Posted by
Hamzah
In:
DAP berjanji akan pertahankan Islam, jika Islam dihina
BERUCAP di hadapan puluhan ribu rakyat yang terpaksa berhujan di dataran Taman Seremban Jaya, Seremban Negeri Sembilan 3 November, Ketua Pemuda DAP berjanji bahawa parti itu akan mempertahankan Islam, jika Islam dihina.
"Politik di Malaysia sudah masuk era baru di bawah Pakatan Rakyat, pada hari ini kalau agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan pertahankan"
"Kalau agama Hindu dan agama Kristian dihina, pemimpin PKR akan pertahankan"
"Kalau agama Islam dihina, DAP akan pertahankan" kata beliau.
Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini di parlimen mengecam presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sambil mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
"Saya nak ulang sekali lagi, pada malam ini di depan tuan-tuan dan puan-puan saya nak kata, Chua Soi Lek adalah presiden MCA yang paling biadap sekali" kata beliau sambil mempamerkan kemarahannya.
Ketua Pemuda DAP itu mengecam Chua Soi Lek kerana menyokong kenyataan senator Heng yang mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan orang Islam untuk merogol orang-orang bukan Islam.
Saksikan video di bawah yang tentunya tidak akan pernah disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 kerana tidak selari dengan propaganda media kawalan Umno itu yang menyifatkan DAP sebagai parti anti Islam.
Posted on
undefined
undefined -
0 Comments
This entry was posted on 17:09 You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment