MACAM-macam cara untuk memperbodohkan rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat. Terbaru sebuah video propaganda entah hape-hape dimuat naik di internet menyeru rakyat agar jangan menyokong Pakatan Rakyat.

Apa yang melucukan, lelaki yang berlakon di dalam video propaganda itu membayangkan kononnya dalam masa 100 hari pertama, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, negara ini akan jahanam.

Teringat kata-kata bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kononnya Negeri Selangor akan bangkrap dalam masa dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Tapi sampai sekarang Negeri Selangor tak bangkrap-bangkrap, malah makin maju kah kah kah...



Menurut sahabat blogger ASD, lelaki yang muncul dalam video ini adalah pelakon drama Alia Kasih bernama Afzan.

Tinjauan ReJaM� di YouTube mendapati, setakat artikel ini ditulis, video propaganda bodoh itu telah mendapat 3157 undian dislikes berbanding hanya 37 likes. Ini maknanya, warga internet tidak bodoh untuk mempercayai propaganda bodoh seperti ini.







ReJaM� "Propaganda bodoh untuk orang-orang bodoh... "