UTUSAN Malaysia akhbar propaganda milik Umno, mencanangkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Negara Malaysia merupakan negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian World Happiness Report.

Kononnya negara Malaysia berjaya mengalahkan negara-negara maju di dunia sebagai negara kelapan paling bahagia di dunia berdasarkan penilaian yang dikeluarkan oleh World Happiness Report yang diterbitkan oleh Universiti Colombia [Sumber].



Boleh percaya ke penilaian yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara ini? Cuba anda perhatikan pula laporan portal berita dunia CNN tentang laporan The Happiness Report bertarikh 3 Oktober 2012 di bawah ini. Laporan ini masih baru dan terkini tidak sampai pun sebulan yang lalu.



Kalau kita lihat laporan portal berita dunia, CNN menunjukkan negara-negara membangun mengatasi negara-negara maju sebagai negara paling bahagia di dunia. Namun Malaysia tiada pun dalam senarai sepuluh negara paling bahagia.

Dalam penilaian yang disiarkan oleh CNN, tangga ke 8 sebagai negara paling bahagia di dunia adalah Nicaragua, bukannya Malaysia.



Sila rujuk sendiri portal CNN, klik sini [CNN]. Hasil penilaian yang dilaporkan oleh CNN nampaknya berlainan dengan sumber rujukan Ketua Polis Negara iaitu bersumberkan laporan yang dikeluarkan oleh Universiti Colombia.

Dua kajian dengan tujuan yang sama, dengan jangka masa yang sama namun memberikan keputusan yang jauh berbeza bolehkah dijadikan sebagai ukuran sebenar tahap kebahagiaan sesebuah negara?

Lihat juga satu lagi penilaian di bawah ini yang menunjukkan Malaysia di tangga ke #84 sebagai negara paling bahagia di dunia daripada 150 buah negara yang dinilai [Sumber]. Jadi kita nak percaya yang mana?




ReJaM� "Kajian gua Malaysia negara ke 8 paling tidak bahagia kah kah kah... "