right_side
Powered by Blogger.

Blog Archive

In:

Suasana di tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, Parit Raja BatuPahat

PADA pukul 11 pagi tadi, ReJaM sempat singgah di Tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat, Johor di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Para petugas sedang sibuk menyiapkan pentas ceramah di Tapak Himpunan kebangkitan Rakyat Johor, yang dianjurkan di sebuah dataran di depan restoran McDonald Parit Raja Batu Pahat.

Keadaan di tapak perhimpunan masih lengang kerana perhimpunan dijadualkan bermula pada petang nanti. Jangan lupa ajak kawan-kawan sahabat handai turun ke Parit Raja mulai petang ini. Hasut rakan-rakan, ahli keluarga dan sahabat handai tumbangkan Barisan Nasional Johor!







In:

Politik ketakutan lawan politik harapan - Nurul Izzah

KENYATAAN DS Shahrizat Jalil yang, serupa apa disebut Tun Dr Mahathir,

berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi

hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang

pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya

mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.



Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika

Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara

hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik

dan punyai keinginan kuat untuk berubah.



Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui

proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa

sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan

mengulangi kata-kata Dato' Ambiga Sreenevasan: "Kami mahu perubahan

melalui peti undi, jika perubahan tiba."



PAU UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik

Ketakutan yang dijulang UMNO dan Politik Harapan yang diperjuang

Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara

untuk membuktikan UMNO tidak takut mahupun panik dalam hari-hari

menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden UMNO berdebat dengan Dato'

Seri Anwar Ibrahim.



Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN

Sent from my BlackBerry®

In:

Kosmo didakwa fitnah dan aibkan arwah seorang gadis

PORTAL Kosmo, menyiarkan kisah seorang gadis remaja berumur 16 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tujuh apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan apabila menyelinap keluar dari tingkap biliknya kerana terdesak untuk bertemu kekasih rujuk sini [kosmo].

Laporan itu turut menghiasi muka depan akhbar Kosmo versi cetak beberapa hari lalu. Kita faham sangat Kosmo sengaja mencanangkan kisah ini untuk melariskan jualan bagi mengimbangi kejatuhan teruk jualan Utusan Malaysia yang sering kali kalah saman di mahkamah kerana kerap memfitnah akibat kejatuhan kredibilitinya.



Bagaimanapun seorang sahabat baik arwah gadis tersebut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap laporan Kosmo itu yang didakwa sebagai satu fitnah dan cuba mengaibkan arwah sahabatnya itu.

Beliau meluahkan perkara itu di halaman twitter miliknya dan turut menyifatkan dua wartawan yang melaporkan berita itu, NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI sebagai tidak guna.

Gara-gara berita yang disiarkan Kosmo yang juga merupakan anak syarikat Utusan Malaysia, arwah menjadi bahan kutukan dan umpatan orang ramai yang percaya dengan berita tersebut.




Sumber yang ReJaM� terima memaklumkan sebenarnya wartawan daripada Kosmo ini tidak dapat masuk ke rumah didiami arwah untuk menemuramah keluarganya. Namun mereka membuat kesimpulan sendiri tentang kematian Siti Khadijah Binti Muhammad.

ReJaM� "Apa nak hairan, adik beradik Utusan Syaitan"

In:

Prestasi kerajaan Negeri Sembilan lemah, tapi MB dapat anugerah

PENGANUGERAHAN Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat kepada Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) semalam menimbulkan pelbagai tanda tanya.



Penganugerahan tersebut kelihatan agak janggal jika dibandingkan dengan prestasi beliau mentadbir Negeri Sembilan terutama dalam sudut ekonomi negeri.



Sebagai contoh, jika diteliti pada tahun 2010, kerajaan Negeri Sembilan memiliki 'aset' berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma tinggal RM590,000 sahaja.



Lebih jelas lagi, pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99 juta menurun dengan serius kepada RM280.11 juta pada 2011.



Lebih malang, apabila peruntukan yang diberikan untuk Hal Ehwal Agama Islam menurun dari RM7.15 juta pada tahun 2010 kepada RM5.63 juta pada 2011. Selain itu, peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah kerajaan negeri dari RM85 juta berkurangan kepada RM82.49 juta.



Kita bukan mahu menafikan penganugerahan itu, tetapi kita risau sekiranya penganugerahan tersebut berunsur politik. Iaitu menjadi satu alat untuk beliau menarik sokongan rakyat kepada beliau seterusnya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar. Di samping cuba menyingkirkan pesaing-pesaing dari kalangan pimpinan UMNO Negeri Sembilan.





Nor Azman Mohamad

Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan







Sent from my BlackBerry®

In:

Peta laluan peserta jalan kaki anti-Lynas dari Kuantan ke Kuala Lumpur

BAGI sahabat yang ingin menyertai program jalan kaki bersama peserta-peserta anti-Lynas berikut jadual perjalanan serta laluan yang akan dilalui oleh mereka. Jemput hadir beramai-ramai.

Jumaat:

8 pagi: Bertolak dari Balai Polis Bukit Tinggi
10 pagi: Sampai di Genting Sempah
4 ptg: Sampai di Taman Rimba
Orang ramai sila bawa khemah sendiri untuk bermalam

Sabtu:
8 pagi: Bertolak dari Taman Rimba
2 ptg: Titik Perhimpunan - Toll Gombak (Jom Datang Ramai-ramai)
3 ptg: Bertolak dari Toll Gombak ke Taman Melewar

Ahad:
8 pagi: Bertolak dari Taman Melewar ke Kampung Railway
Kita akan makan petang di Kampung Railway. Orang Ramai diminta sedia bekalan sendiri
2 ptg: Bertolak dari Kampung Railway.
Titik-titik perhimpunan:
2:00ptg - Sentul KTM Station
2:30ptg - Titiwangsa Monorail Station
3:00ptg - Maju Junction/Wisma LLG
Destinasi:
4:00ptg - Dataran Merdeka









In:

Jingga 13 selar Adun Umno keluar kenyataan seksis dan lucah

JINGGA 13 Selar ADUN UMNO hambur kenyataan 'seksis dan lucah' bukti pemikiran kotor dan melampau



ADUN Batang Kali Datuk Mohd Isa Abu Kassim ternyata tidak layak menjadi wakil rakyat apabila menghamburkan kenyataan yang bersifat 'seksis dan lucah' terhadap YB Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong di dalam dewan persidangan DUN Selangor malah ternyata bersifat menghina dan melampau .



Inikah sikap sebenar seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang memiliki mentaliti kotor dan songsang yang dipilih oleh rakyat untuk berada dalam dewan yang mulia ? Para wanita wajar menolak ADUN UMNO yang jelas menghina dan berfikiran lucah serta sempit.



JINGGA 13 mendesak agar Datuk Mohd. Isa Abu Kassim dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan dengan segera dan mengantung beliau di atas sikap tidak profesional, seksis dan lucah .



Tindakan tegas juga wajar diambil terhadap kenyataan yang ternyata bertujuan mengaibkan YB Elizabeth Wong secara terbuka dengan sesuatu yang tidak masuk akal sebagai seorang ADUN.



JINGGA 13 menyeru seluruh wanita di Malaysia khusunya wanita negeri Selangor mengambil pendirian menolak wakil-wakil rakyat UMNOBN dalam PRU 13 yang ternyata tidak menghormati golongan wanita.



MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI



AFY ADRIAMIE BINTI SAHARUDIN

Tinbalan Setiausaha 2

JINGGA13

Sent from my BlackBerry®

In:

Khabar dari rombongan jalan kaki anti Lynas Kuantan - Kuala Lumpur (300km)

ROMBONGAN pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur (bangunan parlimen) telah mula berjalan pada 13 November 2012 sebagai membantah operasi kilang Lynas.

Mereka akan melengkapkan perjalanan sejauh kira-kira 300 km, dari Kuantan, Pahang sehingga ke Kuala Lumpur secara berjalan kaki beramai-ramai. Perjalanan ini dijangka akan berakhir di Bangunan Parlimen.

Berikut maklumat tentang perjalanan yang telah dilalui sebelum ini meredah hujan, panas sepanjang perjalanan menunjukkan soladiriti dan kesungguhan rakyat membantah operasi kilang Lynas.

13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km

Rakyat Malaysia pelbagai bangsa sanggup berjalan beratus kilometer demi membantah operasi Kilang nadir bumi Lynas, adakah Rejim Barisan Nasional akan mendengar bantahan ini?

















In:

PAS Negeri Sembilan gesa kaji PBS, jangan bebankan guru

PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya.
 
Pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya.
 
Gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
 
Sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat 'market-drive' dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit.
 
Sebagai contoh, dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar ketika mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja.
 
PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011 hanya berdasarkan penilaian kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini mendapat bantahan daripada guru keraja segala tanggungjawab berkenaan peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek seperti menggubal soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru yang mengajar.
 
Saya menyeru supaya penstrukturan semula perlu dibuat dengan kadar segera bagi meningkatkan kembali mutu pendidikan negara dari terus dimanipulasikan dengan pelbagai dasar yang tidak menguntungkan.
 
PAS komited dalam memperjuangkan agenda menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap kredibiliti dan profesionalisme amnya.
 
Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan


Sent from my BlackBerry�

In:

Gara-gara tak pandai baca jawi, fitnah penyokong Umno terkantoi di situ

SALAH seorang dipercayai penyokong kuat United Malays No Otak, Umno dengan berbekalkan sebuah badge cuba memperlekehkan para perwakilan Parti Islam, PAS pada Muktamar PAS ke 58 tempoh hari melalui akaun facebook miliknya.

Menurutnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perwakilan PAS pada Muktamar yang lalu dengan membeli �Button� (badge) yang berharga RM5 ke RM10 dan dengan pembelian tersebut seseorang itu bebas berada dalam dewan sebagai perwakilan yang sah.

Oleh itu menurutnya lagi Ahli PAS sepatutnya merasa malu kerana sesiapa sahaja termasuk dirinya boleh menjadi perwakilan yang sah dalam muktamar PAS, dengan hanya membayar RM5 hingga RM10 pembelian"button".



Rupa-rupanya penyokong kuat Umno ini tidak pandai membaca tulisan jawi. Badge yang ditunjuk olehnya sebenarnya bertulis "pemerhati" bukannya "perwakilan". Tentu sekali siapa sahaja boleh menjadi pemerhati bebas di dalam muktamar PAS dengan membeli badge ini.



Inilah hasil pemansuhan tulisan jawi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.  Perlahan-lahan orang Melayu yang lantang berkokok membela Islam, membela Melayu, tapi baca tulisan jawi pun tak pandai.

Kalau baca perkataan pendek bertulisan jawi seperti ini pun sudah "failed" apa lagi nak baca Al-Quran?

ReJaM� "Buta huruf pun pandai nak sebar fitnah kah kah kah.... "

Sumber gambar: [ASD]

In:

Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat

BARANGKALI anda pernah melihat kenderaan berwarna jingga dengan logo Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ ini di jalan-jalan dan lebuhraya di seluruh Malaysia. ReJaM� sendiri pun tertipu menyangka kenderaan ini adalah kenderaan rasmi JPJ.

Buat pengetahuan anda, ini sebenarnya kenderaan kontraktor perompak rakyat yang terlibat di dalam melaksanakan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) melalui kamera-kamera automatik yang dipasang di tepi-tepi jalan.



Bagaimanapun, hari ini Ahli Parlimen Parti Islam, PAS saudara Mahfuz Omar telah membuat laporan polis berhubung penyamaran ini. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi.

Mereka membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya menggunakan warna dan logo JPJ.

Di bawah ini salah satu gambar bukti penyamaran kontraktor AES yang berjaya dirakamkan dan dijadikan bukti untuk laporan Polis.


Sudahlah rompak duit rakyat, menyamar pula seperti pihak berkuasa JPJ, betul-betul ikut perangai syaitan yang dikenali.

ReJaM� "6 hari lagi anak muda akan tumbangkan semua kamera AES seluruh Selangor! "

In:

Pelakon Azhar Sulaiman mengaku telah murtad di facebook

PELAKON Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau.

Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau.

Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.



Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.

ReJaM� "Hebat penangan fitnah Utusan, sampai ada yang mengaku telah murtad..."

In:

Malaysia negara ke lapan paling bahagia cerita bohong Ketua Polis Negara?

UTUSAN Malaysia akhbar propaganda milik Umno, mencanangkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Negara Malaysia merupakan negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian World Happiness Report.

Kononnya negara Malaysia berjaya mengalahkan negara-negara maju di dunia sebagai negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh World Happiness Report yang diterbitkan oleh Universiti Colombia [Sumber].



Boleh percaya ke penilaian yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara ini? Cuba anda perhatikan pula laporan portal berita dunia CNN tentang laporan The Happiness Report bertarikh 3 Oktober 2012 di bawah ini. Laporan ini masih baru dan terkini tidak sampai pun sebulan yang lalu.



Kalau kita lihat laporan portal berita dunia, CNN menunjukkan negara-negara membangun mengatasi negara-negara maju sebagai negara paling bahagia di dunia. Namun Malaysia tiada pun dalam senarai sepuluh negara paling bahagia.

Dalam penilaian yang disiarkan oleh CNN, tangga ke 8 sebagai negara paling bahagia di dunia adalah Nicaragua, bukannya Malaysia.



Sila rujuk sendiri portal CNN, klik sini [CNN]. Hasil penilaian yang dilaporkan oleh CNN nampaknya berlainan dengan sumber rujukan Ketua Polis Negara iaitu bersumberkan laporan yang dikeluarkan oleh Universiti Colombia.

Dua kajian dengan tujuan yang sama, dengan jangka masa yang sama namun memberikan keputusan yang jauh berbeza bolehkah dijadikan sebagai ukuran sebenar tahap kebahagiaan sesebuah negara?

Lihat juga satu lagi penilaian di bawah ini yang menunjukkan Malaysia di tangga ke #84 sebagai negara paling bahagia di dunia daripada 150 buah negara yang dinilai [Sumber]. Jadi kita nak percaya yang mana?




ReJaM� "Kajian gua Malaysia negara ke 8 paling tidak bahagia kah kah kah... "

In:

Bukti minyak sawit mentah negara dijual kepada syarikat Israel

BUKTI penjualan Minyak Sawit Mentah, MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendedahkan salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.



Menurut Mazlan Aliman, perkara ini berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar dikuasai oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga berketurunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini telah dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitam bermula, minyak sawit mentah mula dijual kepada syarikat Israel!

Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini. Pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawit daripada hasil negara kepada Israel!


ReJaM� "Ini akibatnya bila pemimpin hipokrit dibiarkan mentadbir negara "

Sumber: [Mazlan Aliman]

In:

Pendirian Mahasiswa terhadap serangan Israel di Gaza

GAZA dan Palestin terus diserang, selepas serangan demi serangan berlangsung sejak 1948 sehingga kembali meletus sejak Rabu (14 Nov.) lepas. Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan ini terus rakus bertindak di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa demi menjayakan agenda pembentukan wilayah Israel raya. Amerika Syarikat (AS) pasti sekali. bersekutu dan berkerjasama dalam hal ini demi memastikan kepentingannya terpelihara. 

Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan HAMAS di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.

Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 miles persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.

Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu. Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.

Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia. Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif. PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "...hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya...". Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.

InsyaAllah, GAMIS dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif. Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini GAMIS akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula GAMIS bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.

Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, GAMIS yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini. GAMIS menyokong penuh perjuangan HAMAS dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. HAMAS dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar.


AZAN SAFAR
Presiden GAMIS
(Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia)


Sent from my BlackBerry®

In:

Pakatan Rakyat tawan putrajaya, siapa paling layak jadi PM?

TERBARU, seakan ada sedikit pergeseran atau polemik berhubung jawatan Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya. Ada yang mencadangkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia nanti.

Usul atau cadangan melantik Presiden PAS sebagai perdana menteri muncul dalam muktamar tahunan Parti Islam, PAS yang ke 58 di Kelantan baru-baru ini. Jika sebelum ini, umum mengetahui bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sering disebut-sebut sebagai PM daripada Pakatan Rakyat.

Suka ReJaM� untuk berikan pendapat peribadi dalam hal ini. Kita perlu realistik di dalam memilih perdana menteri bagi memikul amanah mentadbir negara ini. Jawatan perdana menteri satu tugas yang berat, tugas yang harus diberikan kepada pemimpin yang benar-benar layak.

Sebelum melangkah naik ke jawatan paling tinggi dalam negara, iaitu jawatan perdana menteri, seorang pemimpin itu mesti memegang jawatan menteri-menteri lain bagi menimba pengalaman dan diuji kebolehannya.

Seorang pemimpin mesti menimba pengalaman terlebih dahulu tentang selok belok, dan sepak terajang pentadbiran dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah, seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

Kalau kita lihat Kementerian Pendidikan boleh dianggap ujian terakhir sebelum seseorang pemimpin layak dicadangkan untuk memegang jawatan perdana menteri. Ini kerana kementerian pendidikan adalah kementerian paling besar dan jawatan menteri pendidikan adalah jawatan paling mencabar kerana perlu mentadbir setiap sekolah yang ada di setiap ceruk pelusuk negara, setiap kampung, daerah, dan negeri dari Perlis sampailah ke Sabah.

Selepas menimba pengalaman dalam kementerian-kementerian yang lebih rendah barulah seorang pemimpin itu layak ke jawatan timbalan perdana menteri sekaligus melalui satu lagi sepak terajang pentadbiran negara secara keseluruhan di samping menunggu masa kekosongan jawatan nombor satu negara.

Dalam Pakatan Rakyat, hanya Anwar Ibrahim satu-satunya pemimpin yang sudah melepasi semua ujian yang disebutkan di atas malah beliau merupakan seorang timbalan perdana menteri sebelum dipecat dengan zalim oleh Mahathir.

Maka pendapat ReJaM� secara peribadi, Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling layak dibebankan dengan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Malaysia. Kelak beliau jugalah yang harus mendidik pemimpin pelapis untuk memegang jawatan itu bagi menggantikannya.

Menyerahkan tugas kepada orang yang benar-benar layak adalah satu tanggung jawab. Apa pula kata anda?

Sent from my BlackBerry�

In:

Serang PKNS, Noh Omar menipu lagi

MENTERI Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. 

Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat. 

Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra. 

Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu. 

Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS. 

Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa. 

Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun. 

Dengan bantuan juak-juak Umno di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. 

Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut. 

Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai. 

Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut. 

Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS. 

Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung. 

Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat. 

PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat. 

Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu. 

Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan. 

Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu. 

Apa yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat. 

Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan"

(Al-Hujurat:6)

In:

Lori kempen Barisan Nasional tiru Pakatan Rakyat

JIKA benar gambar ini, nampak sangat Barisan Nasional hanya dipenuhi dengan pimpinan yang berotak kosong. Tiada idea, hanya pandai cakap bergegar-gegar, tapi tak mampu menghasilkan idea yang baik.

Mana tidaknya, sampaikan strategi kempen untuk pilihanraya pun mereka terpaksa meniru daripada Pakatan Rakyat. Lihat gambar di bawah, Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim guna lori, treler dan bas untuk kempen pilihanraya melalui program Jelajah Merdeka Rakyat mereka pun nak juga.

Mereka gunakan lori aiskrim sebagai pentas ceramah kah kah kah...



Ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat maju ke hadapan, energetik dan fresh. Memiliki idea-idea yang bernas untuk membangunkan negara. Sedangkan pimpinan BN hanya pandai bercakap dan meniru idea orang lain.

Tidak hairanlah bila idea-idea bernas seperti mansuhkan tol, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain diusulkan kepada pemimpin Barisan Nasional, maka jawapan yang biasa kita dengar adalah "Negara akan bangkrap"

ReJaM� "Pemimpin tak ada idea sebenarnya yang akan bangkrapkan negara... "

Sumber gambar: Batuvskayu

In:

DAP kecam serangan Israel ke atas Gaza, Najib buat bodoh

DAP mengecam serangan Israel ke atas Gaza dan menggesa Wisma Putra menyampaikan bantahan diplomatik selain menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat membantu menghentikan keganasan dengan segera.



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ramai lagi insan tidak bersalah akan terkorban jika keganasan ini berterusan.

"DAP mengecam penggunaan taktik keganasan, khususnya oleh negara Israel yang mempunyai kelebihan ketenteraan yang jauh lebih dasyat," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dato Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan ringkasnya di twitter semalam turut mengutuk tindakan Israel menyerang Palestin semalam rujuk sini [Anwar kutuk Israel].

DAP yang dilabelkan sebagai anti-Islam oleh United Malays National Organization, Umno pun hari ini sudah mengeluarkan kenyataan terbuka mengecam Israel.

Namun sehingga kini Najib Razak sebagai Perdana Menteri nampaknya tidak sensitif langsung dengan penderitaan saudara Islam kita di Palestin. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan atau kecaman terhadap Israel di laman twitter beliau.


ReJaM� "Yahudi APCO tak bagi kutuk Israel ke Najib? "

In:

Risalah burukkan Nurul Izzah disebarkan di masjid-masjid

NAMPAKNYA Nurul Izzah kini terus menjadi sasaran gerombolan United Malays No Otak, Umno. Seperti yang kita sedia maklum, apa sahaja isu yang mempunyai unsur 3R (Race, Religion, dan Royal) akan digunakan sehabis mungkin untuk menaikkan kemarahan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Isu yang mempunyai elemen bangsa, agama dan raja akan diputar siang malam pagi petang di media-media arus perdana untuk menaikkan kemarahan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat. Sepotong ayat daripada Nurul Izzah diputar belit pagi petang siang dan malam.

Mereka mahu orang Melayu percaya Nurul Izzah yang juga merupakan salah seorang pimpinan utama Pakatan Rakyat menyokong murtad. Terbaru, risalah kononnya Nurul Izzah menyokong murtad diedarkan di masjid-masjid.





Sumber gambar [ASD]

Ini zaman teknologi maklumat, ini zaman maklumat pantas di hujung jari. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan sentimen agama seperti ini.

Cuba anda lihat kenyataan Presiden Umno, Abdullah Badawi yang disiarkan oleh portal berita Channelnewsasia di bawah ini yang terang-terangan membenarkan umat Islam murtad.

Abdullah Badawi mengesahkan bahawa umat Islam boleh meninggalkan Islam namun mesti membawakan perkara itu kepada pihak berkuasa - [CNA]



Semasa presiden Umno ini mengeluarkan kenyataan membenarkan umat Islam murtad, semua pimpinan Umno bersetuju, seekor pun tiada yang membantah. Tapi bila Nurul Izzah kenyataannya diputar belit, heboh riuh rendah media arus perdana mainkan sentimen agama ini.

ReJaM� "Propaganda bodoh untuk orang-orang bodoh... "

In: ,

Samseng upahan bersenjatakan parang ditahan dalam ceramah Merdeka Rakyat

SEBELUM ini kita pernah dedahkan bagaimana seorang samseng yang cuba mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi berjaya ditangkap rujuk sini [samseng upahan].

Maklumat daripada petugas yang terlibat menjayakan program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam pada 1 November lalu mendedahkan satu kejadian tangkapan seorang samseng upahan yang cuba mengganggu program Jelajah Merdeka Rakyat tersebut.

Menurut petugas, samseng upahan dengan gaya Mat Rempit yang bersenjatakan parang di pinggangnya itu dipercayai telah diupah untuk membaling cat pada Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang dinaikki oleh Anwar Ibrahim.



Bagaimanapun, samseng itu berjaya ditahan sebelum dia berjaya melakukan perkara buruk. Parang miliknya telah dirampas, selain itu penduduk tempatan mengesahkan sangat mengenali pemuda ini yang merupakan penyokong kuat Umno.

Lihat sendiri rakaman video di bawah kejadian saat samseng upahan ini ditahan oleh para petugas ketika Anwar Ibrahim sedang berucap dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di Sabak Bernam tempoh hari.


Ada penduduk Sabak Bernam di sini? Jika ada mungkin korang kenal dengan samseng yang dipaparkan dalam video di atas. Bolehlah tanya dia berapa banyak upah yang dia ambil daripada Umno untuk mengganggu ceramah Anwar Ibrahim.


ReJaM� "Politik samseng dan Umno bagaikan tahi dan kentut... "

In:

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan istihar harta peribadi

KETUA Dewan Pemuda Parti Islam, PAS mengambil langkah pertama mengumumkan harta peribadi miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat semalam.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut, Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang" ucap beliau memulakan pengistiharan hartanya.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-Allah selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Nasrudin turut menyebut jumlah simpanan wang miliknya di dalam bank berjumlah RM9,000 sahaja. Saksikan video di bawah.


ReJaM� "Beranikah pimpinan Umno mengistiharkan harta mereka? "

In:

Jingga 13 desak Umno/BN hentikan hubungan dagang dengan Zionist Israel

SEWAKTU seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 hijrah , seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zoinis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh .

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya' tersebut , melakukan kezaliman , membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak , orang tua dan wanita .

Amerika Syarikat sebagai sekutu besar Zionis Israel terus memberikan sokongan dan merestui terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka dan terbukti Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru dilantik sepenggal lagi telah gagal dan bersekongkol dengan Zionis Israel terhadap serangan yang berlaku di Tebing Gaza tersebut. Adalah amat mustahil sekiranya White House tidak mengetahui langsung misi pembunuhan tersebut.

Kerajaan UMNOBN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam hubungan perdagangan bersama Zionis Israel , termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO adalah membuktikan sikap sebenar pimpinan UMNOBN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

JINGGA 13 mendesak agar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kuasa dalam negara ini menghentikan segala hubungan perdagangan , nasihat dan persahabatan dengan Zionis Israel.

Sikap hipokrasi Kerajaan UMNOBN dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestine tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan 'peluru' kepada tentera Zionis Israel untuk membunuh umat Palastine melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif sepertimana yang pernah JINGGA 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di Westport,Pelabuhan Klang .

Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan UMNOBN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi 'penjilat' kepada Zionis Israel.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia



Sent from my BlackBerry®

In:

Gabungan Mahasiswa Islam kecam serangan Israel ke atas Gaza

TINDAKAN biadap Israel ke atas umat Islam terus berlanjutan dan semakin keterlaluan. Serangan udara yang dilakukan ke atas Semenanjung Gaza semalam sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 9 orang termasuk ketua sayap tentera HAMAS, serta pengisytiharan secara rasmi dan terbuka oleh Israel Defense Force (IDF) untuk terus melakukan serangan ke atas Gaza, juga mendapat izin dari US. 



Lebih malang lagi, kenyataan angkuh yang dibuat oleh jurucakap IDF menyatakan bahawa serangan tersebut adalah bertujuan untuk menyelamatkan warga Israel dan membasmi pengganas adalah merujuk kepada HAMAS.



Dalam hal ini, US pasti tidak akan membantah tindakan Israel kerana Israel dan minyak adalah dua rukun untuk US terus kekal sebagai kuasa besar dunia.



Berkenaan dengan isu ini, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) :



1. Mendesak Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab segera bersidang bagi mencari penyelesaian segera.



2. Mendesak Wisma Putra segera menyatakan pendirian rasmi dan mengambil tindakan yang lebih tegas bagi memberi tekanan kepada Israel.



3. Gamis dengan proaktif menganjurkan demonstrasi aman di hadapan Kedutaan US pada hari esok, Jumaat, pada jam 2 petang di hadapan SOGO Kuala Lumpur sebagai membantah tindakan Israel dan sikap US dalam isu ini.



Justerus, GAMIS menyeru kepada seluruh umat Islam dan masyarakat Malaysia yang prihatin untuk hadir ke himpunan aman esok. Isu kekejaman terhadap rakyat Palestin bukan sahaja isu umat Islam tapi isu kemanusiaan juga. 



Muhamad Azan Safar



Presiden

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)







Sent from my BlackBerry®

In:

Keganasan Israel terhadap Palestin Harus dikutuk - Anwar Ibrahim

BARU sebentar tadi terbaca tweet daripada Dato Seri Anwar Ibrahim melalui akaun twitternya menulis secara terbuka "Keganasan Israel terhadap Palestin harus dikutuk".

Serta merta ReJaM� teringat dengan propaganda United Malays No Otak, Umno untuk perbodohkan orang kampung, kononnya Anwar Ibrahim kawan Israel, takut dengan Israel, ejen Israel, hamba Israel dan macam-macam lagilah.

Dari tweet ringkas ini sebenarnya menunjukkan kebodohan propaganda Anwar-Israel itu sendiri. Lihat dengan mata kepala anda bagaimana Anwar Ibrahim secara terbuka mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin.

Tweet ringkas ini boleh dibaca oleh semua penduduk dunia yang mempunyai akses kepada akaun twitter termasuk pihak Israel dan Amerika. Kalau betul Anwar takut dengan Israel, masakan dia berani mengutuk Israel secara terbuka?

Persoalan sekarang, adakah Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia berani mengkritik Israel berhubung serangan Rejim Zionis itu ke atas Gaza? Sama-sama kita nantikan, sama-sama kita lihat.

Setakat artikel ini ditulis, tweet terbaru daripada Perdana Menteri di akaun twitternya adalah mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar Malaysia.


ReJaM "Tunggu nasihat daripada Yahudi-APCO ke Najib?"

Sent from my BlackBerry�

In:

Abby Abadi failkan saman fitnah RM5 juta ke atas Utusan Malaysia

SEBELUM ini MiLo SuaM pernah menyiarkan hasrat pelakon Gerak Khas yang popular dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar yang memfitnahnya rujuk sini [Utusan Malaysia].

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon itu akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.



Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

Rujuk video di bawah.


ReJaM� "Siapa lagi kena fitnah dengan Utusan Malaysia, sila saman... "

In:

Beli kereta sebulan selepas Pakatan Rakyat tawan Putrajaya kata Azmin Ali

"KALAU tuan-tuan nak beli kereta tunggu sekejap, beli kereta selepas sebulan Pakatan Rakyat tawan Putrajaya" itulah antara intipati penting ucapan Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ketika berucap dalam program Jelajah Timbalan Presiden, di Batu Pahat tempoh hari.

Kalau pilihanraya bulan 12 bulan 1 boleh beli kereta, kalau pilihanraya bulan 2, boleh beli bulan 3, jangan beli sekarang, kata Azmin Ali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan KEADILAN untuk menurunkan harga kereta jika gabungan ketiga-tiga parti itu berjaya menawan putrajaya.



Azmin turut menyifatkan pimpinan Barisan Nasional diserang sawan di samping menyelar dakwaan negara akan bangkrap jika harga kereta diturunkan yang sering digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional sebagai alasan tidak mahu membantu rakyat.

Rujuk video di bawah.



Azmin turut menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya, cukai kereta akan diturunkan sebanyak 25% sekaligus akan menurunkan harga kereta seluruh negara.


Kepada sahabat pembaca yang tidak tahu, turunkan harga kereta merupakan salah satu manifesto rasmi yang telah diumumkan oleh KEADILAN jika Pakatan Rakyat berjaya menawan putrajaya.



United Malays No Otak, Umno nak sebar video seks, nak main isu perkauman, dan agama jangan kita layan. KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan terus komited dengan usaha-usaha untuk menyenangkan rakyat.

ReJaM� "Sebarkan ke seluruh pelusuk negara... "

In:

Pengubahan wang haram RM275 juta: Musa Aman wajar letak jawatan jika ada maruah

JINGGA 13 Sabah mendesak Datuk Seri Musa Aman menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.



Laporan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF)terhadap kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.



Malah sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuktikan bahawa kes tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.



Datuk Seri Musa Aman terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.



JINGGA 13 MENDESAK agar Datuk Seri Musa Aman dengan SEGERA meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri .



MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI



ERVEANA ANSARI

Koordinator JINGGA 13 Sabah

Sent from my BlackBerry®

In:

Video warga emas mengamuk dalam ceramah Azmin Ali di Batu Pahat

KELMARIN, ReJaM� sekali lagi menjejakkan kaki di Negeri Johor, iaitu di daerah bersejarah tempat lahirnya United Malays National Organization, Umno iaitu di Daerah Batu Pahat.

Kehadiran ReJaM� kerana menghadiri ceramah Jelajah Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali ke Negeri Johor di mana jadual program beliau singgah di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Apa yang ingin ReJaM� kongsikan di sini ialah, salah satu kejadian yang berjaya dirakamkan oleh lensa kamera di mana seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan.



Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.

Lihat rakaman video di bawah.


Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ceramah yang berakhir kira-kira jam 12:20 malam di kampung kubu kuat Umno itu. Ceramah yang sedang rancak terpaksa ditamatkan segera memandangkan pegawai polis yang turut hadir di situ mengarahkan agar berbuat demikian.

Azmin Ali di dalam ucapannya turut mengiktiraf Cabang KEADILAN Batu Pahat yang berjaya menganjurkan program ceramah di dalam kubu kuat Umno itu sebagai Cabang KEADILAN terbaik Negeri Johor. Tahniah diucapkan kepada Cabang KEADILAN Batu Pahat.



Ceramah diakhiri dengan suasana yang mesra, di mana orang ramai saling berpeluk-pelukan dengan YB Azmin Ali serta mendoakan kejayaan beliau di dalam membawa KEADILAN serta Pakatan Rakyat ke Putrajaya.



Akhir sekali, ReJaM� sempat bersama penduduk tempatan menjamu selera dengan roti dan sup kambeng bersama YB Azmin. Klik sini [MiLo SuaM]


ReJaM� "Ini petanda kubu kuat bakal bertukar menjadi kubur "

In:

Perdana Menteri, Najib Razak imamkan Solat Asar di Ampang semalam?

DIFAHAMKAN satu program Solat Asar berjemaah bersama Perdana Menteri, Najib Razak dianjurkan di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang semalam berikutan tersebarnya banner promosi tentang program tersebut di merata-rata tempat.

Program ini dikatakan idea Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ampang pada pilihanraya Umum ke 13 nanti menentang penyandang kerusi parlimen itu, Ketua Wanita KEADILAN, YB Zuraidah Kamaruddin.



Tidak ada masaalah dengan program ini, program bersifat Islamik seperti ini memang wajar disokong. Kalau boleh diadakan selalu oleh Najib Razak sebagai salah satu jalan dakwah dan islah kepada rakyat.

Cuma ReJaM� tertanya-tanya adakah Perdana Menteri menjadi imam di dalam program solat Asar secara berjemaah semalam? Biasanya kalau Najib jadi imam, tentu akan heboh di media-media arus perdana seperti hebohnya "Pak Lah" mengimamkan solat Maghrib suatu masa dahulu.

Namun nampaknya tiada sebarang liputan di media-media arus perdana tentang Najib mengimamkan solat Asar semalam. Memang tiada liputan atau ReJaM� yang terlepas pandang? Ada sesiapa sahabat pembaca di sini yang sertai program Najib semalam? Apa cerita?

ReJaM� "Berpuluh tahun jadi pemimpin, takkan nak pimpin solat tak boleh kot? "