LAPORAN Polis akan dibuat oleh Jingga 13 terhadap Dato Seri Najib Razak, Dato Seri Panglima Musa Aman, Micheal Chia dan Umno Sabah berkaitan penyeludupan wang haram RM40 juta, untuk Umno Sabah.



Tarikh : 16 Okt, 2012

Masa : 2.30 ptg ,

Tempat: Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.



Jingga13 dengan segala hormatnya menjemput semua media untuk membuat liputan.



Terima kasih



Fariz Musa

Ketua koordinator Jingga13 Malaysia



Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan laporan hasil siasatan SPRM oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Nazri Aziz di parlimen bahawa wang RM40 juta yang diseludup masuk ke negara ini dari Hong Kong adalah untuk Umno Sabah.



Najib Razak pula dalam satu kenyataannya di akhbar tempatan menyebut bahawa ia merupakan "sumbangan politik". Persoalannya di sini, adakah dana asing seludup dibawa masuk ke negara ini tidak menyalahi undang-undang dengan alasan ia sebagai sumbangan politik?







Sent from my BlackBerry®