pakatan Rakyat yang menurunkan harga dengan menghapuskan cukai dan reaksi Barisan Nasional yang memanjangkan tempoh berhutang:
Proton Saga | Perodua MyVi | Proton Preve | Toyota Vios | Honda City | |
Harga atas jalan | 42,000 | 56,000 | 62,000 | 74,000 | 85,000 |
Kadar faedah sewa beli | 2.8% | 2.8% | 2.8% | 2.5% | 2.5% |
Jumlah faedah dibayar | 11,760 | 15,680 | 17,360 | 18,500 | 21,250 |
% faedah dibayar berbanding harga (termasuk cukai eksais) | 28% | 28% | 28% | 25% | 25% |
Ansuran bulanan | 448 | 597 | 661 | 771 | 885 |
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara) | 500 | 500 | 500 | 500 | 500 |
% ansuran dari gaji purata RM1,800 | 25% | 33% | 37% | 43% | 49% |
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800 | 53% | 61% | 65% | 71% | 77% |
Harga kereta tanpa cukai eksais | |||||
% cukai yang dikenakan | 85% | 85% | 85% | 85% | 85% |
Harga atas jalan tanpa cukai eksais | 22,703 | 30,270 | 33,514 | 40,000 | 45,946 |
Jumlah faedah dibayar | 6,357 | 8,476 | 9,384 | 10,000 | 11,486 |
Ansuran bulanan | 242 | 323 | 357 | 417 | 479 |
Anggaran kos purata kereta bulanan (minyak, senggara) | 500 | 500 | 500 | 500 | 500 |
% ansuran dari gaji purata RM1,800 | 13% | 18% | 20% | 23% | 27% |
% tanggungan (ansuran dan kos kereta) dari gaji purata RM1,800 | 41% | 46% | 48% | 51% | 54% |
Penjimatan bulanan (RM) | 206 | 274 | 304 | 354 | 407 |
(Perbandingan dibuat berdasarkan gaji purata RM1,800, pinjaman 10 tahun tanpa cengkeram)
Berdasarkan perbandingan tersebut:
� Graduan muda terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya separuh dari gaji (53%) untuk menanggung ansuran kereta dan kos kereta, dibawah dasar kereta Umno/Barisan Nasional
� Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda menjimatkan 50% dari bayaran ansuran kereta yang ditanggung berbanding sekarang (contoh: Proton Saga ansuran RM242 berbanding ansuran RM448)
� Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, graduan muda berpendapatan RM1,800 sebulan paling kurang akan menjimatkan RM206 sebulan, bersamaan dengan kenaikan gaji 12%
� Jika cukai eksais dihapuskan sepenuhnya, harga Proton Saga hanyalah RM22,703
KEADILAN tetap dengan pendirian bahawa menghapuskan cukai eksais adalah cara terbaik mengurangkan beban orang muda di samping menambahbaik industri automotif Malaysia, bukannya dengan menggalakkan orang muda berhutang dengan lebih lama.
Jawapan Dato' Mustapha Mohamad hanyalah alasan tanpa memberi sebab sebenar kenapa Umno/Barisan Nasional menolak cadangan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 OKTOBER 2012
Posted on
undefined
undefined -
0 Comments
This entry was posted on 03:08 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment