KENYATAAN DS Shahrizat Jalil yang, serupa apa disebut Tun Dr Mahathir,

berusaha untuk  menakut-nakutkan rakyat menunjukan sifat sebenar lagi

hakiki sebuah rejim yang semakin hari semakin nazak. Sebagai seorang

pemimpin, beliau seharusnya menunjukkan teladan yang baik dengan membincangkan masa depan yang cerah buat semua dan bukannya

mengeluarkan kata-kata ancaman bahawa akan berlaku sengketa perkauman 13 Mei demi menyelamatkan UMNO.



Nada DS Shahrizat yang begitu cemas memikirkan apa yang berlaku jika

Pakatan Rakyat memenangi tampuk pimpinan negara pada PRU13 nanti turut membuktikan betapa beliau tidak memahami dan tidak mengenali suara

hati para pengundi, terumanya rakyat Malaysia yang sudah celik politik

dan punyai keinginan kuat untuk berubah.



Pakatan Rakyat tekad pada perubahan dan agenda reformasi melalui

proses demokrasi, dan akan berusaha untuk memperkukuh dan memperkasa

sistem demokrasi pilihan raya di Malaysia. Oleh itu, saya tidak segan

mengulangi kata-kata Dato' Ambiga Sreenevasan: "Kami mahu perubahan

melalui peti undi, jika perubahan tiba."



PAU UMNO 2012 menunjukkan bahawa rakyat perlu memilih antara Politik

Ketakutan yang dijulang UMNO dan Politik Harapan yang diperjuang

Pakatan Rakyat, demi Malaysia yang lebih baik. Dan satu-satunya cara

untuk membuktikan UMNO tidak takut mahupun panik dalam hari-hari

menjelang PRU13 ini adalah dengan Presiden UMNO berdebat dengan Dato'

Seri Anwar Ibrahim.



Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN

Sent from my BlackBerry®