PORTAL berita berpengaruh antarabangsa Associated Press, AP dikritik hebat gara-gara menyiarkan gambar yang didakwa menghina calon presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney.

Gambar calon presiden yang sedang membongkok sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak yang sedang ternganga di belakangnya menjadi topik hangat dibualkan di internet terutama dalam forum-forum terkenal dan laman sosial facebook.



Gambar itu diambil ketika lawatan Romney ke salah sebuah sekolah rendah di dalam kempennya bagi menghadapi pilihanraya presiden di Fairfield Elementary School.

foxnews.com memetik kenyataan pensyarah senior daripada Penn State's College of Communications melaporkan:

"Di dalam foto ini, selain ia kelihatan lucu, AP tentu sekali sedar apa yang difikirkan oleh pembaca. Ia bukan satu berita yang sah. AP tahu pembaca akan tergelak dan membayangkan apa yang dilihat oleh kanak-kanak itu, dan ia membuatkan Romney kelihatan bodoh"

foxnews.com turut memetik kenyataan Stephen Ward, Pengarah Center for Journalism Ethics daripada University of Wisconsin-Madison yang berpendapat foto tersebut tidaklah begitu keterlaluan namun menyedari ia terdedah kepada eksploitasi.

Setengah pihak pula dikatakan ada yang melemparkan tuduhan bahawa ini merupakan taktik kotor penyandang jawatan Presiden Amerika, Barack Obama di dalam menjatuhkan kredibiliti lawannya menjelang pemilihan presiden tidak lama lagi.

ReJaM� "Apa pun ia jauh lebih baik daripada media di Malaysia yang sanggup menyiarkan video dan gambar lucah untuk meraih sokongan rakyat... "